hostinger free

Sari Age Gard

Alternatif  menggunakan produk Sari Age Gard  bersama rawatan hormon.  Temujanji dengan onkologies pada 22 Julai 2013.  Saya perlu berusaha sedaya upaya menjaga kesihatan di samping meningkatkan keupayaan melawan sel kanser yang masih ada di tulang dan hati (BC metasis tulang dan hati).

Penggunaan sari agegard

1. Masukkan 1/2 sachet Sari Age Gard dan tuangkan ke dalam 50 ml air dalam  gelas/bekas bertutup  yang dibekalkan ketika pembelian

2. Kemudian digoncang hingga keluar buih di permukaan air.

3. Minum setiap pagi selepas sarapan dan malam hari sebelum tidur.  Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

4. Setelah itu tingkatkan konsumsi dengan 1 sachet Sari Age Gard dan tuangkan 1oo ml atau 200 ml.  Minum setiap pagi sesudah sarapan atau malam hari sebelum tidur.

 Pengalaman selepas minum sari agegard
Saya telah minum produk ini selama 14 hari dan kesannya amat bagus untuk kesegaran badan.  Tidak dinafikan produk ini mampu membaiki kerosakan akibat rawatan kemoterapi.  Didapati kesan cucukan jarum dilengan dan tangan hilang seolah-olah tak pernah dicucuk.  Kesan luka pembedahan juga nampak semakin baik.  Cuma sakit tulang dibahagian pinggang semakin ketara.  Apa produk ni punya tindakbalas pada sel kanser kat area tu tak tau la.  Harap ia akan semakin berkurangan.  Jarang tidur siang selepas minum produk ni.

Setelah complete menghabiskan dua kotak sari agegard saya simpulkan ia bagus untuk penyakit yang bukan kronik bagi mereka yang mempunyai kewangan yang terhad.  Kalau tak ada masalah kewangan anda boleh teruskan penggunaan produk sari agegard sehingga penyakit kronik (kanser) anda disahkan bebas iaitu selepas 5 tahun.

+ sakit tulang dibahagian pinggang  masih terasa sakit yang maksima.  Sekarang bertukar pula pada penggunaan Daun Belalai Gajah.