hostinger free

Temujanji Fisioterapi Dan Klinik Onkologi

OKU sementara
Sudah tiga kali temujanji rawatan fisioterapi ditangguhkan disebabkan ketidakupayaan untuk turun dan naik tangga di rumah kakak saya tu.  Tapi kali ni kena pergi juga sebab ada temujanji dengan Dr Onkologi.  Temujanji Onkologi jam 9.00 pagi sementara temujanji fisioterapi jam 11.30 pagi.

Selepas pendaftaran nombor dipangil masuk bilik rawatan tiga.  Selepas explain kesakitan saya, Dr decide buat ujian darah dan ujian x-ray dibahagian pelvis bone serta tulang peha dan lutut belah kanan.  Pesakit nampak tidak ramai  hari ni di onkologi, so dapat selesaikan pengambilan darah lebih awal.  Selepas itu kami bergerak ke menara selatan untuk buat ujian x-ray, nasib baik ada kakak yang baik hati dan penyabar melayan karenah adik dia ni. Terima Kasih banyak-banyak somoga Allah merahmati kehidupan akak sekeluarga. Lama juga kat sana macam - macam pose kena buat kat bahagian peha.

Selesai ujian x-ray jam menunjukkan jam 11.00 pagi,  kami terus bergerak ketingkat 11 pintu B. selepas selesai pendaftaran di main lobby.  Disana saya berjumpa cik Diana pakar fisioterapi yang memantau pergerakan lengan dan bahu serta pencegahan limfidema.  Saya dipanggil masuk lebih awal kerana ramai pesakit tidak datang.
Jam 12.00 tengahari rawatan fisioterapi ni selesai dan kami bergegas semula ke klinik onkologi untuk lihat keputusan ujian.  Nasib baik menara Selatan ni mesra OKU, bangunan baru la katakan.  Setiba di menara Timur, terus saja masuk ke bilik nombor tiga.  Dr Fiona membuka laporan ujian darah, my hb ialah 12, sementara ujian untuk fungsi liver dan kalsium masih belum siap.  Dr Fiona lebih prihatin terhadap ujian x-ray.  Apabila ditunjukkan gambar tulang peha dan lutut ianya bersih dan tiada kesan dimakan sel kanser, laporan juru x-ray menyatakan unknown pada gambar tulang peha tu.  Mungkin kesakitan saya disebabkan oleh saraf.  Tapi memang berbeza dengan pelvis bone.  Nampak kesan tompok-tompok hitam dibelah kiri dan kanan.  Di belah kanan lebih banyak berbanding belah kiri.  Rasa sakit pun macam tu lah juga.  Dalam x-ray tu terselit la juga sedikit tulang belakang (spinal bone) disc, mengikut Dr jarak antara satu disc masih normal dan saya perlu berhati-hati agar tidak terjatuh sebab tulang makin rapuh akibat sel kanser tersebut.

ambil darah
Pengambilan darah pertama setelah cuti 4 bulan dari lakukan prosedur  ni


Dr memberi ubat tahan sakit dan minyak sapu untuk tempoh sebulan. Minyak sapu tu panas ya amat. Temujanji akan datang adalah sebulan dari sekarang.