Persiapan Raya

persiapan raya
Tahun ini seperti biasa akan pulang balik beraya di rumah abang sulung di Bukit Beruntung sebab ayah tinggal bersama abang di sana.  Balik masa hari tengok anak bulan nanti.  Tapi tahun ni tak dapat bantu adik beradik yang lain gotong royong siapkan juadah pagi raya.  Selalunya masak rendang, nasi impit dan kadang kala lemang.  Rendang tahun ni rendang ayam pencen agaknya sebab abang selalu selang seli dengan daging.  Kuah kacang selalunya beli aje.  Kuih raya selalunya kakak dan kakak ipar beli je.  Jarang diaorang bakar kuih.  Kalau ada pun kuih tart.  Tapi tahun ni kakak tak berkesempatan buat sebab jaga adik dia ni yang sakit.

Adik bongsu mesti dah mula beli bunga api yang selalu dibakar pada malam raya bersama anak buah.  Anak buah semuanya ada pasti riuh nanti.

Diet raya nanti tak tau la boleh tahan ke tidak dengan godaan kuih-kuih raya semua. Setakat biskut raya boleh tahan lagi tapi kalau jenis kerepek terliur la juga nak join makan sama.  Tapi dah niat nak makan nasi impit dan kuah kacang tahun ni.  Makan sekadar rasa tak apa kut.  Jangan lupa bawa sekali ubat jangan tertinggal pulak.

Baju raya tahun ni saya dapat hadiah daripada sahabat sepasang baju kurung putih dari vietnam.  Penuh manik kat baju tu.  Harap boleh dapat duduk lebih lama raya nanti, kalau tak berbaring je la sepanjang waktu raya.

Bagaimana persiapan raya anda? pasti meriah


Iklan Raya Aidilfitri TM 2013

Iklan Raya Aidifitri TM
Saban tahun TM menyiarkan iklan raya menceritakan sebuah keluarga yang menonjolkan cerita anak-anak dan sahabat mereka, tapi tahun 2013 kali ini dengan kisah baru Puasa Yang Yuk.  Macam-macam dugaan untuk berpuasa penuh bagi seorang kanak-kanak.  Habis puasa berat badan naik, haha kelakar juga.  Tanpa banyak cerita boleh tengok iklan di youtube.  Kat televisyen dah keluar ke belum tak sure, jarang tengok tv.




Temujanji Fisioterapi Dan Klinik Onkologi

OKU sementara
Sudah tiga kali temujanji rawatan fisioterapi ditangguhkan disebabkan ketidakupayaan untuk turun dan naik tangga di rumah kakak saya tu.  Tapi kali ni kena pergi juga sebab ada temujanji dengan Dr Onkologi.  Temujanji Onkologi jam 9.00 pagi sementara temujanji fisioterapi jam 11.30 pagi.

Selepas pendaftaran nombor dipangil masuk bilik rawatan tiga.  Selepas explain kesakitan saya, Dr decide buat ujian darah dan ujian x-ray dibahagian pelvis bone serta tulang peha dan lutut belah kanan.  Pesakit nampak tidak ramai  hari ni di onkologi, so dapat selesaikan pengambilan darah lebih awal.  Selepas itu kami bergerak ke menara selatan untuk buat ujian x-ray, nasib baik ada kakak yang baik hati dan penyabar melayan karenah adik dia ni. Terima Kasih banyak-banyak somoga Allah merahmati kehidupan akak sekeluarga. Lama juga kat sana macam - macam pose kena buat kat bahagian peha.

Selesai ujian x-ray jam menunjukkan jam 11.00 pagi,  kami terus bergerak ketingkat 11 pintu B. selepas selesai pendaftaran di main lobby.  Disana saya berjumpa cik Diana pakar fisioterapi yang memantau pergerakan lengan dan bahu serta pencegahan limfidema.  Saya dipanggil masuk lebih awal kerana ramai pesakit tidak datang.
Jam 12.00 tengahari rawatan fisioterapi ni selesai dan kami bergegas semula ke klinik onkologi untuk lihat keputusan ujian.  Nasib baik menara Selatan ni mesra OKU, bangunan baru la katakan.  Setiba di menara Timur, terus saja masuk ke bilik nombor tiga.  Dr Fiona membuka laporan ujian darah, my hb ialah 12, sementara ujian untuk fungsi liver dan kalsium masih belum siap.  Dr Fiona lebih prihatin terhadap ujian x-ray.  Apabila ditunjukkan gambar tulang peha dan lutut ianya bersih dan tiada kesan dimakan sel kanser, laporan juru x-ray menyatakan unknown pada gambar tulang peha tu.  Mungkin kesakitan saya disebabkan oleh saraf.  Tapi memang berbeza dengan pelvis bone.  Nampak kesan tompok-tompok hitam dibelah kiri dan kanan.  Di belah kanan lebih banyak berbanding belah kiri.  Rasa sakit pun macam tu lah juga.  Dalam x-ray tu terselit la juga sedikit tulang belakang (spinal bone) disc, mengikut Dr jarak antara satu disc masih normal dan saya perlu berhati-hati agar tidak terjatuh sebab tulang makin rapuh akibat sel kanser tersebut.

ambil darah
Pengambilan darah pertama setelah cuti 4 bulan dari lakukan prosedur  ni


Dr memberi ubat tahan sakit dan minyak sapu untuk tempoh sebulan. Minyak sapu tu panas ya amat. Temujanji akan datang adalah sebulan dari sekarang.

Rawatan Homeopati

rawatan homeoterapi
Pagi ini adik ipar menjenput Homeopathic Consultant Saeed Ahmed Khan datang ke rumah untuk menjalani rawatan homeopati.  Sepatutnya perlu pergi ke klinik beliau di Gombak tapi sebab tak mampu jalan jauh, jemput je la Dr tu ke  rumah.

Perkara pertama yang dinasihatkan adalah mental mesti positif terhadap dugaan Allah.  Dr tu menganalisa maklumat penyakit saya berdasarkan laporan Doktor PPUM, tapak tangan, permukaan lidah dan temubual.  Principle rawatan homeopati dari syarikat SAC Homeopaths antaranya 

  • Believe in God (Allah).
  • Trust on Doctor.
  • Regularly take Medicines.
  • Avoid some things.
Saya dinasihatkan menghentikan pemakanan habatussauda sebab bersifat panas.  So dengan rasminya saya juga berhenti mengamalkan rawatan ekstrak belalai gajah, teh serai dan durian belanda, untuk memberi laluan rawatan homeopati ini.  Manis ubat homeopati ni ye, ni first time rasa. Doakan rawatan ini serasi dengan saya.

Perkembangan Rawatan Homeopati

Baru tiga hari makan ubat homeopati, sudah datang bulan balik.  Ingatkan berkesempatan menunaikan puasa Ramadhan cukup sebulan .  Kalau dihitung lebih kurang sepuluh bulan saya tidak datang period selepas rawatan kemoterapi cycle pertama bermula hinggalah semalam.  Tak sempat bagitau perkembangan  ni pada Dr sebab perasan bila dah balik. Ada juga perubahan lain iaitu rasa panas badan yang on of  setiap hari dah tak ada.  Badan sentiasa rasa lembap dan kerap berpeluh.  Kakak saya ada menelefon pakar homeopati bertanyakan healing proses yang berlaku, pakar tu cakap sekarang proses detoks membersihkan toksin yang ditinggalkan selepas  rawatan kemo dan mengeluarkan sel kanser yang mati keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.

Dua Minggu Berakhir Ambil Ubat Baru

3 Aug lepas kakak saya ke klinik SAC Homeopaths di Gombak untuk ambil ubat baru dan menerangkan status keadaan pesakit.  Saya tak ikut sebab masih tak mampu bangun bergerak sendiri.  Saya mula mampu buang air besar setiap hari dan buang air kecil lima kali sehari, tu yang buat kakak saya kelam kabut sikit melayan kerenah adiknya ni.  Akibat tak berapa ikut pantang makan kena tanggung sendiri kesakitan di lutut hingga ke tulang pinggul.  Ubat tahan sakit yang Dr Fiona bagi pun jarang makan.  Bila terima rawatan homeopati ni banyak kena pantang makan dan minum, tapi kebanyakannya masih sama pantang pemakanan pesakit kanser.  Cara pernafasan yang diajar juga masih sama iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.  Otot kejang dipinggang telah berkurangan dan rasa kejang tu beralih ke bahagian belakang bahu di sebelah kanan badan pulak.  Rasanya proses detoks amat berkesan pada badan saya, kalau dulu badan terasa lesu sepanjang hari, sekarang tidak lagi.  Gusi tidak berdarah lagi bila berus gigi dan rasa kebas di bawah lengan selepas pembedahan beransur hilang. 

Setelah Sebulan Berlalu

Kali ini Dr Saeed Ahmed Khan datang ke rumah melawat pesakitnya, beliau mengatakan ada perkembangan yang sihat terhadap penyakit saya, cuma masih belum ada kekuatan tenaga untuk untuk bangun tanpa bantuan sesiapa.  Dr Saeed Ahmed Khan membekalkan ubat baru kali ini, ubat detoks dan penahan sakit sentiasa ada.  Sementara ubat baru adalah lawan sel kanser, ubat untuk tulang dan ubat penjagaan organ dalaman yang lain.




Just count the number of bristles in the #DarlieCharcoalSpiral game to win a Fujifilm Instax Camera!

 

 

 

 



Berita: Selangor Sedia RM1 Juta Setahun Untuk Mammogram

mammogram selangor
Skim Kesihatan Wanita (SKW) menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas atau wanita yang berumur kurang dari itu yang menghadapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit kanser.


“Mereka dikehendaki untuk mengisi borang-borang khas yang diedarkan di pusat-pusat khidmat dan ketua-ketua kampung,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan.

Katanya, wanita yang layak dibawa secara percuma dengan pengangkutan khas ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan penjagaan dan prosedur pemeriksaan percuma kanser payu dara dan bagaimana kaedah pemeriksaannya boleh juga diamalkan sendiri secara manual di rumah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada para wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.

Jelasnya, kerajaan negeri telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma; 10 ribu wanita setahun dijangka akan menikmati kemudahan ini selanjutnya.

5 Rencah 5 Rasa Tema Makanan Pesakit Kanser

Sajian yang sedang dibuat ialah Grilled Salmon beserta Kicap Manis dan Nasi Perang
Episod kali ini menarik minat saya untuk menonton rancangan 5 rencah 5 Rasa,  tapi saya hanya sempat menonton  semasa menu jus campur  je.  Nak tengok kat tonton bandwith tak berapa nak laju pulak.  Chef Sher masak bersama tetamu undangan seorang cancer surviver.  Ada menu nasi goreng ikan bilis, vagetable wholemeal wrap, jus campur dan satu jenis dessert.

Kepada yang belum menonton episod ini boleh ke laman web tonton dan pilih episod 22.  Saya kongsikan resepi Jus Campur dan macam mana nak sediakannya.

Jus Campur

Bahan-bahan

2 biji orange
2 biji apple hijau
1 batang lobak merah
1 batang saderi muda
2 ulas bawang merah
sedikit limau kasturi untuk hiasan
air masak

cara-caranya

1. Potong semua buah dan sayur serta bawang menjadi potongan kecil supaya mudah di blend kemudian.

2. Blend semua sekali guna blender kerana memerlukan serat dan tambah air.

3. Hias jus dengan limau kasturi dan perahkan sedikit ke dalam jus campur tersebut.