hostinger free

Senaman Selepas Pembedahan Payudara

Bola BCWA
Pembedahan yang telah anda jalani untuk kanser payudara (mastektomi atau lumpektomi) biasanya melibatkan pengeluaran noda limfa aksilari (di bawah ketiak).  Pergerakan bahu hendaklah dilakukan secepat mungkin  bagi mengelakkan ketegangan pada sendi bahu dan juga bagi mengelakkan perkembangan limfidema. Anda dinasihatkan melakukan pergerakan bahu dalam masa tiga atau empat hari selepas pembedahan bila kesakitan hampir berkurangan.


Semua senaman dan aktiviti harian perlu dijalankan mengikut kemampuan anda (jika sesuatu aktiviti atau senaman menyakitkan, mungkin anda melakukan  di luar kemampuan anda).  Pergerakan senaman ini dilakukan sebanyak tiga kali dan dinasihatkan untuk mengulang senaman ini sebanyak tiga kali setiap hari.  Senaman harus dilakukan dalam tempoh 4 - 5 minggu.

Antara senaman yang dicadangkan ialah seperti berikut:

1.  Memicit Bola.  Pegang sebuah bola getah lembut (anda akan mendapat satu di dalam 'BCWA Comfy Kit') di dalam tangan anda, picit dan relaks berulang kali.  Anda patut  merasa otot-otot mengecut di sepanjang lengan.  Senaman ini boleh dilakukan ketika masih di dalam hospital dan apabila anda sudah pulang ke rumah.

2.  Menyikat Rambut.  Cuba menyikat rambut  dengan menggunakan tangan yang terlibat sambil siku diletakkan di atas permukaan yang rata.  Berehat apabila perlu, tetapi terus mencuba.

3.  Menekan Tapak Tangan.  Duduk dengan selesa berdekatan dengan meja.  Letakkan kedua-dua siku di atas meja dengan tapak tangan ditekan bersama di hadapan anda.  Tekan kedua-dua tapak tangan anda bersama seerat yang mungkin dan teruskan selama 5 saat.  Rehat sebentar dan ulanginya 3 kali.

4.  Memanjat Dinding dengan Tangan.  Berdiri menghadapi dinding dengan jari kaki pada jarak 6-12 inci jauh darinya.  Bengkokkan siku dan letakkan tapak tangan pada dinding di paras bahu.  Gerakkan tangan beransur-ansur ke atas dinding, kekalkannya selari sehingga anda merasa ketegangan da kesakitan di parut. Tandakan tempat tersebut supaya anda boleh mengawasi perkembangan anda sendiri.

5.  Menggaru Belakang.  Bengkokkan siku lengan yang terjejas dan letakkan bahagian belakang tangan di bahagian bawah belakang anda. Beransur-ansur gerakkan tangan anda ke atas sehingga jari anda sampai ke tulang bahu yang bertentangan. 

6.  Penarikan Siku ke belakang.  Bengkokkan siku, menggenggam jari pada bahagian tengkuk anda.  Tarik siku ke dalam ke arah satu sama lain sehingga ianya bersentuhan.
 

+  Lain-lain senaman boleh rujuk di laman web BCWA