Home » All posts
Testimonial Penggunaan Ekstrak Daun Belalai Gajah: In the making
Herba perubatan ini dikenali sebagai Daun Belalai Gajah, Sabah Snake
Grass (SSG), You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans. Ia tergolong dalam
keluarga Acanthaceae dan tumbuh dengan baik di negara-negara cuaca
tropika seperti Malaysia atau Indonesia. Daun Belalai Gajah
(Clinacanthus Nutans) boleh dibiak melalui keratan batang. Secara
umumnya, kematangan SSG adalah 3-9 bulan.
Saya hanya makan herba ini dan dijadikan sebagai ulam memandangkan hanya ada dua pasu pokok ditanam dirumah. Disebabkan bekalan daun amat terhad, saya mula mencari alternatif lain. Pilihan yang terbaik perlu diputuskan berdasarkan kemampuan kewangan sedia ada.
Saya merupakan pesakit kanser payudara stage empat metasis tulang belakang dan hati. Saya telah menjalani rawatan kemoterapi mulai Oktober 2012 hingga bulan Feb 2013. Selepas itu saya telah menjalani pembedahan mastektomi dan axillary node clearance pada bulan Mac 2013. Sehingga kini saya hanya menerima rawatan terapi hormon dan fisioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selepas sebulan makan tamoxifen kesakitan di bahagian belakang mula terasa. Dalam tempoh kesakitan itu saya mencuba produk sari agegard selama sebulan tetapi tidak mampu menghilangkan rasa sakit di bahagian pinggang belakang. Untuk mengurangkan rasa sakit bahagian belakang dan membunuh sel-sel kanser yang masih ada saya mula menggunakan produk ekstrak daun belalai gajah serta biji aprikot sejak beberapa hari yang lepas. Progres penggunaan produk ini terhadap kesakitan akibat penyakit yang dihidapi akan saya catatkan setiap dua minggu sekali. Saya memohon pada Allah kesembuhan diperolehi disamping kualiti hidup yang diredhai.
Keadaan sebelum mula menggunakan produk ekstrak daun belalai gajah, sukar untuk melakukan pergerakan samada bangun untuk berdiri dan duduk. Saya banyak lebih berbaring. Kadang-kadang otot belah kiri belakang pinggang akan terasa tegang. Tidak mampu bersin dan batuk dilakukan dengan sempurna, terpaksa ditahan kalau terasa nak bersin dan batuk. Tiada pembekakkan tulang ditemui. Tangan dan kaki masih boleh digerakkan. Penggunaan habbatussauda juga masih diteruskan.
15 Jun - 29 Jun
Setelah dua minggu menggunakan gabungan minuman herba dalam diet harian saya, dapat disimpulkan kesakitan otot dan tulang berkurangan sedikit. Batuk dan bersin tak perlu saya tahan lagi. Mampu duduk lebih lama sedikit lebih kurang satu jam. Saya akan teruskan penggunaan minuman herba ini untuk minggu-minggu seterusnya sehingga habis stok. Selepas itu baru saya buat pertimbangan akan meneruskan penggunaan minuman herba yang mana satu dan akan di amalkan insyaAllah selama lima tahun sekiranya panjang umur.
Saya sedikit terganggu kerana penjual ekstrak herba ini baru meninggal dunia minggu lepas, beliau merupakan pesakit kanser servik yang bersimpati pada saya dan menawarkan harga produk sebagai harga pesakit. Beliau juga mention hanya pesakit sahaja yang mampu memahami perasaan pesakit lain. Untuk menyesuaikan jadual pemakanan harian ketika bulan Ramadhan nanti, beberapa perubahan dilakukan dengan menetapkan minuman herba akan diambil ketika sahur dan sebelum waktu tidur. Untuk maklumat temujanji dengan onkologis pada 22 Julai akan datang.
30 Jun - 13 Jul
Tiada perubahan ketara di lihat, kesakitan di tulang masih terasa. Hari ini medapat khabar berita menyedihkan, ibu saudara meninggal dunia. Sebelum ini beliau merupakan pesaakit kanser servik dan kami selalu berjumpa di PPUM ketika beliau menjalani rawatan radioterapi sementara saya pula menjalani rawatan kemoterapi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
14 Jul - 24 Jul
Rawatan ekstrak belalai gajah, durian belanda dan teh serai terpaksa dihentikan kerana saya mula tidak konsisten menggunakannya setelah kematian penjual produk tersebut. Badan semakin lesu dan kakak saya mula mencadangkan pada saya supaya cuba rawatan homeopati. Saya bersetuju setelah memikirkan keadaan kesihatan yang makin merosot. Dengan secara rasminya testimonial ini tidak sempurna. Kepada pesakit diluar sana anda boleh teruskan rawatan ekstrak belalai gajah ni tanpa ragu-ragu.
*Senarai Penjual Pokok Belalai Gajah Area Selangor (update kalau ada yang lain)
Sri Hayati Miharso (pemilik/penjaga nurseri)
Sun Beauty Home & Landscaping Trading Sdn Bhd
Lot 43, Kebun Bunga Depan Industri Sungai Buloh,
Batu 16, Sungai Buloh, 47000, Selangor.
H/p: 016-9020 672
(popular dengan nama Lot 43)
019-2502478 En Mohd Nizam area bandar baru salak tinggi.
*Senarai Penjual Daun Belalai Gajah Area Selangor (update kalau ada yang lain)
7-3-2, Danau Business Centre,
Jalan 3/109F, Taman Danau Desa,
58100 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +6010 525 7782
Fax: 03 2034 9489
(ladang 13 ekar ada kat area Selangor)

Komunikasi
Meluahkan perasaan anda tentang keadaan anda mungkin dapat membantu semasa anda beransur pulih. Apabila anda telah bersedia, meluahkan perasaan anda kepada orang lain akan memberi peluang untuk anda mengetahui fikiran dan perasaan mereka tentang keadaan anda.
Ada dua aspek komunikasi: keupayaa anda berkomunikasi dengan keluarga dan rakan anda dan juga dengan orang lain; serta keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan anda.
Pada mulanya sesetengah orang mungkin tidak berupaya berbincang dengan anda tentang penyakit anda. Yang lain mungkin ingin berbincang dengan anda tetapi tidak tahu apa yang harus dikatakan. Ada juga yang mungkin mereka tidak peka terhadap keadaan anda. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak harus menghindarkan anda daripada mendapat bantuan orang yang berpengetahuan tentang isu ini.
Ingatlah bahawa anda boleh mendapat sokongan yang diperlukan daripada bukan ahli keluarga, atau rakan ataupun orang yang tiada hubungan dengan anda sekarang.
Berkomunikasi dengan Pasukan Perawat Anda.
Diagnosis dan rawatan payudara anda mungkin adalah pengalaman perubatan besar yang pertama dalam hidup anda. Perubahan yang anda alami mungkin dirasakan berlaku dalam sekelip mata. Anda perlu menyesuaikan diri dengan pejabat dokotor, hospital, dan kaedah diagnosis. Komunikasi yang anda lakukan dengan pasukan penjagaan kesihatan anda adalah penting untuk mengurangkan rasa cemas dan takut.
Apakah yang anda harapkan daripada doktor, jururrawat dan ahli teknologi anda? Kebanyakan doktor yang ditemuduga untuk mendapatkan pendapat besetuju bahawa peranan mereka antaranya termasuk;
• Memberikan nasihat tentang pilihan rawatan

• Melakukan rawatan
• Membekalkan maklumat objektif tentang rawatn
• Bertugas memaklumkan maklumat lain yang diluar bidang
perubatan mereka yang khusus
• Memberikan sokongan emosi
Apakah yang diharapkan oleh mereka daripada anda? Anda adalah seorang yang kompleks, dengan keperluan yang mempengaruhi aspek kehidupan anda. Keadaan emosi, sosial dan kesejahteraan fizikal anda bertindan-tindih. Pasukan perawat anda perlu mengetahui maklumat sebanyak mungkin tentang diri anda. Memberikan maklumat ini kepada mereka dapat meningkatkan komunikasi antara anda dengan mereka, dan dapat membantu memulihkan keadaan fizikal anda.
Diagnosis kanser payudara boleh menimbulkan banyak tekanan, terutama semasa anda ingin cuba memahami semua maklumat baru yang anda terima. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah sesuai yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan ketegangan tersebut.
Bertanya sangat penting. Doktor dan jururawat mahukan pesakit menanyakan soalan. Interaksi ini membantu mereka mengetahui diri anda dan keperluan anda. Tidak ada soalan yang diangap salah. Anda mungkin boleh memulakannya dengan bertanya tentang rawatan anda atau komplikasi serta kesan sampingan rawatan tersebut. Beritahu pasukan perawat anda tahap maklumat yang anda inginkan.
Apabila anda bertemu dengan pakar penjagaan kesihatan anda, anda mungkin berasa gemuruh dan tidak pasti anda akan ingat semua soalan yang ingin ditanya. Pada masa seperti ini anda tidak harus bersandarkan ingatan sahaja. Membaca mana-mana bahan yang anda terima mungkin membantu anda memikirkan beberapa soalan. Anda hendaklah sentiasa membawa buku catatan untuk menulis soalan apabila ia terlintas difikiran anda dan anda hendaklah membawa buku catatan tersebut semasa temujanji.
Anda mungkin ingin membawa seseorang ahli keluarga atau rakan karib anda bersama semasa anda menjalani rawatan perubatan yang intensif dan semasa keputusan tentang rawatan dibuat. Pemahaman anda adalah terhad apabila berseorangan. Apabila anda berdua, bertanya dan mendengar penerangan, besar kemungkinan lebih banyak maklumat dapat difahami dan diingat.
Anda perlu menyedari bahawa walau banyak mana pun persediaan anda untuk menghadapinya, anda tentu akan terlupa akan sesuatu atau memikirkan lebih banyak soalan. Pada temujanji yang berikutnya, bertanyalah mana-mana soalan yang tertinggal, atau jika anda memerlukan jawapan serta-merta, hubungilah doktor. Langkah ini adalah sebahagian daripada penjagaan perubatan yang baik.
Sementara anda mengharapkan pakar kesihatan akan memberikan maklumat perubatan kepada anda, setakat manakah anda mengharapkan sokongan emosi daripada pasukan perubatan anda? Mereka mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan emosi anda. Walaubagaimanapun, mereka mungkin
berupaya menghubungkan anda dengan kumpulan sokongan, kaunselor atau organisasi lain yang dapat memberikan sokongan tambahan.

Untuk Wanita Bujang
Wanita yang telah menjalani pembedahan payudara mungkin tidak hanya menghadapi aspek pemulihan fizikal, tetapi juga mengalami kerisauan tentang kemampuannya untuk terus hidup, kehilangan ciri-ciri kewanitaan dan tarikan seks, perasaan tersingkir, dan mungkin juga imej tubuh yang sudah berubah. Bagi wanita yang hidup bujang, kesangsian dan kerisauan ini mungkin lebih terasa, terutamanya jika tidak ada seseorang yang dapat memberikan sokongan kepadanya.
Mastektomi bukanlah halangan untuk bermesra, bercinta dan berkahwin. Ramai wanita telah berkahwin buat pertama kalinya selepas pembedahan payudara, dan ramai balu dan janda telah berkahwin semula selepas pembedahan payudara.
Samada anda mempunyai hubungan yang kukuh atau tidak, seelok-eloknya anda hendaklah memandang berat penyakit kanser payudara anda. Rakan-rakan akan memberikan sokongan padu, sama seperti dalam keadaan lain. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan dengan siapa dan bila anda akan berkongsi pengalaman kanser payudara anda.
Keluar bersama teman lelaki adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sama halnya seperti sebelum anda mendapat tahu diagnosis. Anda mungkin terasa berat hati untuk memulakan hubungan dalam keadaan sebegini, atau anda mungkin berasa hubungan tersebut lebih bermakna.
Berbincanglah dengan pasangan anda apabila hubungan semakin mendalam. Sebelum membuat komitmen yang kukuh, anda berdua hendaklah menerima hakikat bahawa anda kini menghidap kanser. Seseorang yang ingin menjalin hubungan dengan anda perlu menerima anda sepenuhnya dan seadanya. Hanya apabila anda dapat berterus-terang tentang perkara sedemikian, barulah anda mula membina hubungan yang berasaskan rasa saling mempercayai antara satu sama lain.

+ Sumber artikel :Buku Panduan selepas mastektomi
Cegah Sembelit Dengan Diet Sihat
Kekerapan seseorang membuang air besar adalah berbeza antara individu yang berlainan, dan tiada takrif kekerapan ‘normal’ bagi pergerakan usus. Kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa normal bermaksud membuang air besar setiap hari. Namun, sesetengah orang mungkin hanya membuang air besar 3 kali seminggu, sementara yang lain membuang air besar 2-3 kali sehari!
Pergerakan usus yang normal merujuk kepada najis yang lembut dan senang dikumuh. Sembelit sering menyebabkan najis anda lebih kering dan keras daripada biasa, dan menyebabkan kesakitan semasa membuang air besar. Jika anda tidak pergi ke tandas selama lebih daripada empat hari, maka anda sedang mengalami sembelit.
Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam pergerakan usus anda. Perhatikan apa yang anda makan; makan makanan yang mengandungi lebih serat seperti buah buahan, sayur-sayuran, kekacang, serta produk bijirin boleh mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bersenam secara tetap juga boleh membantu merangsangkan pergerakan usus dan mengurangkan peluang anda untuk mengalami sembelit!

Lebihkan Buah Dan Sayur, Kurangkan Risiko Kanser
Apakah jenis makanan yang harus saya elakkan/makan lebih untuk mencegah kanser? Adakah pengambilan suplemen antioksidan membantu mencegah kanser?
Tiada satu jenis makanan yang boleh mencegah kanser. Walau bagaimanapun, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan yang menyihatkan badan yang dikenali sebagai fitokimia. Banyak fitokimia mempunyai fungsi antioksidan yang dipercayai dapat melawan penyakit tertentu, seperti kanser. Adalah penting anda makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berlainan warna setiap hari. Pelbagai jenis fitokimia memberi warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran, di samping kesan antioksidan dan juga pelbagai manfaat yang lain.
Kuning/Jingga: Buah-buahan dan sayursayuran yang berwarna kuning/jingga adalah kaya dengan beta-karotin (sejenis fitokimia). Pengambilan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ini dengan banyak dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata. Contohnya: betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek dan labu.
Hijau: Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau juga mengandungi beta karotin, tetapi ia telah diselaputi satu pigmen berwarna hijau yang dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau kepada buah-buahan dan sayuran ini. Contoh fitokimia lain ialah lutein dan zeaxanthin. Pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dengan banyak, bukan sahaja dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata. Contohnya: sayur-sayuran berdaun hijau (bayam, kangkung, cekor manis), lada besar hijau dan buah kiwi.
Merah: Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid. Pengambilan lycopene dengan banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai kanser serta penyakit jantung. Contohnya: tomato, lada besar merah, tembikai dan buah betik.
Biru/Ungu: Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins. Pengambilan sayur-sayuran berwarna biru dan unggu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung.Contohnya: buah pitaya merah (buah naga merah), buah plum, beri biru, terung dan kubis ungu.
Putih: Buah-buahan dan sayur-sayuran Contohnya: jambu batu, pisang, buah pir, seperti bunga kubis dan kubis juga yang kaya dengan vitamin C, kalium yang berwarna putih adalah sumber dan serat. Sayuran berwarna putih mengandungi fitokimia seperti idoles. manggis, kubis Cina dan bunga kubis.

Tahukah anda bahawa…?
Kailan, brokoli, pak choy, kubis, pucuk Brussels dan bunga kubis ialah contoh sayur-sayuran dalam keluarga Brassica atau juga dikenali sebagai sayur-sayuran krusiferus. Sayur-sayuran ini kaya dengan fitokimia seperti indoles dan glukosinolate yang dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, termasuk kanser payu dara.
Pencegahan kanser juga boleh bermula dengan beberapa perubahan dalam diet yang boleh mengurangkan risiko kanser.
- Kekalkan berat badan dalam julat berat badan yang normal.
- Menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.
- Makan sebahagian besar makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
- Sasarkan untuk memenuhi keperluan pemakanan melalui diet dan bukannya melalui suplemen.
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori. Elakkan minuman bergula.
- Hadkan pengambilan daging merah dan elakkan daging yang diproses.
- Hadkan pengambilan garam. Elakkan bijirin atau kekacang yang berkulat.
Walaupun antioksidan boleh membantu melawan kanser, ia harus diambil daripada diet bukannya
suplemen. Pengambilan suplemen tidak membekalkan fitokimia semula jadi seperti daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
suplemen. Pengambilan suplemen tidak membekalkan fitokimia semula jadi seperti daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
+ Sumber Artikel : Bulan Pemakanan Malaysia
Jangan Takut Bila Prosedur Biopsi Dilakukan Ke atas Anda
Pesakit yang dikesan mempunyai kelainan ataupun ketulan di payudara akan diarahkan untuk menjalani ujian pengesahan. Ujian pengesahan yang dimaksudkan itu ialah ujian biopsi. Saya pernah menjalani dua jenis ujian biopsi kerana salah satu payudara memang jelas kelihatan benjolan secara fizikzl sementara satu lagi hanya dilihat ada kelainan melalui mammogram.
Kaedah pengambilan sampel untuk ujian pengesahan yang saya buat adalah core needle biopsy dan strereotaktik biopsy. Kedua-dua prosedur tu sakit juga walaupun dah dibius kawasan yang terbabit. Prosedur strereotaktik biopsy mengambil masa yang lebih lama berbanding prosedur core needle biopsy. Bagaimana kaedah biopsi ini dilakukan?
Core needle biopsy menggunakan jarum yang lebih besar dan berupaya mendapatkan tisu dalam kuantiti yang banyak. Doktor akan menunjukkan demo bagaimana peralatan tersebut berfungsi dan ianya kedengaran seperti tembakan jarum ke bahagian payudara anda. Menggunakan prosedur ini doktor telah mengulang sebanyak dua kali untuk mendapakan tisu yang banyak. Setelah selesai jururawat akan membersihkan luka dengan antiseptik dan luka tersebut dibalut dengan sterile gauze serta ditekan selama 5 minit supaya pengeluaran darah berhenti.
Strereotaktik biopsy bermaksud menggunakan imej mamografi sebagai panduan untuk mensasarkan jarum sama ada kaedah sedutan atau core needle biopsy ke arah lokasi ketulan yang disyaki kanser. Dengan prosedur ini doktor mengulang sebanyak lima kali dan parut luka agak lebih besar banding prosedur yang lagi satu. Di sini anda akan mengalami kesakitan berganda kerana payudara anda sentiasa dihimpit dengan mesin mammogram sambil tembakan jarum dilepaskan untuk pengambilan tisu. Tapi jangan risau prosedur ini juga akan dibius terlebih dahulu. Semasa prosedur ini dilakukan saya dibenarkan duduk tanpa bergerak. Saya hanya mendengar arahan doktor sahaja tanpa melihat prosedur dilakukan. Doktor menerangkan bagaimana tembakan jarum itu berfungsi.
Setelah selesai jururawat akan membersihkan luka dengan antiseptik dan
luka tersebut dibalut dengan sterile gauze serta ditekan selama 5 minit
supaya pengeluaran darah berhenti. Sebelum beredar jururawat membekalkan sterile gauze dan plaster untuk dibawa pulang. Darah yang keluar memang lebih banyak banding prosedur yang diatas tadi. Sepanjang prosedur biopsi ini, ia hanya dilakukan oleh doktor dari Mauritius yang tak pernah buat prosedur tersebut dengan dipantau oleh Doktor Pakar. Tapi itu lagi menambahkan debaran dihati ketika prosedur tersebut berlangsung.
Saya harap dengan perkongsian ini sekurang-kurangnya pesakit lebih bersedia dari segi mental untuk menghadapi ujian biopsi.
+ Akan Datang Pengalaman menjalani Ujian ECG
Menangani Kekurangan Sel Darah Disebabkan Oleh Rawatan Kanser
Pesakit akan menjalani pemeriksaan semasa menjalani kemoterapi untuk mengetahui bilangan sel darah. Bertanyalah kepada doktor pesakit bila sel darah pesakit dijangka berkurangan supaya pesakit boleh bersedia. Pada kebiasaannya, kandungan darah akan berkurangan secara perlahan-lahan selepas menjalani rawatan kemoterapi dan mencapai tahap yang paling rendah antara hari ke-10 hingga ke-14 dan kemudian kandungan darah akan perlahan-lahan meningkat dan kembali ke tahap normal pada minggu ketiga.
Daya tahan badan untuk melawan jangkitan akan berkurangan semasa atau selepas menjalani rawatan kemoterapi disebabkan oleh kekurangan sel darah akibat daripada gangguan pada sumsum tulang. Jika sel darah putih terlalu rendah, pesakit akan mudah mendapat jangkitan kuman yang teruk. Dengan itu elakkan daripada mendampingi mereka yang demam, selsema atau jangkitan yang lain. Juga elakkan daripada berada di tempat awam yang sesak dalam tempoh ini.
Sel pembekuan darah (Platelet) juga akan berkurangan akibat daripada kemoterapi. Platelet diperlukan badan untuk menghentikan pendarahan. Dengan itu jagalah keselamatan diri daripada luka atau kecederaan kerana kekurangan platelet akan menyebabkan mudah mendapat lebam dan pendarahan yang berterusan.
Kesan gangguan sumsum tulang yang lain termasuklah anemia (kekurangan sel darah merah). Untuk mengurangkan keletihan dan tidak bermaya kerana kekurangan sel darah merah, makanlah makanan yang berkhasiat di samping mendapat rehat yang cukup.
Apabila mengalami gejala-gejala berikut pesakit mesti berjumpa dengan doktor.

- Pendarahan atau lebam yang luar biasa contohnya hidung berdarah, kencing berdarah, atau najis hitam seperti tar.
- Sesak nafas
- Cirit birit dan sembelit yang teruk.
- Demam melebihi 38 darjah celcius terutama jika mengalami seram sejuk dan menggeletar.
Menangani Lesu DIsebabkan Oleh Rawatan Kanser
Apakah lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser? Lesu merupakan kesan sampingan rawatan kanser yang paling lazim dialami oleh pesakit. Lesu disebabkan rawatan kanser berbeza daripada rasa letih yang dialami setiap hari. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba. Tidak seperti rasa letih yang biasa, ia tidak semestinya disebabkan oleh melakukan senaman atau aktiviti harian yang lama. Biasanya rehat tidak dapat melegakan lesu. Lesu boleh menyusahkan dan mengganggu kehidupan anda.
Bagaimanakah rasanya? Setiap orang mempunyai simptom yang berlainan. Orang yang mengalami lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser menyatakan berasa lemah, penat, mengantuk, keliru atau tidak sabar. Ada orang yang berasa tidak boleh bergerak. Ada pula yang berasa tangan dan kakinya lemah atau sakit dan rasa tidak puas bernafas, meskipun selepas membuat aktiviti yang ringan. Bagi kebanyakan orang lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser amat berbeza daripada apa jua lesu yang pernah mereka alami.
Bagaimanakah ia boleh menjejaskan anda?
Weekend Apa Aktiviti Anda?
Memandangkan fizikal saya yang tak mampu berdiri tegak terlalu lama, tak boleh la nak keluar jalan-jalan ke apa. So sepanjang weekend ni saya cuma menajamkan kembali skill dalam melaksanakan installasi wordpress blog serta editing wordpress blog daripada berkarat. Saya cuma cuba pada hosting percuma dari syarikat hostinger.com
Bila pilih themes banyak yang kurang menarik, yalah percuma la katakan. Lepas ni kena mahirkan diri dengan Wordpress dan juga Blogspot sambil untuk memenuhi masa lapang. Teringin juga nak buat apps untuk mobile phone, tapi bila fikirkan balik betapa stressnya bab-bab coding tu nanti, tak jadi la pulak. Kehidupan lepas ni tak nak stress sangat.
Panduan Untuk Makan Dengan Sempurna Semasa Rawatan Kemoterapi
Pemakanan yang berkhasiat diperlukan untuk kesihatan, terutama sekali jika anda sakit. Semasa sakit, anda perlu memakan makanan yang berkhasiat yang boleh memberi tenaga, membaiki tisu, dan membantu mengekalkan sistem ketahanan tubuh supaya sentiasa kuat.
Apabila anda sakit atau menjalani rawatan, anda mungkin tidak berselera untuk makan seperti biasa. Anda mungkin mengalami beberapa masalah seperti berikut yang boleh menyebabkan anda susah hendak makan: loya, muntah-muntah dan cirit-birit, sakit atau kering mulut, susah dan atau sakit apabila hendak menelan. Murung, stres dan bimbang juga boleh menyebabkan hilang selera makan. Untuk itu berikut adalah panduan yang boleh kita ikuti bersama:

Penjagaan Diri Selepas Pembedahan Mastektomi
Menghadapi perubahan dalam imej badan. Menerima hakikat kehilangan payudara melibatkan tempoh untuk penyesuaian. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda berhadapan dengannya :
1. Bercakap dengan seseorang. Ambil masa untuk mengatasi emosi anda.
Adalah penting untuk meluahkan perasaan anda dengan suami anda, keluarga
atau rakan-rakan terdekat.
2. Tumpukan perhatian pada proses pemulihan anda. Ikuti senaman-senaman yang ahli fisioterapi anda telah menasihatkan supaya anda buat.
Petua dan Amalan Melawan Penyakit Kanser
Sesiapa yang mempunyai petua boleh kongsi pengalaman dalam membantu pesakit kanser menghadapi kehidupan terutama dari segi pemakanan dan latihan fizikal yang bersesuaian dengan keadaan pesakit. Objektif rawatan komplimentari ini bertujuan meningkatkan sistem imunisasi, detoks hati dan detoks usus. Ketiga-tiga perkara ini penting untuk melawan penyakit metabolik seperti kanser.
Asparagus. Beli satu kilo asparagus ,rebus hingga lembut. Blend jadikan puri dan simpan dalam fridge. Beri makan pada pesakit satu sudu besar 4 kali sehari selama 3 bulan.
Jom Balik Kampung Mengundi
Siapa pilihan anda?. Tinggal seminggu lagi pilihan raya ke 13 akan berlangsung. Ini merupakan pengalaman pertama sebagai seorang pengundi biasa. Sebelum ni saya adalah salah seorang pengundi pos. Saluran mengundi saya di Sek Keb Bukit Beruntung. Pada hari mengundi nanti baru saya dan keluarga kakak saya ke pusat mengundi kerana kami tinggal di Petaling Jaya dan masih mengekalkan kawasan mengundi seperti di alamat dalam kad pengenalan walaupun telah berpindah ke tempat lain.Temujanji Dengan Pakar Onkologi
Berdebar rasanya bila nak jumpa pakar onkologi hari ini. Rutin ini adalah perkara wajib terutamanya selepas menjalani pembedahan mac empat minggu lepas. Perkara yang dibincangkan selalunya adalah bentuk rawatan selanjutnya berdasarkan keputusan patologi terhadap tumur yang dikeluarkan. Jam 1.30 tengahari nomborku dipanggil masuk ke bilik no 3. Dengan perlahan mengetuk bilik rawatan dan menjenguk Doktor sedang menulis sesuatu. Doktor lelaki lagi kali ini. Entah berapa kali Doktor lelaki yang memeriksa keadaan sakitku.
Tips Mengelak Dari Limfidema
Limfidema ialah kebengkakan bahagian tangan dan dada di sebelah kanser payudara selepas pembedahan mengeluarkan nodus-nodus limfa dan rawatan radioterapi. Limfidema boleh berlaku beberapa minggu, bulan dan beberapa tahun selepas pembedahan. Limfidema juga boleh berlaku akibat rawatan radioterapi. Masalah utama limfidema adalah pesakit akan berasa tidak selesa, berat dan sukar menggunakan tangan. Tangan yang terlibat, jika terluka ianya sukar untuk sembuh dan kadangkala dijangkiti kuman.
Detoks Selepas Rawatan Kemoterapi
Produk Transfer Factor sememangnya terkenal di Malaysia ni bila mana adanya testimonial pesakit dan kajian doktor yang amat positif melainkan kaedah jualannya yang secara MLM kadang kala mencuit rasa tidak puas hati bagi golongan anti MLM.
Baru-baru ni saya mula menggunakan produk Teh 4life untuk tujuan detoks kerana saya telah menjalani rawatan kemoterapi enam bulan yang lalu. Saya bercadang nak mengamalkan rawatan alternatif selepas selesai rawatan konvensional saya nanti. Tiga minggu lepas saya telah menjalani pembedahan MAC dan seterusnya temujanji dengan pakar onkologi pada 25 Apr ni untuk membincangkan rawatan selanjutnya.
Setelah dua minggu minum teh 4life saya amat berpuas hati kerana mula menghadapi perkumuhan yang sempurna dan efektif. Badan saya berpeluh walaupun tidak membuat aktiviti yang aktif (tengok tv pun boleh berpeluh) dan yang paling menggembirakan, saya mampu membuang air besar secara maksima dengan kekerapan yang tidak menyusahkan. Sebelum ni memang susah la nak membuang sampaikan sembelit la juga.
Sebenarnya produk 4life ni saya kenal dah lebih sepuluh tahun yang lalu. Saya mula makan produk TF Chewable kerana saya ni memang susah nak makan ubat. Jurulatih tenis saya yang memperkenalkan produk TF ketika itu. Saya hanya sempat makan sebanyak tiga botol sahaja kerana susah nak dapatkan bekalan. Makan pun sebenarnya untuk tujuan mendapatkan tenaga semasa bermain tenis, tapi tak disangka penglihatan rabun jarak jauh saya juga pulih dan saya tidak perlu memakai cermin mata lagi.
Walaupun ketika ini saya disahkan sebagai pesakit BC stage 4 (metasis ke tulang belakang dan hati), saya akan cuba produk alternatif yang lain seperti habatus sauda baraka (kapsul), daun belalai gajah (buat ulam) dan jus durian belanda serta pemakanan yang dinasihatkan oleh doktor. Mungkin akan datang saya akan cuba produk Sari agegard. Saya akan maklumkan keadaan penyakit dan rawatan alternatif pada masa akan datang.
+ Terima Kasih pada Puan Su kerana menghadiahkan Susu Kambing Anugerah, Tea 4life dan TF Chewable

Senaman Selepas Pembedahan Payudara
Pembedahan yang telah anda jalani untuk kanser payudara (mastektomi atau lumpektomi) biasanya melibatkan pengeluaran noda limfa aksilari (di bawah ketiak). Pergerakan bahu hendaklah dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan ketegangan pada sendi bahu dan juga bagi mengelakkan perkembangan limfidema. Anda dinasihatkan melakukan pergerakan bahu dalam masa tiga atau empat hari selepas pembedahan bila kesakitan hampir berkurangan.
Kesan Sampingan Lepas Pembedahan
Selepas pembedahan, pesakit boleh mengalami beberapa kesan sampingan. Kesan sampingan ini kebanyakannya adalah bersifat sementara sahaja. Antaranya:
Kebas Tangan
Semasa pembedahan untuk membuang lemak ketiak, terdapat beberapa urat saraf yang perlu dibuang. Pembuangan urat saraf ini akan menyebabkan kawasan tangan akan merasa kebas. Perasaan kebas ini biasanya akan beransur pulih dan mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan.
Bengkak Ketiak
Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan tiub untuk mengalirkan cecair dri kawasan pembedahan. Cecair ini biasanya akan kering beberapa hari. Kadangkala setelah tiub dibuang, cecair akan berkumpul semula. Cecair yang bertakung ini perlu disedut keluar. Keadaan ini biasanya tidak berpanjangan.
Gerakan Bahu Terbatas
Pesakit akan merasa sakit untuk menggerakkan bahu mereka selepas pembedahan. Jika bahu tidak digerakkan untuk beberapa hari, bahu akan menjadi keras dan pergerakan akan menjadi terbatas. Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas pembedahan.
Bengkak Tangan
Pesakit yang telah menjalani pembedahan pada ketiak atau barah yang telah merebak ke limfa ketiak mungkin mengalami bengkak pada tangan. Komplikasi ini mungkin berlaku beberapa bulan sahaja selepas pembedahan atau muncul beberapa tahun selepas pembedahan. Pesakit mesti berhati-hati. Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi limfidema selepas pembedahan.
+ Temujanji ke Unit Fisioterapi akan di buat minggu depan
Pengalaman Admitted di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Tanggal 27 Mac 2013, my sister meneman saya ke PPUM untuk kemasukan ke wad bagi tujuan right mastectomy dan axiliarry clearance operation yang dijadualkan pada 28 Mac 2013. Awal pagi dah sampai kat PPUM dan di minta pergi Kaunter Kemasukan dan Discaj di Tingkat 2, Menara Utama untuk buat pembayaran deposit. Sementara menunggu katil di wad yang sepatutnya ditempatkan, saya dibenarkan berehat di wad transit. Di wad transit beberapa ujian dilakukan dan juga menjawab soalan beberapa orang penyelidik serta menandatangani pelbagai borang persetujuan (bius, pembedahan dan pengambilan darah untuk kajian genetik kanser) setelah di beri penerangan oleh doktor dan juga penyelidik.
Antara ujian yang dilaksanakan ialah ECG, x-ray dan ujian darah. Lebih kurang jam 8 malam baru saya ditempatkan di wad 10U katil 12. Saya berada di wad selama 6 hari. Ramai rakan-rakan sekolah dan kerja datang melawat memberi semangat dan buah tangan. Lawatan doktor dari team breast surgical tiba seawal 8 pagi setiap hari termasuk cuti hari Ahad datang memeriksa kesihatan, luka pembedahan dan tiub aliran. Sementara jururawat pula akan datang memberi ubat dan memeriksa tekanan darah serta suhu badan mengikut jadual. Selepas pembedahan, tahap hemoglobin saya rendah sehingga 7.9, doktor mengarahkan supaya transfer blood dilakukan sebanyak 2 pain.
Yang menjadi kenangan pahit dan manis bersama house officer (HO) ialah mencari salur darah yang sesuai untuk dibuat line (pasang jarum IV) dan pengambilan darah. Memandangkan saya pernah menjalani kemoterapi sebelum ini, maka sukar bagi mereka untuk berjaya melaksanakan task terhadap saya. Dalam satu hari lebih kurang sepuluh kali cubaan jarum dicucuk di lengan namun gagal. Walaupun terasa sakit tapi bila tengok HO kena marah dengan MO, kesian pulak kat diaorang.
Tentang sajian pula setiap hari attenden akan datang bertanyakan menu yang dipilih untuk sajian esok hari. Sementara kontraktor yang hantar sajian ni pulak bila dia lambat datang disuruhnya pulak pesakit makan cepat sebab dia nak balik awal, hehe macam2 hal kerenah pekerja di PPUM ni. Saya discaj dari PPUM 1 Apr 2013 dan beberapa siri temujanji bakal dihadiri pada masa akan datang.
Wakil dari BCWA pun ada datang buat lawatan muhibah, Puan Eve mengatakan saya bagus tidak terlalu rasa bersedih dan banyak ketawa sepanjang perbualan kami. Sebelum menamatkan lawatan, Puan Eve menyerahkan door gift yang dibawa oleh mereka.
Fisioterapi dari Bahagian Rawatan Limfidema juga datang mengajar senaman mudah walaupun semasa berbaring di katil. Beliau menyatakan pergerakan tangan dan bahu mesti dilakukan segera untuk mengelakkan dari gangguan penyembuhan pembinaan otot baru selepas luka pembedahan bercantum semula. Lengan perlu dapat digerakkan 100% sama seperti sebelum pembedahan. Selain daripada itu borang untuk mendapatkan temujanji lanjut juga diberikan dan digalakkan dibuat secepat mungkin selepas discaj.
Selain dari luka pembedahan tu, ada dua tiub aliran dipasang berdekatan luka pembedahan breast dan satu lagi berdekatan axiliarry node. Tiub aliran breast ditanggalkan pada hari ketiga selepas pembedahan. Pada hari keenam Dr membenarkan tiub aliran yang masih tertinggal ditanggalkan dan boleh discaj selepas itu. Proses tanggalkan tiub ni dilakukan oleh Jururawat. Bila jururawat tersembul depan pintu wad dan tanya siapa yang nak buat dulu, dengan spontan saya berkata dan tunjuk pada jiran sebelah katil saya "untie dulu". Sebenarnya takut sebab rasa sakit masih terasa bila tiub yang pertama dulu ditanggalkan. Tiub tu bukannya pendek, panjang ya amat. Bila tiba giliran saya pula, mata dah pejam. Tak sakit pun. Jururawat tu kata kalau lambat ditanggalkan takut melekat pada mana-mana organ dalam badan. Untuk makumat kos mastektomi lebih kurang RM500.00 di PPUM, yang mahal kos duduk wad.
+ Sesiapa yang pernah buat pembedahan breast cancer boleh kongsi pengalaman bagaimana menjaga kesihatan diri selepas pembedahan di ruang komen.