hostinger free

Temujanji Dengan Pakar Onkologi

Tamoxifen
Berdebar rasanya bila nak jumpa pakar onkologi hari ini.  Rutin ini adalah perkara wajib terutamanya selepas menjalani pembedahan mac empat minggu lepas.  Perkara yang dibincangkan selalunya adalah bentuk rawatan selanjutnya berdasarkan keputusan patologi terhadap tumur yang dikeluarkan.  Jam 1.30 tengahari nomborku dipanggil masuk ke bilik no 3.  Dengan perlahan mengetuk bilik rawatan dan menjenguk Doktor sedang menulis sesuatu.  Doktor lelaki lagi kali ini.  Entah berapa kali Doktor lelaki yang memeriksa keadaan sakitku.


Lega rasanya apabila beliau mengatakan tidak perlu menjalani rawatan radioterapi.  Doktor hanya memberi rawatan hormon Tamoxifen.  Beliau juga ada menerangkan tentang rawatan tulang yang kosnya lebih kurang RM 870.00 sekali cucuk untuk sebulan sekali dan ianya perlu diambil dalam tempoh 6 bulan.  Kesan jangka panjang rawatan tersebut tidak baik untuk kesihatan pesakit, salah satunya adalah tulang rahang akan menjadi reput.  Buat masa ini keadaan saya masih tidak memerlukan rawatan tersebut berdasarkan cadangan Profesor Dr Anita (Koordinator rawatan saya) seperti yang dimaklumkan oleh Doktor tadi.

Apabila diajukan soalan berkenaan pengambilan makanan tambahan, Doktor mengesyorkan supaya berhati-hati dengan kandungan makanan tambahan terutama yang boleh menggalakkan pengeluaran hormon contoh yang diberi ialah primrose evening pills.  Sebelum beredar temujanji selanjutnya diberikan pada tiga bulan berikutnya 22 Jul 2013.

Apakah kemungkinan kesan sampingan apabila pangambilan Tamoxifien?

1.  Badan rasa panas membara (sementara).

2.  Ruam Kulit.

3.  Kesakitan sementara pada tulang atau tumur untuk sementara atau mungkin bertambah pada minggu pertama rawatan.

4.  Mual dan muntah ringan.

5.  Kekeringan pada bahagian faraj

6.  Tempoh haid terhenti.

7.  Gangguan penglihatan.

8.  Peningkatan risiko mendapat barah uterus. (*ini amat menakutkan)

9.  Pembentukan darah beku pada salur darah pada kaki

10. Fotosensitiviti.