Lebihkan Buah Dan Sayur, Kurangkan Risiko Kanser

Lebihkan Buah Dan Sayur, Kurangkan Risiko Kanser
Apakah jenis makanan yang harus saya elakkan/makan lebih untuk mencegah kanser? Adakah pengambilan suplemen antioksidan membantu mencegah kanser?

Tiada satu jenis makanan yang boleh mencegah kanser. Walau bagaimanapun, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan yang menyihatkan badan yang dikenali sebagai fitokimia. Banyak fitokimia mempunyai fungsi antioksidan yang dipercayai dapat melawan penyakit tertentu, seperti kanser. Adalah penting anda makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berlainan warna setiap hari. Pelbagai jenis fitokimia memberi warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran, di samping kesan antioksidan dan juga pelbagai manfaat yang lain.

Kuning/Jingga: Buah-buahan dan sayursayuran yang berwarna kuning/jingga adalah kaya dengan beta-karotin (sejenis fitokimia). Pengambilan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ini dengan banyak dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata. Contohnya: betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek dan labu.

Hijau: Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau juga mengandungi beta karotin, tetapi ia telah diselaputi satu pigmen berwarna hijau yang dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau kepada buah-buahan dan sayuran ini. Contoh fitokimia lain ialah lutein dan zeaxanthin. Pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dengan banyak, bukan sahaja dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata. Contohnya: sayur-sayuran berdaun hijau (bayam, kangkung, cekor manis), lada besar hijau dan buah kiwi.

Merah: Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid. Pengambilan lycopene dengan banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai kanser serta penyakit jantung. Contohnya: tomato, lada besar merah, tembikai dan buah betik.

Biru/Ungu: Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins. Pengambilan sayur-sayuran berwarna biru dan unggu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung.Contohnya: buah pitaya merah (buah naga merah), buah plum, beri biru, terung dan kubis ungu.

Putih: Buah-buahan dan sayur-sayuran Contohnya: jambu batu, pisang, buah pir, seperti bunga kubis dan kubis juga yang kaya dengan vitamin C, kalium yang berwarna putih adalah sumber dan serat. Sayuran berwarna putih mengandungi fitokimia seperti idoles. manggis, kubis Cina dan bunga kubis.

Tahukah anda bahawa…?

Kailan, brokoli, pak choy, kubis, pucuk Brussels dan bunga kubis ialah contoh sayur-sayuran dalam keluarga Brassica atau juga dikenali sebagai sayur-sayuran krusiferus. Sayur-sayuran ini kaya dengan fitokimia seperti indoles dan glukosinolate yang dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, termasuk kanser payu dara.

Pencegahan kanser juga boleh bermula dengan beberapa perubahan dalam diet yang boleh mengurangkan risiko kanser.

  • Kekalkan berat badan dalam julat berat badan yang normal.
  • Menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.
  • Makan sebahagian besar makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
  • Sasarkan untuk memenuhi keperluan pemakanan melalui diet dan bukannya melalui suplemen.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori. Elakkan minuman bergula.
  • Hadkan pengambilan daging merah dan elakkan daging yang diproses.
  • Hadkan pengambilan garam. Elakkan bijirin atau kekacang yang berkulat.
Walaupun antioksidan boleh membantu melawan kanser, ia harus diambil daripada diet bukannya
suplemen. Pengambilan suplemen tidak membekalkan fitokimia semula jadi seperti daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

+ Sumber Artikel : Bulan Pemakanan Malaysia

2 comments:

  1. kalau amalkan mkn kacang badam tiap hari agaknya okey tak?

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tidak perlu takut mengambil badam setiap hari kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tak tepu, disamping bagi wanita mengandung pula, dikatakan badam adalah sumber terbaik asid folik yang amat diperlukan mereka. Asid folik dalam badam juga dikatakan mampu membantu mengurangkan risiko kanser serviks

    ReplyDelete