hostinger free

Cegah Sembelit Dengan Diet Sihat

Cegah Sembelit Dengan Diet Sihat
Kekerapan seseorang membuang air besar adalah berbeza antara individu yang berlainan, dan tiada takrif kekerapan ‘normal’ bagi pergerakan usus. Kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa normal bermaksud membuang air besar setiap hari. Namun, sesetengah orang mungkin hanya membuang air besar 3 kali seminggu, sementara yang lain membuang air besar 2-3 kali sehari!

Pergerakan usus yang normal merujuk kepada najis yang lembut dan senang dikumuh. Sembelit sering menyebabkan najis anda lebih kering dan keras daripada biasa, dan menyebabkan kesakitan semasa membuang air besar.  Jika anda tidak pergi ke tandas selama lebih daripada empat hari, maka anda sedang mengalami sembelit.

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam pergerakan usus anda.  Perhatikan apa yang anda makan; makan makanan yang mengandungi lebih serat seperti buah buahan, sayur-sayuran, kekacang, serta produk bijirin boleh mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bersenam secara tetap juga boleh membantu merangsangkan pergerakan usus dan mengurangkan peluang anda untuk mengalami sembelit!

2 comments:

  1. kena banyak makan sayur-sayuran hijau dan bijirin.. lepas tu kena minum air yg byk gak.. majoriti penyakit berpunca dari pemakanan yg tak betul.

    Aya ingat lagi, seorang pesakit kena buasir sampai berulat.. huhu

    ReplyDelete
  2. saya suka makan buah betik untuk bantu kurangkan sembelit, tapi tak la makan secara tetap, selalunya bila rasa dah terdesak (lama tak membuang)

    ReplyDelete