Cegah Sembelit Dengan Diet Sihat

Cegah Sembelit Dengan Diet Sihat
Kekerapan seseorang membuang air besar adalah berbeza antara individu yang berlainan, dan tiada takrif kekerapan ‘normal’ bagi pergerakan usus. Kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa normal bermaksud membuang air besar setiap hari. Namun, sesetengah orang mungkin hanya membuang air besar 3 kali seminggu, sementara yang lain membuang air besar 2-3 kali sehari!

Pergerakan usus yang normal merujuk kepada najis yang lembut dan senang dikumuh. Sembelit sering menyebabkan najis anda lebih kering dan keras daripada biasa, dan menyebabkan kesakitan semasa membuang air besar.  Jika anda tidak pergi ke tandas selama lebih daripada empat hari, maka anda sedang mengalami sembelit.

Pemakanan memainkan peranan yang penting dalam pergerakan usus anda.  Perhatikan apa yang anda makan; makan makanan yang mengandungi lebih serat seperti buah buahan, sayur-sayuran, kekacang, serta produk bijirin boleh mencegah sembelit. Minum air dengan banyak dan bersenam secara tetap juga boleh membantu merangsangkan pergerakan usus dan mengurangkan peluang anda untuk mengalami sembelit!

Lebihkan Buah Dan Sayur, Kurangkan Risiko Kanser

Lebihkan Buah Dan Sayur, Kurangkan Risiko Kanser
Apakah jenis makanan yang harus saya elakkan/makan lebih untuk mencegah kanser? Adakah pengambilan suplemen antioksidan membantu mencegah kanser?

Tiada satu jenis makanan yang boleh mencegah kanser. Walau bagaimanapun, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan yang menyihatkan badan yang dikenali sebagai fitokimia. Banyak fitokimia mempunyai fungsi antioksidan yang dipercayai dapat melawan penyakit tertentu, seperti kanser. Adalah penting anda makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang berlainan warna setiap hari. Pelbagai jenis fitokimia memberi warna kepada buah-buahan dan sayur-sayuran, di samping kesan antioksidan dan juga pelbagai manfaat yang lain.

Kuning/Jingga: Buah-buahan dan sayursayuran yang berwarna kuning/jingga adalah kaya dengan beta-karotin (sejenis fitokimia). Pengambilan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran ini dengan banyak dikaitkan dengan peningkatan pertahanan tubuh terhadap jangkitan dan kesihatan mata. Contohnya: betik, mangga, oren, lobak merah, lada besar kuning, ubi keledek dan labu.

Hijau: Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna hijau juga mengandungi beta karotin, tetapi ia telah diselaputi satu pigmen berwarna hijau yang dikenali sebagai klorofil yang memberikan warna hijau kepada buah-buahan dan sayuran ini. Contoh fitokimia lain ialah lutein dan zeaxanthin. Pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau dengan banyak, bukan sahaja dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, ia juga membantu meningkatkan kesihatan mata. Contohnya: sayur-sayuran berdaun hijau (bayam, kangkung, cekor manis), lada besar hijau dan buah kiwi.

Merah: Kaya dengan lycopene, sejenis karetenoid. Pengambilan lycopene dengan banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai kanser serta penyakit jantung. Contohnya: tomato, lada besar merah, tembikai dan buah betik.

Biru/Ungu: Kaya dengan fitokimia seperti anthocyanins. Pengambilan sayur-sayuran berwarna biru dan unggu dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser dan penyakit jantung.Contohnya: buah pitaya merah (buah naga merah), buah plum, beri biru, terung dan kubis ungu.

Putih: Buah-buahan dan sayur-sayuran Contohnya: jambu batu, pisang, buah pir, seperti bunga kubis dan kubis juga yang kaya dengan vitamin C, kalium yang berwarna putih adalah sumber dan serat. Sayuran berwarna putih mengandungi fitokimia seperti idoles. manggis, kubis Cina dan bunga kubis.

Tahukah anda bahawa…?

Kailan, brokoli, pak choy, kubis, pucuk Brussels dan bunga kubis ialah contoh sayur-sayuran dalam keluarga Brassica atau juga dikenali sebagai sayur-sayuran krusiferus. Sayur-sayuran ini kaya dengan fitokimia seperti indoles dan glukosinolate yang dikaitkan dengan pengurangan risiko sesetengah kanser, termasuk kanser payu dara.

Pencegahan kanser juga boleh bermula dengan beberapa perubahan dalam diet yang boleh mengurangkan risiko kanser.

  • Kekalkan berat badan dalam julat berat badan yang normal.
  • Menjalankan aktiviti fizikal setiap hari.
  • Makan sebahagian besar makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan.
  • Sasarkan untuk memenuhi keperluan pemakanan melalui diet dan bukannya melalui suplemen.
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori. Elakkan minuman bergula.
  • Hadkan pengambilan daging merah dan elakkan daging yang diproses.
  • Hadkan pengambilan garam. Elakkan bijirin atau kekacang yang berkulat.
Walaupun antioksidan boleh membantu melawan kanser, ia harus diambil daripada diet bukannya
suplemen. Pengambilan suplemen tidak membekalkan fitokimia semula jadi seperti daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

+ Sumber Artikel : Bulan Pemakanan Malaysia

Jangan Takut Bila Prosedur Biopsi Dilakukan Ke atas Anda

core needle biopsy
Pesakit yang dikesan mempunyai kelainan ataupun ketulan di payudara akan diarahkan untuk menjalani ujian pengesahan.  Ujian pengesahan yang dimaksudkan itu ialah ujian biopsi.  Saya pernah menjalani dua jenis ujian biopsi kerana salah satu payudara memang jelas kelihatan benjolan secara fizikzl sementara satu lagi hanya dilihat ada kelainan melalui mammogram.  

Kaedah pengambilan sampel untuk ujian pengesahan yang saya buat adalah core needle biopsy dan strereotaktik biopsy.  Kedua-dua prosedur tu sakit juga walaupun dah dibius kawasan yang terbabit.  Prosedur strereotaktik biopsy mengambil masa yang lebih lama berbanding prosedur core needle biopsy.  Bagaimana kaedah biopsi ini dilakukan?  

Core needle biopsy menggunakan jarum yang lebih besar dan berupaya mendapatkan tisu dalam kuantiti yang banyak.  Doktor akan menunjukkan demo bagaimana peralatan tersebut berfungsi dan ianya kedengaran seperti tembakan jarum ke bahagian payudara anda.  Menggunakan prosedur ini doktor telah mengulang sebanyak dua kali untuk mendapakan tisu yang banyak.  Setelah selesai jururawat akan membersihkan luka dengan antiseptik dan luka tersebut dibalut dengan sterile gauze serta ditekan selama 5 minit supaya pengeluaran darah berhenti.

Strereotaktik biopsy bermaksud  menggunakan imej mamografi sebagai panduan untuk mensasarkan jarum sama ada kaedah sedutan atau core needle biopsy ke arah lokasi ketulan yang disyaki kanser.  Dengan prosedur ini doktor mengulang sebanyak lima kali dan parut luka agak lebih besar banding prosedur yang lagi satu.  Di sini anda akan mengalami kesakitan berganda kerana payudara anda sentiasa dihimpit dengan mesin mammogram sambil tembakan jarum dilepaskan untuk pengambilan tisu.  Tapi jangan risau prosedur ini juga akan dibius terlebih dahulu.  Semasa prosedur ini dilakukan saya dibenarkan duduk tanpa bergerak.  Saya hanya mendengar arahan doktor sahaja tanpa melihat prosedur dilakukan. Doktor menerangkan bagaimana tembakan jarum itu berfungsi.  

Setelah selesai jururawat akan membersihkan luka dengan antiseptik dan luka tersebut dibalut dengan sterile gauze serta ditekan selama 5 minit supaya pengeluaran darah berhenti.  Sebelum beredar jururawat membekalkan  sterile gauze dan plaster untuk dibawa pulang.  Darah yang keluar memang lebih banyak banding prosedur yang diatas tadi.  Sepanjang prosedur biopsi ini, ia hanya dilakukan oleh doktor dari Mauritius yang tak pernah buat prosedur tersebut dengan dipantau oleh Doktor Pakar.  Tapi itu lagi menambahkan debaran dihati ketika prosedur tersebut berlangsung.

Saya harap dengan perkongsian ini sekurang-kurangnya pesakit lebih bersedia dari segi mental untuk menghadapi ujian biopsi.

AJ double mastectomy


+ Akan Datang Pengalaman menjalani Ujian ECG



Menangani Kekurangan Sel Darah Disebabkan Oleh Rawatan Kanser

pindah darah
Pesakit akan menjalani pemeriksaan semasa menjalani kemoterapi untuk mengetahui bilangan sel darah.  Bertanyalah kepada doktor pesakit bila sel darah pesakit dijangka berkurangan supaya pesakit boleh bersedia.  Pada kebiasaannya, kandungan darah akan berkurangan secara perlahan-lahan selepas menjalani rawatan kemoterapi dan mencapai tahap yang paling rendah antara hari ke-10 hingga ke-14 dan kemudian kandungan darah akan perlahan-lahan meningkat dan kembali ke tahap normal pada minggu ketiga.

Daya tahan badan untuk melawan jangkitan akan berkurangan semasa atau selepas menjalani rawatan kemoterapi  disebabkan oleh kekurangan sel darah akibat daripada gangguan pada sumsum tulang.  Jika sel darah putih terlalu rendah, pesakit akan mudah  mendapat jangkitan kuman yang teruk.  Dengan itu elakkan daripada mendampingi mereka yang demam, selsema atau jangkitan yang lain.  Juga elakkan daripada berada di tempat awam yang sesak dalam tempoh ini.

Sel pembekuan darah (Platelet) juga akan berkurangan akibat daripada kemoterapi.  Platelet diperlukan badan untuk menghentikan pendarahan.  Dengan itu jagalah keselamatan diri daripada luka atau kecederaan  kerana kekurangan platelet akan menyebabkan mudah mendapat lebam dan pendarahan yang berterusan.

Kesan gangguan sumsum tulang yang lain termasuklah anemia (kekurangan sel darah merah).  Untuk mengurangkan keletihan dan tidak bermaya kerana kekurangan sel darah merah, makanlah makanan yang berkhasiat di samping mendapat rehat yang cukup.

Apabila mengalami gejala-gejala berikut pesakit mesti berjumpa dengan doktor.
  • Pendarahan atau lebam yang luar biasa contohnya hidung berdarah, kencing berdarah, atau najis hitam seperti tar.
  • Sesak nafas
  • Cirit birit dan sembelit yang teruk.
  • Demam melebihi 38 darjah celcius  terutama jika mengalami seram sejuk dan menggeletar.
+ Pesakit kebiasaanya menjalani ujian darah pada hari yang ke-20 dan meneruskan kemoterapi pada keesokannya.  Ada sekali antara bulan-bulan tu yang banyak cuti am, kami dijadualkan membuat ujian darah lebih awal iaitu pada hari ke-17.  Hasilnya tujuh orang daripada kumpulan kami gagal ujian darah tersebut termasuk saya.  Ujian darah terpaksa diulang pada hari ke-21 dan setelah keputusan lulus baru rawatan kemo diteruskan pada lebih kurang jam tiga petang.  Seharian juga berada di onkologi klinik tu.

Menangani Lesu DIsebabkan Oleh Rawatan Kanser

lesu disebabkan rawatan kanser
Apakah lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser?  Lesu merupakan kesan sampingan rawatan kanser yang paling lazim dialami oleh pesakit.   Lesu disebabkan rawatan kanser berbeza daripada rasa letih yang dialami setiap hari. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba. Tidak seperti rasa letih yang biasa, ia tidak semestinya disebabkan oleh melakukan senaman atau aktiviti harian yang lama. Biasanya rehat tidak dapat melegakan lesu.  Lesu boleh menyusahkan dan mengganggu kehidupan anda.

Bagaimanakah rasanya?  Setiap orang mempunyai simptom yang berlainan. Orang yang mengalami lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser menyatakan berasa lemah, penat, mengantuk, keliru atau tidak sabar. Ada orang yang berasa tidak boleh bergerak. Ada pula yang berasa tangan dan kakinya lemah atau sakit dan rasa tidak puas bernafas, meskipun selepas membuat aktiviti yang ringan.  Bagi kebanyakan orang lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser amat berbeza daripada apa jua lesu yang pernah mereka alami.

Bagaimanakah ia boleh menjejaskan anda?

Weekend Apa Aktiviti Anda?

laman web maklumat terkini
Memandangkan fizikal saya yang tak mampu berdiri tegak terlalu lama, tak boleh la nak keluar jalan-jalan ke apa.  So sepanjang weekend ni saya cuma menajamkan kembali skill dalam melaksanakan installasi wordpress blog serta editing wordpress blog daripada berkarat.  Saya cuma cuba pada hosting percuma dari syarikat hostinger.com

Bila pilih themes banyak yang kurang menarik, yalah percuma la katakan.  Lepas ni kena mahirkan diri dengan Wordpress dan juga Blogspot sambil untuk memenuhi masa lapang. Teringin juga nak buat apps untuk mobile phone, tapi bila fikirkan balik betapa stressnya bab-bab coding tu nanti, tak jadi la pulak.  Kehidupan lepas ni tak nak stress sangat.

Panduan Untuk Makan Dengan Sempurna Semasa Rawatan Kemoterapi

pemakanan pesakit kanser
Pemakanan yang berkhasiat diperlukan untuk kesihatan, terutama sekali jika anda sakit. Semasa sakit, anda perlu memakan makanan yang berkhasiat yang boleh memberi tenaga, membaiki tisu, dan membantu mengekalkan sistem ketahanan tubuh supaya sentiasa kuat.

Apabila anda sakit atau menjalani rawatan, anda mungkin tidak berselera untuk makan seperti biasa. Anda mungkin mengalami beberapa masalah seperti berikut yang boleh menyebabkan anda susah hendak makan: loya, muntah-muntah dan cirit-birit, sakit atau kering mulut, susah dan atau sakit apabila hendak menelan. Murung, stres dan bimbang  juga boleh menyebabkan hilang selera makan.  Untuk itu berikut adalah panduan yang boleh kita ikuti bersama:

Penjagaan Diri Selepas Pembedahan Mastektomi

mastektomi
Menghadapi perubahan dalam imej badan.  Menerima hakikat kehilangan payudara melibatkan tempoh untuk penyesuaian. Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda berhadapan dengannya : 

1. Bercakap dengan seseorang. Ambil masa untuk mengatasi emosi anda. Adalah penting untuk meluahkan perasaan anda dengan suami anda, keluarga atau rakan-rakan terdekat.

2. Tumpukan perhatian pada proses pemulihan anda. Ikuti senaman-senaman yang ahli fisioterapi anda telah menasihatkan supaya anda buat.