hostinger free

Penjagaan Diri Selepas Pembedahan Mastektomi

mastektomi
Menghadapi perubahan dalam imej badan.  Menerima hakikat kehilangan payudara melibatkan tempoh untuk penyesuaian. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda berhadapan dengannya : 

1. Bercakap dengan seseorang. Ambil masa untuk mengatasi emosi anda. Adalah penting untuk meluahkan perasaan anda dengan suami anda, keluarga atau rakan-rakan terdekat.

2. Tumpukan perhatian pada proses pemulihan anda. Ikuti senaman-senaman yang ahli fisioterapi anda telah menasihatkan supaya anda buat.

Menjaga tempat luka pembedahan anda.  Akan terdapat pembalut yang meliputi tempat luka pembedahan anda. Jaga supaya pembalut anda tidak basah. Balutan dibahagian luar luka bedah akan ditanggalkan pada hari kedua pembedahan.  Manakala plaster nipis di bahagian dalam perlu disimpan serta dijaga supaya sentiasa bersih dan kering.  Ambil mandian span untuk mengelakkan ianya basah. Anda boleh mandi seperti biasa jika pembalut luar dibuka.  Plaster nipis boleh ditanggalkan pada hari kesepuluh selepas pembedahan.

Tiub Aliran.  Jika jumlah saliran dari saluran adalah kurang 20 ml, ianya boleh ditanggalkan.  Ini akan mengambil masa lebih kurang tiga atau enam hari selepas pembedahan.  Anda dibenarkan keluar wad apabila semua tiub telah dikeluarkan.

Rancangan pemakanan sihat.  Pembedahan akan mengakibatkan keperluan badan anda untuk tenaga dan protein supaya membina kekuatan untuk sembuh dan juga mengekalkan sistem ketahanan dalaman badan terhadap sebarang infeksi.  Ambillah pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan setiap hari.  Pilih makanan dengan kandungan lemak yang rendah.  Saya makan ikan haruan sebagai sumber protein utama selama lebih kurang 14 hari dan meneruskan untuk kembali kepada rancangan pemakanan sihat bila kesan sampingan ubat berkurangan.

+ Angelina Jolie jalani pembedahan mastektomi