hostinger free

Menangani Kekurangan Sel Darah Disebabkan Oleh Rawatan Kanser

pindah darah
Pesakit akan menjalani pemeriksaan semasa menjalani kemoterapi untuk mengetahui bilangan sel darah.  Bertanyalah kepada doktor pesakit bila sel darah pesakit dijangka berkurangan supaya pesakit boleh bersedia.  Pada kebiasaannya, kandungan darah akan berkurangan secara perlahan-lahan selepas menjalani rawatan kemoterapi dan mencapai tahap yang paling rendah antara hari ke-10 hingga ke-14 dan kemudian kandungan darah akan perlahan-lahan meningkat dan kembali ke tahap normal pada minggu ketiga.

Daya tahan badan untuk melawan jangkitan akan berkurangan semasa atau selepas menjalani rawatan kemoterapi  disebabkan oleh kekurangan sel darah akibat daripada gangguan pada sumsum tulang.  Jika sel darah putih terlalu rendah, pesakit akan mudah  mendapat jangkitan kuman yang teruk.  Dengan itu elakkan daripada mendampingi mereka yang demam, selsema atau jangkitan yang lain.  Juga elakkan daripada berada di tempat awam yang sesak dalam tempoh ini.

Sel pembekuan darah (Platelet) juga akan berkurangan akibat daripada kemoterapi.  Platelet diperlukan badan untuk menghentikan pendarahan.  Dengan itu jagalah keselamatan diri daripada luka atau kecederaan  kerana kekurangan platelet akan menyebabkan mudah mendapat lebam dan pendarahan yang berterusan.

Kesan gangguan sumsum tulang yang lain termasuklah anemia (kekurangan sel darah merah).  Untuk mengurangkan keletihan dan tidak bermaya kerana kekurangan sel darah merah, makanlah makanan yang berkhasiat di samping mendapat rehat yang cukup.

Apabila mengalami gejala-gejala berikut pesakit mesti berjumpa dengan doktor.
  • Pendarahan atau lebam yang luar biasa contohnya hidung berdarah, kencing berdarah, atau najis hitam seperti tar.
  • Sesak nafas
  • Cirit birit dan sembelit yang teruk.
  • Demam melebihi 38 darjah celcius  terutama jika mengalami seram sejuk dan menggeletar.
+ Pesakit kebiasaanya menjalani ujian darah pada hari yang ke-20 dan meneruskan kemoterapi pada keesokannya.  Ada sekali antara bulan-bulan tu yang banyak cuti am, kami dijadualkan membuat ujian darah lebih awal iaitu pada hari ke-17.  Hasilnya tujuh orang daripada kumpulan kami gagal ujian darah tersebut termasuk saya.  Ujian darah terpaksa diulang pada hari ke-21 dan setelah keputusan lulus baru rawatan kemo diteruskan pada lebih kurang jam tiga petang.  Seharian juga berada di onkologi klinik tu.