hostinger free

Menjalani Rawatan Kemoterapi di PPUM

Kemoterapi di Day Care Kemo PPUM
Berada di PPUM sedang menjalani rawatan kemoterapi (regim FEC 6 cycle for paliatif kimo). Rawatan yang diterima adalah untuk cycle kedua.  Rawatan kimo yang pertama dibuat pada 30 Okt 2012 dan berakhir pada 19 Feb 2013.

Pembedahan akan dibuat pada 28 Mac akan datang (Breast Cancer stage 4).  Pengalaman sendiri semasa menerima rawatan kemoterapi sentiasa berdebar-debar  bila periksa tekanan darah ( pulse rate selalu tinggi over 100) dan bila nak masukkan jarum IV melalui saluran darah. Nurse pasti akan tanya buat exercise tangan tak? mana taknya memang susah nak cari saluran darah kat tangan.  Tapi nurse yang ada kat onkologi daycare PPUM memang mahir susah macam mana pun masih berjaya memasukkan jarum IV tu walaupun kadangkala sakit sedikit.

Sepanjang saya menerima rawatan kimo ni, saya  mengalami loya, pening-pening sikit, kurang darah pada cycle kedua, demam pada setiap hari ke sepuluh selepas kemoterapi pada setiap cycle, ulser mulut dan lidah yang agak besar serta rambut gugur sepenuhnya (botak licin).  Alhamdulillah saya hanya muntah dua kali sahaja sepanjang tempoh kemo dan selera makan tidak terganggu.  Memang ramai la kawan masa tempoh rawatan tu.  Kadang-kadang mereka berkongsi cerita pasal pemakanan  yang sesuai ketika rawatan kemoterapi.  Ada juga rakan sekolah yang datang melawat semasa saya menjalani rawatan kemo, tapi mereka hanya boleh masuk sorang-sorang ke pusat rawatan harian kemoterapi.

Nasihat saya sebelum terima rawatan kemo pergi buang air sebanyak mungkin, dan kalau boleh cuba elakkan daripada pergi ke tandas semasa tengah terima rawatan.  Ini adalah untuk mengurangkan risiko line IV tidak block aliran ubat kemo. Kalau tersumbat nanti kena buat line IV baru, kalau tak tersumbat pun aliran ubat akan terganggu dan tempoh masa selesai juga akan bertambah daripada dua jam kepada  empat jam. Senentiasalah urut salur darah anda.

Pernah nampak juga pelakon Maimon di onkologi daycare PPUM, masa tu dia tengah tunggu untuk ambil darah dan jumpa doktor.  Agak berbeza banding dalam gambar di blog Murai, matanya tidak tertutup lagi dan mungkin rawatan yang diterima berkesan.


 + Tunggu post akan datang bagaimana pengalaman menjalani biopsy biasa dan stereotactic biopsy.