hostinger free

Pengalaman Admitted di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pembedahan Mastektomi di PPUMTanggal 27 Mac 2013, my sister meneman saya ke PPUM untuk kemasukan ke wad bagi tujuan right mastectomy dan  axiliarry clearance operation yang dijadualkan pada 28 Mac 2013.  Awal pagi dah sampai kat PPUM dan di minta pergi Kaunter Kemasukan dan Discaj di Tingkat 2, Menara Utama untuk buat pembayaran deposit.  Sementara menunggu katil di wad yang sepatutnya ditempatkan, saya dibenarkan berehat di wad transit.  Di wad transit beberapa ujian dilakukan dan juga menjawab soalan beberapa orang penyelidik serta menandatangani pelbagai borang persetujuan (bius, pembedahan dan pengambilan darah untuk kajian genetik kanser) setelah di beri penerangan oleh doktor dan juga penyelidik.

Antara ujian yang dilaksanakan ialah ECG, x-ray dan ujian darah.  Lebih kurang jam 8 malam baru saya ditempatkan di wad 10U katil 12.  Saya berada di wad selama 6 hari.  Ramai rakan-rakan sekolah dan kerja datang melawat memberi semangat dan buah tangan.  Lawatan doktor dari team breast surgical tiba seawal 8 pagi setiap hari termasuk cuti hari Ahad datang memeriksa kesihatan, luka pembedahan dan tiub aliran.  Sementara jururawat pula akan datang memberi ubat dan memeriksa tekanan darah serta suhu badan mengikut jadual.  Selepas pembedahan, tahap hemoglobin saya rendah sehingga 7.9,  doktor mengarahkan supaya transfer blood dilakukan sebanyak 2 pain.  

Yang menjadi kenangan pahit dan manis bersama house officer (HO) ialah mencari salur darah yang sesuai untuk dibuat line (pasang jarum IV) dan pengambilan darah.  Memandangkan saya pernah menjalani kemoterapi sebelum ini, maka sukar bagi mereka untuk berjaya melaksanakan task terhadap saya.  Dalam satu hari lebih kurang sepuluh kali cubaan jarum dicucuk di lengan namun gagal.  Walaupun terasa sakit tapi bila tengok  HO kena marah dengan MO, kesian pulak kat diaorang.

Tentang sajian pula setiap hari attenden akan datang bertanyakan menu yang  dipilih untuk sajian esok hari.  Sementara kontraktor yang hantar sajian ni pulak bila dia lambat datang disuruhnya pulak pesakit makan cepat sebab dia nak balik awal, hehe macam2 hal kerenah pekerja di PPUM ni.  Saya discaj dari PPUM 1 Apr 2013 dan beberapa siri temujanji bakal dihadiri pada masa akan datang.

Wakil dari BCWA pun ada datang buat lawatan muhibah, Puan Eve mengatakan saya bagus tidak terlalu rasa bersedih dan banyak ketawa sepanjang perbualan kami.  Sebelum menamatkan lawatan, Puan Eve menyerahkan  door gift yang dibawa oleh mereka.

Fisioterapi dari Bahagian Rawatan Limfidema juga datang mengajar  senaman mudah walaupun semasa berbaring di katil.  Beliau menyatakan pergerakan tangan dan bahu mesti dilakukan segera untuk mengelakkan dari gangguan penyembuhan pembinaan otot baru selepas luka pembedahan bercantum semula.  Lengan perlu dapat digerakkan 100% sama seperti sebelum pembedahan.  Selain daripada itu borang untuk mendapatkan temujanji lanjut juga diberikan dan digalakkan dibuat secepat mungkin selepas discaj.

Selain dari luka pembedahan tu, ada dua tiub aliran dipasang berdekatan luka pembedahan breast dan satu lagi berdekatan axiliarry node. Tiub aliran breast ditanggalkan pada hari ketiga selepas pembedahan.  Pada hari keenam Dr membenarkan tiub aliran yang masih tertinggal ditanggalkan dan boleh discaj selepas itu.  Proses tanggalkan tiub ni dilakukan oleh Jururawat.  Bila jururawat tersembul depan pintu wad dan tanya siapa yang nak buat dulu, dengan spontan saya berkata dan tunjuk pada jiran sebelah katil saya "untie dulu".  Sebenarnya takut sebab rasa sakit masih terasa bila tiub yang pertama dulu ditanggalkan.  Tiub tu bukannya pendek, panjang ya amat.  Bila tiba giliran saya pula, mata dah pejam.  Tak sakit pun.  Jururawat tu kata kalau lambat ditanggalkan takut melekat pada mana-mana organ dalam badan.  Untuk makumat kos mastektomi lebih kurang RM500.00 di PPUM, yang mahal kos duduk wad.


+ Sesiapa yang pernah buat pembedahan breast cancer boleh kongsi pengalaman bagaimana menjaga kesihatan diri selepas pembedahan di ruang komen.

6 comments:

  1. Salam,

    terima kasih kerana menulis dlm blog ni. saya juga pesakit kanser yang akan menjalani kemoterapi esok 19.6.13. Pengalaman anda menghilangkan sedikit kerisauan saya. Saya tertarik dengan minum air serai sebelum rawatan kimoterapi. Berapa batang serai yg diperlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu cawan boleh guna 2 batang setengah serai dan minum kalau boleh minum antara 5 - 10 cawan sehari. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah rawatan kemoterapi puan saodah nanti. Di hospital mana puan jalani rawatan kemoterapi?

      Delete
    2. Terima kasih Noridah for the info dan doa anda.Saya memang memerlukan seseorang yang dah ada pengalaman untuk mengatasi penyakit kanser ni. Kimo di HUKM. InsyaAllah akan dipermudahkan Allah dan saya juga bertawakal sepenuhnya kepada Allah.Semoga Noridah juga berada dalam kesihatan yang baik. Ameen.

      Delete
  2. Macam mana Puan Saodah, pengalaman pertama menerima rawatan kemoterapi? regim ubat apa yang diberikan?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum tq atas perkongsian pengalman... saya doakan semoga noridah cepat sembuh.. jgn cept putus asa.. dan sentiasa dlm ksihatan yg baik.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    Saya tengah buat research PhD berkaitan Breast cancer...sudi x jadi respondent saya?

    ReplyDelete