hostinger free

BCWA menerima sumbangan daripada Syura Juara Masterchef Seleberiti Musim Ke-2

BCWA menerima sumbangan daripada Syura Juara Masterchef Seleberiti Musim Ke-2
Tahniah kepada Syura.  Dengan kemenangan itu, Syura berjaya memenangi hadiah berupa dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Perniagaan dan hidangan milik Syura akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama.

Selain itu, Syura turut berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association (BCWA).  Untuk makluman BCWA beroperasi dengan bantuan sumber kewangan koperat.  Saya juga mendapat manafaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.  Semasa lawatan kebajikan yang dilakukan oleh wakil BCWA Puan Eve banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai bekas pesakit kanser payudara.  Beliau juga mengajar cara pemeriksaan payudara sendiri dengan cara yang betul.

Wakil BCWA akan membuat lawatan terhadap pesakit kanser payudara di Wad PPUM pada setiap hari Jumaat, kerana setiap kes kanser payudara pembedahan akan dilakukan pada setiap hari Khamis.  Sebelum beredar Puan Eve menyerahkan BCWA Comfy Kit yang mengandungi pamplet, majalah tahunan BCWA, bola getah dan prosthese.  Ada pelbagai support program yang dijalankan oleh BCWA.  Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web mereka.

Lawatan Kebajikan Daripada TLDM

lawatan kebajikan TLDM
Hari ini bekas rakan sekerja datang membuat lawatan kebajikan di rumah.  Mereka adalah Kdr Noraida TLDM, Lt Kdr Rahimah TLDM dan Lt Kdr Syazmi TLDM.  Sepanjang lawatan kami berborak berkaitan hal penyakit saya dan isu-isu semasa terutama berkaitan jerebu yang melanda negara Malaysia ni.  Isu yang menarik dibualkan bagaimana ada kawasan yang menjual topeng muka RM4.50 sekeping, rasanya harga termahal yang dijumpai setakat ni.  Saya juga ada bertanyakan tentang hal pesakit kanser hati Kdr Zamri, mereka memaklumkan keadaan Kdr Zamri lebih teruk berbanding keadaan fizikal saya.

Mereka telah meluangkan masa kira-kira satu jam dalam sesi lawatan tersebut bagi mengetahui keadaan saya serta beberapa keping gambar diambil sambil menyerahkan sumbangan daripada Warga TLDM.  Saya bersyukur masih dapat bertemu bekas rakan sekerja walaupun sekejap.  Kadang-kadang bila datang melawat orang sakit kita akan rasa kurang selesa atau tak tau nak borak macam mana.  Kalau anda ada rasa begitu cuba ikut tips atau panduan berikut:

Tips melawat orang sakit

  • Jangan lama-lama

  • Berdoa supaya segera sembuh

  • Berilah kata-kata semangat dan gembirakan pesakit
Contribute to a good cause while running/walking with #RexonaMove! Get it on the App Store now.

p/s : Kdr Zamri juga telah kembali ke rahmatullah pada 1 ramadhan yang lalu.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Promo Cinta Jangan Pergi Nadiya Nisaa (EL)


Dah nak episod akhir drama ni, kena tengok sebab drama ni saya tengok episod pertama dan yang seterusnya tak tengok sangat, cuma nak tau final episodnya macam mana, hehehe.  Tengok drama ni pun sebenarnya nak tengok Nadia Nisaa je, bagaimana beliau membawa watak El tu berbeza dengan drama sebelum-sebelum ni.

Peraduan #CintaJanganPergi
Boleh menang Ipad Mini lagi

Apa Kata Dr Hamid Arshat

cegah fibroid dan kanser payudara

Kanser payudara mengancam kaum wanita. Berwaspada jika ada sejarah penyakit ini pada ibu atau saudara terdekat. Untuk mencegah kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gunakan kunyit hidup dalam masakan, makan tomato kandungan lycopene boleh melindung, Avacardo mengdungi oleic asid juga pelindung, Juz Delima , Flaxseed oil - lignans juga pelindung, Teh hijau yg mengandungi EGCG juga berkesan, sayur Broccoli da cauliflower -kandungan indole 3 carbinol pelindung dari kanser, biji anggur yg mengandungi resveretrol juga berkesan sebagai pelindung.

Apa yang dinyatakan oleh Dr Hamid  berkenaan kanser payudara dan fibroid boleh dijadikan panduan jika masih tidak tahu pemakanan yang bersesuaian setelah disahkan sebagai pesakit kanser.  Yang penting elakkan gula, lemak, garam dalam makanan dan juga minuman.  Apa menu anda pada bulan puasa yang bakal menjelang tiba ini?  Alhamdulillah tamoxifen tu hanya makan sekali sehari je.  Mungkin  akan makan lepas waktu berbuka.  Boleh puasa penuh tahun ni nampaknya.

Waktu Berbuka dan Imsak Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur

waktu buka puasa
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.  Bagi mempermudahkan rakyat Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa.  Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Can't balik kampung this Hari Raya? Send an extra awesome 'minta maaf' message to make up for it!
Berikut merupakan jadual waktu imsak dan buka puasa bagi negeri  Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 1434H/2013.


Prosedur perubatan

Dalam pada itu, Ismat memberitahu, banyak persoalan timbul dalam kalangan orang ramai mengenai prosedur-prosedur perubatan sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak. "Banyak perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Antarabangsa dalam persidangan ke-10 di Jeddah Arab Saudi baru-baru ini.

"Ada enam prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa. Pertama, menitiskan ubat ke dalam mata, hidung dan telinga. Dengan syarat ubat tersebut tidak sampai ke tekak. "Kedua, menderma atau menerima pemindahan darah. Ketiga, mengambil ujian darah. Keempat, menjalani rawatan pergigian seperti mencabut, menampal dan mencuci gigi. Kelima, menjalani rawatan hemodialisis atau dialisis peritoneal (PD) dan terakhir menjalani ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair ke dalam perut," katanya lagi.



Gigih Lawan Kanser

frank chong Rhabdomyosarcoma
Badannya tidak mengalami sebarang kesakitan yang menunjukkan dia mengalami gejala penyakit kronik tetapi sudah suratan takdir, Frank Chong, 34, yang ketika itu cuma berumur 12 tahun disahkan menghidap Rhabdomyosarcoma - sejenis kanser yang menyerang tisu dan otot di bahagian badan tertentu.

Perlu menjalani rawatan intensif selama dua tahun yang meliputi pembedahan, kemoterapi dan radioterapi, Chong tabah menghadapinya walaupun ia memberi kesan terhadap pembelajaran dan penampilan dirinya. “Saya hanya menyedari terdapat bengkak yang agak pelik di pergelangan tangan kiri ketika sedang makan atau menggosok gigi ketika itu. Tentu saja saya berasa hairan sebab tanpa ada sebarang rasa sakit, tiba-tiba pergelangan tangan bengkak.

“Disebabkan hairan, saya tunjukkan tanda itu kepada ayah dan dia membuat keputusan untuk membawa saya kepada doktor keluarga dan seorang lagi doktor pakar. Mereka melakukan imbasan dan akhirnya pembedahan untuk mengeluarkan tumor sebesar guli itu yang dihantar ke Hospital Universiti Singapura untuk ujian makmal.

“Ternyata, ia sejenis kanser yang boleh membahayakan nyawa saya sekiranya ia tidak dibuang dan menjalani rawatan lanjut. Bermula dari situ saya lakukan pembedahan dan rawatan kemoterapi serta radioterapi untuk memastikan kanser hilang dan tidak merebak.

“Kesannya, rambut saya gugur, muka berjerawat dan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) saya tidak bagus kerana kerap tidak hadir ke kelas serta hilang fokus ketika belajar,” katanya.

Terkejut, sedih dan takut ketika mula-mula disahkan menghidap penyakit berkenaan kerana apabila menyebut mengenai kanser sudah pasti dia juga tidak terkecuali mengingati kematian.

Bagaimanapun, akibat cepat bertindak dan berbekalkan semangat juang dan sokongan tinggi oleh ahli keluarga, Chong cekal melalui setiap liku cabaran dalam tempoh dua tahun rawatannya itu.

Malah, kini dia aktif menyertai pelbagai acara larian amal dan seumpamanya untuk membuktikan kepada orang ramai tidak kira sama ada dalam keadaan sakit mahupun tidak, jika berfikiran positif, pasti sesuatu perkara itu boleh dilalui dengan mudah.

Selain itu, dia juga melakukan perkara itu demi menyampaikan mesej mengenai kepentingan gaya hidup sihat dan menyedarkan mereka mengenai bahaya penyakit kanser kepada masyarakat.

Buktinya, tahun lalu dia berjaya menamatkan larian di Maraton Comrades di Afrika Selatan dengan tempoh catatan larian 11 jam dan 53 saat.

Tahun ini sekali lagi dia akan menyertai acara sama dan berusaha menamatkan larian sepanjang 87 kilometer berkenaan.

Bagi Aida Munirah Azmi, 26, pula dia tidak menyangka benjolan kecil di bawah leher kanannya bakal mengubah kehidupannya pada ketika itu.

Disahkan menghidap kanser Adenoid Cystic Carcinoma (ACC) ketika berumur 24 tahun, wanita aktif ini berasa marah, murung dan sedih kerana sentiasa mempersoalkan mengapa penyakit berkenaan menyerang dirinya.

ACC adalah kanser yang jarang diketahui atau dihidapi dan akan menyerang beberapa bahagian tubuh terutama kawasan kepala dan leher, kelenjar air liur, payudara, paru-paru, mata dan otak.

“Pada 2010 saya disahkan menghidap ACC dan pada ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Pelbagai medium dijadikan bahan rujukan untuk mengetahui mengenai jenis penyakit saya ini sebab tidak banyak maklumat yang ditulis mengenainya.

“Memang saya tahu mengenai kanser dan bahayanya menerusi pelbagai kempen dan bahan bacaan, cuma selagi tidak terkena pada diri sendiri kita tidak akan tahu. Mungkin pemikiran sebegini yang menyebabkan masyarakat mengambil sikap acuh tak acuh.

“Sudah menjadi kebiasaan, sesiapa saja yang disahkan menghidap penyakit kanser akan berasa kehidupannya sudah berakhir. Kebanyakannya hilang semangat, putus asa untuk meneruskan hidup. Ini kerana kanser adalah penyakit yang berbahaya manakala kos rawatannya cukup mahal.

“Bagaimanapun, saya mempunyai semangat juang yang cukup tinggi apabila tidak mudah menyerah kalah tetapi melawan habis-habisan penyakit berkenaan sehingga ke penghujungnya,” jelasnya.

Kini, selepas dua tahun Aida menempuh tempoh genting dengan pembedahan, rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia boleh aktif semula dan menjalani kehidupan seperti sedia kala bersama suami dan anak tercinta.

Seperti Chong, Aida juga menyertai pelbagai acara larian kerana itu menjadi minatnya sejak di sekolah menengah lagi dan pada bulan hadapan, dia akan menyertai maraton di Gold Coast, Australia.

Nasihat mereka berdua, kanser boleh dirawat jika dikesan dan diketahui dengan lebih awal menerusi pemeriksaan doktor. Jangan bersikap ‘biarkan saja’ apabila berasa tidak sihat atau terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh badan.

Lakukan langkah pertama, berani dan berfikiran positif untuk menghadapi sebarang kemungkinan namun jangan sesekali cepat berputus asa sebelum mencuba kerana kanser bukan hukuman mati kepada individu.

Sementara itu, inspirasi daripada Chong sendiri, Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser (Carif), baru-baru ini melancarkan Kempen Be Frank bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mencabar diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara yang dianggap di luar kemampuan diri sebelum ini.

Selain itu, ia juga dilancarkan untuk mendidik orang ramai mengenai kanser dan pengesanan awal serta mitos penyakit berkenaan yang tidak benar.

Tidak cukup dengan itu, ia turut membantu dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menyayangi serta menghargai kesihatan diri.

Ketua Pegawai Eksekutif Carif, Profesor Dr Teo Soo-Hwang berkata, kempen ini menggalakkan orang ramai mengutip derma mengikut cara tersendiri sama ada menerusi cara jualan gudang atau pakaian terpakai, mengadakan majlis makan malam amal dan seumpamanya.

“Semua sumbangan yang diperoleh melalui kempen ini akan disalurkan ke program kajian Carif untuk meningkatkan tahap pemeriksaan kanser, mencari penyelesaian terkini mengubati kanser, berhubung dengan orang ramai dan pesakit kanser dalam program komuniti serta pelbagai program lagi,” katanya.

Apa yang perlu dilakukan adalah pilih dan jelaskan idea berkenaan dengan jelas, daftar dengan kempen Be Frank Carif, tetapkan sasaran (jumlah derma) yang mahu dikumpul, pilih ahli kumpulan dan lokasi.

Apabila sudah berdaftar dengan Carif, secara automatik panduan serta perbincangan akan dilakukan untuk melaksanakan program mengutip dana yang dirancang.

Selepas itu, publisiti boleh dimulakan misalnya menerusi laman web, laman sosial dan poster.

Untuk memberi inspirasi kepada orang ramai, rakam video dan ambil gambar sebanyak mungkin lalu e-melkan ke befrank@carif.com.my. Sumbangan dana secara terus juga boleh dilakukan menerusi cek kepada Carif atau dalam talian di http://www.simplygiving.com/BeFrank.


Mitos kanser

Kanser berjangkit


Kanser tidak berjangkit dan seseorang itu tidak akan menghidap penyakit ini hanya dengan sentuhan atau berkongsi barangan peribadi.

Ia juga tidak merebak melalui udara, air, suntikan atau vektor lain. Malah, sesetengah kanser seperti kanser servik, hati atau hepatitis B dan C adalah berkaitan dengan virus.


Ada terapi alternatif

Tiada terapi atau rawatan alternatif lain bagi mengubati kanser melainkan melalui ubat-ubatan yang disahkan serta berdaftar saja.


Rawatan mengubati kanser lebih teruk daripada penyakit itu

Umum tahu rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi memberikan kesan sampingan yang kurang menyenangkan tetapi kemajuan terkini membolehkan banyak ubat-ubatan kemoterapi dan rawatan radiasi dihasilkan lebih baik berbanding dulu.


Tidak perlu risau mengenai kanser jika tiada ahli keluarga pernah menghidapinya

Hanya lima hingga 10 peratus kanser diwarisi melalui keturunan. Kebanyakan kanser disebabkan perubahan genetik yang berlaku sepanjang kehidupan seseorang. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja.


Tidak peduli

Kita tidak sepatutnya mengabaikan kanser dan tanda awal penyakit ini seperti benjolan di payudara. Walaupun kenyataan mengenai kanser menakutkan, berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan awal mampu mengubah nasib. Menerima rawatan pada peringkat awal lebih berkesan berbanding membiarkannya saja.


Kanser hukuman bunuh

Masyarakat lebih suka ambil mudah dan meletakkan penyakit itu sebagai ketentuan Tuhan. Jika dikesan awal, kanser boleh dirawat dan pesakit pulih seperti sedia kala.

+ Ditulis oleh Hamizah Badiran

Menangani Loya Dan Muntah Serta Keguguran Rambut Disebabkan Oleh Rawatan Kemoterapi

loya dan muntah selepas rawatan kemoterapi
Loya Dan Muntah

Loya dan muntah adalah salah satu kesan sampingan kemoterapi yang paling kerap berlaku dan ada ketikanya pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital untuk merawat masalah muntah.

Ini merupakan kesan sampingan yang selalu menjadi kebimbangan pesakit.  Ia boleh terjadi semasa atau selepas menjalani kemoterapi, tetapi biasanya kesan ini hanya sementara.  Ada beberapa cara untuk mengurangkan gejala ini:

1. Minta doktor memberi ubat penahan muntah dan makan ubat ini setengah jam hingga satu jam sebelum mengambil makanan.

2. Makan sedikit-sedikit  tetapi kerap kerana ia lebih senang dihadamkan berbanding dengam mengambil makanan dalam jumlah yang banyak sekali gus.  Mengelakkan daripada mengambil makanan untuk jangka masa yang lama (jangan biarkan perut kosong terlalu lama) selalunya tidak akan membantu.

3. Elakkan daripada mengambil minuman dengan banyak semasa makan kerana ia akan menyebabkan pesakit merasa kembung.  Minumlah dengan secukupnya di antara masa makan untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.

4.  Makanan yang sejuk atau suam biasanya lebih sesuai berbanding makanan panas.

5. Elakkan berbaring selepas makan.  Berjalan-jalan sebelum dan selepas makan boleh membantu penghadaman.

6. Jika bau makanan yang dimasak menyebabkan pesakit berasa loya, mintalah orang lain menyediakannya.

gugur rambut akibat rawatan kemoterapiKeguguran Rambut

Keguguran rambut yang disebabkaan oleh kerosakan sementara pada folikel rambuthanya berlaku dengan sesetengah ubat kemoterapi.  Rambut biasanya akan mula gugur selepas dua atau tiga minggu selepas kemoterapi bermula.  Ia akan tumbuh semula dalam masa 3-4 bulan selepas kesemua pusingan kemoterapi selesai.  Tetapi ada sesetengah pesakit yang akan mengambil masa yang lebih lama iaitu 6-12 bulan setelah kemoterapi berakhir.  Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan akibat keguguran rambut:

1. Potong rambut sebelum memulakan kemoterapi supaya kesan keguguran rambut tidak begitu ketara.

2. Gunakan tudung/skaf atau rambut palsu dengan gaya yang pesakit suka sebelum kesan keguguran rambut menjadi ketara.

3. Elakkan menggunakan pewarna rambut, penyembur rambut, mengeritingkan rambut dan kepanasan melampau daripada pengering rambut.  Gunakan sikat atau berus lembut dan elakkan menyikat atau memberus rambut dengan kuat.

+ Sumber artikel: Buku Kanser Wanita Pencegahan dan Rawatan. 
Doktor akan preskripsi ubat loya dan juga ubat muntah untuk kegunaan pesakit sehari sebelum rawatan kemoterapi bermula.  Pengalaman saya  sendiri taehadap keguguran rambut ini mula pada minggu ketiga masa cycle pertama lagi.  Habis botak licin rambut di kepala sementara bulu di ketiak juga tiada sepanjang tempoh kemoterapi.  Rambut halus mula tumbuh balik semasa masih dalam rawatan iaitu pada masa cycle kelima.  Ia agak cepat berbanding kebiasaan pesakit.  Mungkin disebabkan penggunaan minyak habatussauda ketika itu.

Promo Karnival Mahabbah IKIMfm Selangor

promo mahabbah

Jom ke karnival, pasti ada yang menjual produk habatussauda di sana nanti.  Bawalah keluarga bersama kerana ada Upin dan Ipin.

Testimonial Penggunaan Ekstrak Daun Belalai Gajah: In the making

Penggunaan Ekstrak Daun Belalai Gajah
Herba perubatan ini dikenali sebagai Daun Belalai Gajah, Sabah Snake Grass (SSG), You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans. Ia tergolong dalam keluarga Acanthaceae dan tumbuh dengan baik di negara-negara cuaca tropika seperti Malaysia atau Indonesia. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) boleh dibiak melalui keratan batang. Secara umumnya, kematangan SSG adalah 3-9 bulan.

Saya hanya makan herba ini dan dijadikan sebagai ulam memandangkan hanya ada dua pasu pokok ditanam dirumah.  Disebabkan bekalan daun amat terhad, saya mula mencari alternatif lain.  Pilihan yang terbaik perlu diputuskan berdasarkan kemampuan kewangan sedia ada.  
Saya merupakan pesakit kanser payudara stage empat metasis tulang belakang dan hati.  Saya telah menjalani rawatan kemoterapi mulai Oktober 2012 hingga bulan Feb 2013.  Selepas itu saya telah menjalani pembedahan mastektomi dan axillary node clearance pada bulan Mac 2013.  Sehingga kini saya hanya menerima rawatan terapi hormon dan fisioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.  Selepas sebulan makan tamoxifen kesakitan di bahagian belakang mula terasa.  Dalam tempoh kesakitan itu saya mencuba produk sari agegard selama sebulan tetapi tidak mampu menghilangkan rasa sakit di bahagian pinggang belakang. Untuk mengurangkan rasa sakit bahagian belakang dan membunuh sel-sel kanser yang masih ada saya mula menggunakan produk ekstrak daun belalai gajah serta biji aprikot sejak beberapa hari yang lepas.  Progres penggunaan produk ini terhadap kesakitan akibat penyakit yang dihidapi akan saya catatkan setiap dua minggu sekali.  Saya memohon pada Allah kesembuhan diperolehi disamping kualiti hidup yang diredhai.

Keadaan sebelum mula menggunakan produk ekstrak daun belalai gajah,  sukar untuk melakukan pergerakan  samada bangun untuk berdiri dan duduk.  Saya banyak lebih berbaring.  Kadang-kadang otot belah kiri belakang pinggang akan terasa tegang.  Tidak mampu bersin dan batuk dilakukan dengan sempurna, terpaksa ditahan kalau terasa nak bersin dan batuk.  Tiada pembekakkan tulang ditemui.  Tangan dan kaki masih boleh digerakkan.  Penggunaan habbatussauda juga masih diteruskan.


rancangan jadual pemakanan tambahan pesakit kanser payudara
Merupakan Jadual Pemakanan, semoga dipraktikkan secara optima.  Ekstrak hanya akan diminum untuk tempoh tiga hari  dalam seminggu, sementara empat hari berikutnya akan diganti dengan teh herba serai untuk bertujuan meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan produk dan mengelakkan badan terlalu imun dengan makanan tambahan tersebut.


15 Jun - 29 Jun
Setelah dua minggu menggunakan gabungan minuman herba dalam diet harian saya, dapat disimpulkan kesakitan otot dan tulang berkurangan sedikit.  Batuk dan bersin tak perlu saya tahan lagi.  Mampu duduk lebih lama sedikit lebih kurang satu jam.  Saya akan teruskan penggunaan minuman herba ini untuk minggu-minggu seterusnya sehingga habis stok.  Selepas itu baru saya buat pertimbangan akan meneruskan penggunaan minuman herba yang mana satu dan akan di amalkan insyaAllah selama lima tahun sekiranya panjang umur.  

Saya sedikit terganggu kerana penjual ekstrak herba ini baru meninggal dunia minggu lepas, beliau merupakan pesakit kanser servik yang bersimpati pada saya dan menawarkan harga produk sebagai harga pesakit.  Beliau juga mention hanya pesakit sahaja yang mampu memahami perasaan pesakit lain.  Untuk menyesuaikan jadual pemakanan harian ketika bulan Ramadhan nanti, beberapa perubahan dilakukan dengan menetapkan minuman herba akan diambil ketika sahur dan sebelum waktu tidur.  Untuk maklumat temujanji dengan onkologis pada 22 Julai akan datang.


30 Jun - 13 Jul 
Tiada perubahan ketara di lihat, kesakitan di tulang masih terasa.  Hari ini medapat khabar berita menyedihkan, ibu saudara meninggal dunia.  Sebelum ini beliau merupakan pesaakit kanser servik dan kami selalu berjumpa di PPUM ketika beliau menjalani rawatan radioterapi sementara saya pula menjalani rawatan kemoterapi.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


14 Jul - 24 Jul
Rawatan ekstrak belalai gajah, durian belanda dan teh serai terpaksa dihentikan kerana saya mula tidak konsisten  menggunakannya setelah kematian penjual produk tersebut.  Badan semakin lesu dan kakak saya mula mencadangkan pada saya supaya cuba rawatan homeopati.  Saya bersetuju setelah memikirkan keadaan kesihatan yang makin merosot.  Dengan secara rasminya testimonial ini tidak sempurna.  Kepada pesakit diluar sana anda boleh teruskan rawatan ekstrak belalai gajah ni tanpa ragu-ragu.


*Senarai Penjual Pokok  Belalai Gajah Area Selangor (update kalau ada yang lain)

Sri Hayati Miharso (pemilik/penjaga nurseri)
Sun Beauty Home & Landscaping Trading Sdn Bhd
Lot 43, Kebun Bunga Depan Industri Sungai Buloh,
Batu 16, Sungai Buloh, 47000, Selangor.
H/p: 016-9020 672 

(popular dengan nama Lot 43)

019-2502478 En Mohd Nizam area bandar baru salak tinggi.


*Senarai Penjual  Daun Belalai Gajah Area Selangor (update kalau ada yang lain)

7-3-2, Danau Business Centre,
Jalan 3/109F, Taman Danau Desa,
58100 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +6010 525 7782
Fax: 03 2034 9489
(ladang 13 ekar ada kat area Selangor)

Komunikasi

komunikasi pesakit kanser payudara
Meluahkan perasaan anda tentang keadaan anda mungkin dapat membantu semasa anda beransur pulih. Apabila anda telah bersedia, meluahkan perasaan anda kepada orang lain akan memberi peluang untuk anda mengetahui fikiran dan perasaan mereka tentang keadaan anda.

Ada dua aspek komunikasi: keupayaa anda berkomunikasi dengan keluarga dan rakan anda dan juga dengan orang lain; serta keupayaan mereka untuk berkomunikasi dengan anda.

Pada mulanya sesetengah orang mungkin tidak berupaya berbincang dengan anda tentang penyakit anda. Yang lain mungkin ingin berbincang dengan anda tetapi tidak tahu apa yang harus dikatakan. Ada juga yang mungkin mereka tidak peka terhadap keadaan anda. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak harus menghindarkan anda daripada mendapat bantuan orang yang berpengetahuan tentang isu ini.

Ingatlah bahawa anda boleh mendapat sokongan yang diperlukan daripada bukan ahli keluarga, atau rakan ataupun orang yang tiada hubungan dengan anda sekarang.

Berkomunikasi dengan Pasukan Perawat Anda.

Diagnosis dan rawatan payudara anda mungkin adalah pengalaman perubatan besar yang pertama dalam hidup anda. Perubahan yang anda alami mungkin dirasakan berlaku dalam sekelip mata. Anda perlu menyesuaikan diri dengan pejabat dokotor, hospital, dan kaedah diagnosis. Komunikasi yang anda lakukan dengan pasukan penjagaan kesihatan anda adalah penting untuk mengurangkan rasa cemas dan takut.

Apakah yang anda harapkan daripada doktor, jururrawat dan ahli teknologi anda? Kebanyakan doktor yang ditemuduga untuk mendapatkan pendapat  besetuju bahawa peranan mereka antaranya termasuk;

• Memberikan nasihat tentang pilihan rawatan 

• Melakukan rawatan
• Membekalkan maklumat objektif tentang rawatn
• Bertugas memaklumkan maklumat lain yang diluar bidang
perubatan mereka yang khusus

• Memberikan sokongan emosi


Apakah yang diharapkan oleh mereka daripada anda? Anda adalah seorang yang kompleks, dengan keperluan yang mempengaruhi aspek kehidupan anda. Keadaan emosi, sosial dan kesejahteraan fizikal anda bertindan-tindih. Pasukan perawat anda perlu mengetahui maklumat sebanyak mungkin tentang diri anda. Memberikan maklumat ini kepada mereka dapat meningkatkan komunikasi antara anda dengan mereka, dan dapat membantu memulihkan keadaan fizikal anda.

Diagnosis kanser payudara boleh menimbulkan banyak tekanan, terutama semasa anda ingin cuba memahami semua maklumat baru yang anda terima. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah sesuai yang boleh anda ikuti untuk mengurangkan ketegangan tersebut.

Bertanya sangat penting. Doktor dan jururawat mahukan pesakit menanyakan soalan. Interaksi ini membantu mereka mengetahui diri anda dan keperluan anda. Tidak ada soalan yang diangap salah. Anda mungkin boleh memulakannya dengan bertanya tentang rawatan anda atau komplikasi serta kesan sampingan rawatan tersebut. Beritahu pasukan perawat anda tahap maklumat yang anda inginkan.

Apabila anda bertemu dengan pakar penjagaan kesihatan anda, anda mungkin berasa gemuruh dan tidak pasti anda akan ingat semua soalan yang ingin ditanya. Pada masa seperti ini anda tidak harus bersandarkan ingatan sahaja. Membaca mana-mana bahan yang anda terima mungkin membantu anda memikirkan beberapa soalan. Anda hendaklah sentiasa membawa buku catatan untuk menulis soalan apabila ia terlintas difikiran anda dan anda hendaklah membawa buku catatan tersebut semasa temujanji.

Anda mungkin ingin membawa seseorang ahli keluarga atau rakan karib anda bersama semasa anda menjalani rawatan perubatan yang intensif dan semasa keputusan tentang rawatan dibuat. Pemahaman anda adalah terhad apabila berseorangan. Apabila anda berdua, bertanya dan mendengar penerangan, besar kemungkinan lebih banyak maklumat dapat difahami dan diingat.

Anda perlu menyedari bahawa walau banyak mana pun persediaan anda untuk menghadapinya, anda tentu akan terlupa akan sesuatu atau memikirkan lebih banyak soalan. Pada temujanji yang berikutnya, bertanyalah mana-mana soalan yang tertinggal, atau jika anda memerlukan jawapan serta-merta, hubungilah doktor. Langkah ini adalah sebahagian daripada penjagaan perubatan yang baik.

Sementara anda mengharapkan pakar kesihatan akan memberikan maklumat perubatan kepada anda, setakat manakah anda mengharapkan sokongan emosi daripada pasukan perubatan anda? Mereka mungkin tidak dapat memenuhi semua keperluan emosi anda. Walaubagaimanapun, mereka mungkin
berupaya menghubungkan anda dengan kumpulan sokongan, kaunselor atau organisasi lain yang dapat memberikan sokongan tambahan.

Untuk Wanita Bujang

Wanita yang telah menjalani pembedahan payudara mungkin tidak hanya menghadapi aspek pemulihan fizikal, tetapi juga mengalami kerisauan tentang kemampuannya untuk terus hidup, kehilangan ciri-ciri kewanitaan dan tarikan seks, perasaan tersingkir, dan mungkin juga imej tubuh yang sudah berubah. Bagi wanita yang hidup bujang, kesangsian dan kerisauan ini mungkin lebih terasa, terutamanya jika tidak ada seseorang yang dapat memberikan sokongan kepadanya.

Mastektomi bukanlah halangan untuk bermesra, bercinta dan berkahwin. Ramai wanita telah berkahwin buat pertama kalinya selepas pembedahan payudara, dan ramai balu dan janda telah berkahwin semula selepas pembedahan payudara.

Samada anda mempunyai hubungan yang kukuh atau tidak, seelok-eloknya anda hendaklah memandang berat penyakit kanser payudara anda. Rakan-rakan akan memberikan sokongan padu, sama seperti dalam keadaan lain. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan dengan siapa dan bila anda akan berkongsi pengalaman kanser payudara anda.

Keluar bersama teman lelaki adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sama halnya seperti sebelum anda mendapat tahu diagnosis. Anda mungkin terasa berat hati untuk memulakan hubungan dalam keadaan sebegini, atau anda mungkin berasa hubungan tersebut lebih bermakna.

Berbincanglah dengan pasangan anda apabila hubungan semakin mendalam. Sebelum membuat komitmen yang kukuh, anda berdua hendaklah menerima hakikat bahawa anda kini menghidap kanser. Seseorang yang ingin menjalin hubungan dengan anda perlu menerima anda sepenuhnya dan seadanya. Hanya apabila anda dapat berterus-terang tentang perkara sedemikian, barulah anda mula membina hubungan yang  berasaskan rasa saling mempercayai antara satu sama lain.

+ Sumber artikel :Buku Panduan selepas mastektomi