hostinger free

Petua dan Amalan Melawan Penyakit Kanser

Jus Serai
Sesiapa yang mempunyai petua boleh kongsi pengalaman dalam membantu pesakit kanser menghadapi kehidupan terutama dari segi pemakanan dan latihan fizikal yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.  Objektif rawatan komplimentari ini bertujuan meningkatkan sistem imunisasi, detoks hati dan detoks usus.  Ketiga-tiga perkara ini penting untuk melawan penyakit metabolik seperti kanser.

AsparagusBeli satu kilo asparagus ,rebus hingga lembut. Blend jadikan puri dan simpan dalam fridge. Beri makan pada pesakit satu sudu besar 4 kali sehari selama 3 bulan.

Jom Balik Kampung Mengundi

PRU13 Blackout 505Siapa pilihan anda?.  Tinggal seminggu lagi pilihan raya ke 13 akan berlangsung.  Ini merupakan pengalaman pertama sebagai seorang pengundi biasa.  Sebelum ni saya adalah salah seorang pengundi pos.  Saluran mengundi saya di Sek Keb Bukit Beruntung.  Pada hari mengundi nanti baru saya dan keluarga kakak saya ke pusat mengundi kerana kami tinggal di Petaling Jaya dan masih mengekalkan kawasan mengundi seperti di alamat dalam kad pengenalan walaupun telah berpindah ke tempat lain.

Temujanji Dengan Pakar Onkologi

Tamoxifen
Berdebar rasanya bila nak jumpa pakar onkologi hari ini.  Rutin ini adalah perkara wajib terutamanya selepas menjalani pembedahan mac empat minggu lepas.  Perkara yang dibincangkan selalunya adalah bentuk rawatan selanjutnya berdasarkan keputusan patologi terhadap tumur yang dikeluarkan.  Jam 1.30 tengahari nomborku dipanggil masuk ke bilik no 3.  Dengan perlahan mengetuk bilik rawatan dan menjenguk Doktor sedang menulis sesuatu.  Doktor lelaki lagi kali ini.  Entah berapa kali Doktor lelaki yang memeriksa keadaan sakitku.

Tips Mengelak Dari Limfidema

Limfidema Workout
Limfidema ialah kebengkakan bahagian tangan dan dada di sebelah kanser payudara selepas pembedahan mengeluarkan nodus-nodus limfa dan rawatan radioterapi.  Limfidema boleh berlaku beberapa minggu, bulan dan beberapa tahun selepas pembedahan.  Limfidema juga boleh berlaku akibat rawatan radioterapi.  Masalah utama limfidema adalah pesakit akan berasa tidak selesa, berat dan sukar menggunakan tangan.  Tangan yang terlibat, jika terluka ianya sukar untuk sembuh dan kadangkala dijangkiti kuman.

Detoks Selepas Rawatan Kemoterapi

Tea 4life
Produk Transfer Factor sememangnya terkenal di Malaysia ni bila mana adanya testimonial pesakit dan kajian doktor yang amat positif melainkan kaedah jualannya yang secara MLM kadang kala mencuit rasa tidak puas hati bagi golongan anti MLM. 

Baru-baru ni saya mula menggunakan produk Teh 4life untuk tujuan detoks kerana saya telah menjalani rawatan kemoterapi enam bulan yang lalu.  Saya bercadang nak mengamalkan rawatan alternatif selepas selesai rawatan konvensional saya nanti.  Tiga minggu lepas saya telah menjalani pembedahan MAC dan seterusnya temujanji dengan pakar onkologi pada 25 Apr ni untuk membincangkan rawatan selanjutnya.

Setelah dua minggu minum teh 4life saya amat berpuas hati kerana mula menghadapi perkumuhan yang sempurna dan efektif.  Badan saya berpeluh walaupun tidak membuat aktiviti yang aktif (tengok tv pun boleh berpeluh) dan yang paling menggembirakan, saya mampu membuang air besar secara maksima dengan kekerapan yang tidak menyusahkan.  Sebelum ni memang susah la nak membuang sampaikan sembelit  la juga.

Sebenarnya produk 4life ni saya kenal dah lebih sepuluh tahun yang lalu.  Saya mula makan produk TF Chewable kerana saya ni memang susah nak makan ubat.  Jurulatih tenis saya yang memperkenalkan produk TF ketika itu.  Saya hanya sempat makan sebanyak tiga botol sahaja kerana susah nak dapatkan bekalan.  Makan pun sebenarnya untuk tujuan mendapatkan tenaga semasa bermain tenis, tapi tak disangka penglihatan rabun jarak jauh saya juga pulih dan saya tidak perlu memakai cermin mata lagi.

Walaupun ketika ini saya disahkan sebagai pesakit BC stage 4 (metasis ke tulang belakang dan hati),  saya akan cuba produk alternatif yang lain  seperti habatus sauda baraka (kapsul), daun belalai gajah (buat ulam) dan jus durian belanda serta pemakanan yang dinasihatkan oleh doktor.  Mungkin akan datang saya akan cuba produk Sari agegard.  Saya akan maklumkan keadaan penyakit dan rawatan alternatif pada masa akan datang.

+ Terima Kasih pada Puan Su kerana menghadiahkan Susu Kambing Anugerah, Tea 4life dan TF Chewable

Makanan Sihat Untuk Pesakit Kanser



Senaman Selepas Pembedahan Payudara

Bola BCWA
Pembedahan yang telah anda jalani untuk kanser payudara (mastektomi atau lumpektomi) biasanya melibatkan pengeluaran noda limfa aksilari (di bawah ketiak).  Pergerakan bahu hendaklah dilakukan secepat mungkin  bagi mengelakkan ketegangan pada sendi bahu dan juga bagi mengelakkan perkembangan limfidema. Anda dinasihatkan melakukan pergerakan bahu dalam masa tiga atau empat hari selepas pembedahan bila kesakitan hampir berkurangan.

Kesan Sampingan Lepas Pembedahan

Wad PPUM

Selepas pembedahan, pesakit boleh mengalami beberapa kesan sampingan.  Kesan sampingan ini kebanyakannya adalah bersifat sementara sahaja.  Antaranya:


Kebas Tangan

Semasa pembedahan untuk membuang lemak ketiak, terdapat beberapa urat saraf yang perlu dibuang.  Pembuangan urat saraf ini akan menyebabkan kawasan tangan akan merasa kebas.  Perasaan kebas ini biasanya akan beransur pulih dan mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan.

Bengkak Ketiak

Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan tiub untuk mengalirkan cecair dri kawasan pembedahan.   Cecair ini biasanya akan kering beberapa hari.  Kadangkala setelah tiub dibuang, cecair akan berkumpul semula.  Cecair yang bertakung ini perlu disedut keluar.  Keadaan ini biasanya tidak berpanjangan.

Gerakan Bahu Terbatas

Pesakit akan merasa sakit untuk menggerakkan bahu mereka selepas pembedahan.  Jika bahu tidak digerakkan untuk beberapa hari, bahu akan menjadi keras dan pergerakan akan menjadi terbatas.  Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas pembedahan.

Bengkak Tangan

Pesakit yang telah menjalani pembedahan pada ketiak atau barah yang telah merebak ke limfa ketiak mungkin mengalami bengkak pada tangan.  Komplikasi ini mungkin berlaku beberapa bulan sahaja selepas pembedahan atau muncul beberapa tahun selepas pembedahan.  Pesakit mesti berhati-hati.  Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi limfidema selepas pembedahan.


+ Temujanji ke Unit Fisioterapi akan di buat minggu depan


Pengalaman Admitted di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pembedahan Mastektomi di PPUMTanggal 27 Mac 2013, my sister meneman saya ke PPUM untuk kemasukan ke wad bagi tujuan right mastectomy dan  axiliarry clearance operation yang dijadualkan pada 28 Mac 2013.  Awal pagi dah sampai kat PPUM dan di minta pergi Kaunter Kemasukan dan Discaj di Tingkat 2, Menara Utama untuk buat pembayaran deposit.  Sementara menunggu katil di wad yang sepatutnya ditempatkan, saya dibenarkan berehat di wad transit.  Di wad transit beberapa ujian dilakukan dan juga menjawab soalan beberapa orang penyelidik serta menandatangani pelbagai borang persetujuan (bius, pembedahan dan pengambilan darah untuk kajian genetik kanser) setelah di beri penerangan oleh doktor dan juga penyelidik.

Antara ujian yang dilaksanakan ialah ECG, x-ray dan ujian darah.  Lebih kurang jam 8 malam baru saya ditempatkan di wad 10U katil 12.  Saya berada di wad selama 6 hari.  Ramai rakan-rakan sekolah dan kerja datang melawat memberi semangat dan buah tangan.  Lawatan doktor dari team breast surgical tiba seawal 8 pagi setiap hari termasuk cuti hari Ahad datang memeriksa kesihatan, luka pembedahan dan tiub aliran.  Sementara jururawat pula akan datang memberi ubat dan memeriksa tekanan darah serta suhu badan mengikut jadual.  Selepas pembedahan, tahap hemoglobin saya rendah sehingga 7.9,  doktor mengarahkan supaya transfer blood dilakukan sebanyak 2 pain.  

Yang menjadi kenangan pahit dan manis bersama house officer (HO) ialah mencari salur darah yang sesuai untuk dibuat line (pasang jarum IV) dan pengambilan darah.  Memandangkan saya pernah menjalani kemoterapi sebelum ini, maka sukar bagi mereka untuk berjaya melaksanakan task terhadap saya.  Dalam satu hari lebih kurang sepuluh kali cubaan jarum dicucuk di lengan namun gagal.  Walaupun terasa sakit tapi bila tengok  HO kena marah dengan MO, kesian pulak kat diaorang.

Tentang sajian pula setiap hari attenden akan datang bertanyakan menu yang  dipilih untuk sajian esok hari.  Sementara kontraktor yang hantar sajian ni pulak bila dia lambat datang disuruhnya pulak pesakit makan cepat sebab dia nak balik awal, hehe macam2 hal kerenah pekerja di PPUM ni.  Saya discaj dari PPUM 1 Apr 2013 dan beberapa siri temujanji bakal dihadiri pada masa akan datang.

Wakil dari BCWA pun ada datang buat lawatan muhibah, Puan Eve mengatakan saya bagus tidak terlalu rasa bersedih dan banyak ketawa sepanjang perbualan kami.  Sebelum menamatkan lawatan, Puan Eve menyerahkan  door gift yang dibawa oleh mereka.

Fisioterapi dari Bahagian Rawatan Limfidema juga datang mengajar  senaman mudah walaupun semasa berbaring di katil.  Beliau menyatakan pergerakan tangan dan bahu mesti dilakukan segera untuk mengelakkan dari gangguan penyembuhan pembinaan otot baru selepas luka pembedahan bercantum semula.  Lengan perlu dapat digerakkan 100% sama seperti sebelum pembedahan.  Selain daripada itu borang untuk mendapatkan temujanji lanjut juga diberikan dan digalakkan dibuat secepat mungkin selepas discaj.

Selain dari luka pembedahan tu, ada dua tiub aliran dipasang berdekatan luka pembedahan breast dan satu lagi berdekatan axiliarry node. Tiub aliran breast ditanggalkan pada hari ketiga selepas pembedahan.  Pada hari keenam Dr membenarkan tiub aliran yang masih tertinggal ditanggalkan dan boleh discaj selepas itu.  Proses tanggalkan tiub ni dilakukan oleh Jururawat.  Bila jururawat tersembul depan pintu wad dan tanya siapa yang nak buat dulu, dengan spontan saya berkata dan tunjuk pada jiran sebelah katil saya "untie dulu".  Sebenarnya takut sebab rasa sakit masih terasa bila tiub yang pertama dulu ditanggalkan.  Tiub tu bukannya pendek, panjang ya amat.  Bila tiba giliran saya pula, mata dah pejam.  Tak sakit pun.  Jururawat tu kata kalau lambat ditanggalkan takut melekat pada mana-mana organ dalam badan.  Untuk makumat kos mastektomi lebih kurang RM500.00 di PPUM, yang mahal kos duduk wad.


+ Sesiapa yang pernah buat pembedahan breast cancer boleh kongsi pengalaman bagaimana menjaga kesihatan diri selepas pembedahan di ruang komen.