hostinger free

Persiapan Raya

persiapan raya
Tahun ini seperti biasa akan pulang balik beraya di rumah abang sulung di Bukit Beruntung sebab ayah tinggal bersama abang di sana.  Balik masa hari tengok anak bulan nanti.  Tapi tahun ni tak dapat bantu adik beradik yang lain gotong royong siapkan juadah pagi raya.  Selalunya masak rendang, nasi impit dan kadang kala lemang.  Rendang tahun ni rendang ayam pencen agaknya sebab abang selalu selang seli dengan daging.  Kuah kacang selalunya beli aje.  Kuih raya selalunya kakak dan kakak ipar beli je.  Jarang diaorang bakar kuih.  Kalau ada pun kuih tart.  Tapi tahun ni kakak tak berkesempatan buat sebab jaga adik dia ni yang sakit.

Adik bongsu mesti dah mula beli bunga api yang selalu dibakar pada malam raya bersama anak buah.  Anak buah semuanya ada pasti riuh nanti.

Diet raya nanti tak tau la boleh tahan ke tidak dengan godaan kuih-kuih raya semua. Setakat biskut raya boleh tahan lagi tapi kalau jenis kerepek terliur la juga nak join makan sama.  Tapi dah niat nak makan nasi impit dan kuah kacang tahun ni.  Makan sekadar rasa tak apa kut.  Jangan lupa bawa sekali ubat jangan tertinggal pulak.

Baju raya tahun ni saya dapat hadiah daripada sahabat sepasang baju kurung putih dari vietnam.  Penuh manik kat baju tu.  Harap boleh dapat duduk lebih lama raya nanti, kalau tak berbaring je la sepanjang waktu raya.

Bagaimana persiapan raya anda? pasti meriah


Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Persiapan Raya lebih tertumpu kepada anak-anak. Lega semuanya sudah 90% lengkap.
1 reply · active 609 weeks ago
masih ada masa minggu terakhir sebelum raya ni
My recent post Iklan Raya Aidilfitri TM 2013
assalamualaikum, selamat hari raya. persiapan hari raya kali ni biasa biasa je tapi meriah sebab semua adik beradik balik.
My recent post JAHIT | Iklan Raya Petronas Penuh Mesej
1 reply · active 609 weeks ago
w'salam, selamat hari raya maaf zahir batin, seronokkan kalau semua adik beradik berkumpul beraya bersama
My recent post Iklan Raya Aidilfitri TM 2013
sarimayang's avatar

sarimayang · 609 weeks ago

selamat berpuasa..semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.Alhamdulillah tuhan masih panjangkan umur kita sempat menjalani ibadah puasa dan insya-Allah hendaknya dpt menyambut syawal yg bakal tiba. Tahun ni tahun ke 2 menyambut raya sbg pesakit BC....tahun lepas agak tersiksa sbb dlm rx kimo lagi, tahun ni boleh beraya sakan tapi perasaan gembira tu tak sama macam dulu....

Post a new comment

Comments by