hostinger free

Jangan Takut Bila Prosedur Biopsi Dilakukan Ke atas Anda

core needle biopsy
Pesakit yang dikesan mempunyai kelainan ataupun ketulan di payudara akan diarahkan untuk menjalani ujian pengesahan.  Ujian pengesahan yang dimaksudkan itu ialah ujian biopsi.  Saya pernah menjalani dua jenis ujian biopsi kerana salah satu payudara memang jelas kelihatan benjolan secara fizikzl sementara satu lagi hanya dilihat ada kelainan melalui mammogram.  

Kaedah pengambilan sampel untuk ujian pengesahan yang saya buat adalah core needle biopsy dan strereotaktik biopsy.  Kedua-dua prosedur tu sakit juga walaupun dah dibius kawasan yang terbabit.  Prosedur strereotaktik biopsy mengambil masa yang lebih lama berbanding prosedur core needle biopsy.  Bagaimana kaedah biopsi ini dilakukan?  

Core needle biopsy menggunakan jarum yang lebih besar dan berupaya mendapatkan tisu dalam kuantiti yang banyak.  Doktor akan menunjukkan demo bagaimana peralatan tersebut berfungsi dan ianya kedengaran seperti tembakan jarum ke bahagian payudara anda.  Menggunakan prosedur ini doktor telah mengulang sebanyak dua kali untuk mendapakan tisu yang banyak.  Setelah selesai jururawat akan membersihkan luka dengan antiseptik dan luka tersebut dibalut dengan sterile gauze serta ditekan selama 5 minit supaya pengeluaran darah berhenti.

Strereotaktik biopsy bermaksud  menggunakan imej mamografi sebagai panduan untuk mensasarkan jarum sama ada kaedah sedutan atau core needle biopsy ke arah lokasi ketulan yang disyaki kanser.  Dengan prosedur ini doktor mengulang sebanyak lima kali dan parut luka agak lebih besar banding prosedur yang lagi satu.  Di sini anda akan mengalami kesakitan berganda kerana payudara anda sentiasa dihimpit dengan mesin mammogram sambil tembakan jarum dilepaskan untuk pengambilan tisu.  Tapi jangan risau prosedur ini juga akan dibius terlebih dahulu.  Semasa prosedur ini dilakukan saya dibenarkan duduk tanpa bergerak.  Saya hanya mendengar arahan doktor sahaja tanpa melihat prosedur dilakukan. Doktor menerangkan bagaimana tembakan jarum itu berfungsi.  

Setelah selesai jururawat akan membersihkan luka dengan antiseptik dan luka tersebut dibalut dengan sterile gauze serta ditekan selama 5 minit supaya pengeluaran darah berhenti.  Sebelum beredar jururawat membekalkan  sterile gauze dan plaster untuk dibawa pulang.  Darah yang keluar memang lebih banyak banding prosedur yang diatas tadi.  Sepanjang prosedur biopsi ini, ia hanya dilakukan oleh doktor dari Mauritius yang tak pernah buat prosedur tersebut dengan dipantau oleh Doktor Pakar.  Tapi itu lagi menambahkan debaran dihati ketika prosedur tersebut berlangsung.

Saya harap dengan perkongsian ini sekurang-kurangnya pesakit lebih bersedia dari segi mental untuk menghadapi ujian biopsi.

AJ double mastectomy


+ Akan Datang Pengalaman menjalani Ujian ECG



2 comments:

  1. Rumit juga prosedur rawatan breast canser ye..adik saya 2 org ada sakit di payudara..tp bukan jenis kanser..jenis fibroid.. dlu saya ingatkan fibroid just di rahim je..rupanya di breast pun boleh tumbuh...

    ReplyDelete
  2. ya kalau ketulan dibreast yang dipenuhi cecair ia akan dipanggil fibroid atau cyst. hasil ujian patologi terhadap sampel yang diambil semasa strereotaktik biopsy hanya menunjukkan cyst. Sementara yang sebelah konfirm kanser. Kalau tak agaknya saya pun buat double mastektomi macam Angelina Jolie.

    ReplyDelete