Tips Mengelak Dari Limfidema

Limfidema Workout
Limfidema ialah kebengkakan bahagian tangan dan dada di sebelah kanser payudara selepas pembedahan mengeluarkan nodus-nodus limfa dan rawatan radioterapi.  Limfidema boleh berlaku beberapa minggu, bulan dan beberapa tahun selepas pembedahan.  Limfidema juga boleh berlaku akibat rawatan radioterapi.  Masalah utama limfidema adalah pesakit akan berasa tidak selesa, berat dan sukar menggunakan tangan.  Tangan yang terlibat, jika terluka ianya sukar untuk sembuh dan kadangkala dijangkiti kuman.
Pesakit yang menghadapi masalah limfidema dinasihatkan membuat perkara berikut:

1.  Lakukan senaman seperti yang diajar oleh terapis.

2.  Tinggikan tangan semasa anda berehat dari sebarang aktiviti.

3.  Pastikan tangan sentiasa bersih dan kering.

4.  Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek.

5.  Sapu losyen pelembab untuk elakkan tangan/kulit kering dan merekah.

6.  Pastikan anda memakai Pressure Garment  jika perlu berjalan jauh atau menaiki kapal terbang.

7.  Elakkan melakukan aktiviti yang memerlukan penggunaan tangan yang lama.

8. Elakkan menerima sebarang suntikan/mengambil darah/mengambil tekanan darah pada tangan yang sakit.

9.  Elakkan menuam tangan dengan ais

10. Elakkan lengan yang terlibat terkena air panas ataupun terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama.

11. Elakkan daripada memakai pakaian dengan lengan yang ketat dan juga memakai gelang serta barang kemas pada lengan yang terlibat.

12. Elakkan mengguna pisau cukur untuk mencukur bulu di bahagian ketiak.  Gunalah mesin pencukur  elektrik untuk mengurangkan kemungkinan luka.

3 comments:

  1. Noridah,lagi maklumat yang saya ingin kongsikan iaitu bahagian payudara,lengan dan bhg belakang yg terlibat dgn pembedahan akan rasa kebas dan rasa tebal seperti kena bius semasa gigi kita hendak dicabut. Rasa sebegini mengambil masa yg lama hendak pulih malah hingga ke hari ini saya merasakan kesannya meskipun sudah setahun lebih menjalani pembedahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la rasa kebus tu, saya punya lagi ada macam bengkak sikit kat area bhgn belakang badan, ingatkan air bila jururawat cuba keluarkan tak keluar pun air. Jururawat kata mungkin lemak.

      Delete
  2. Dear Sari Mayang and Noridah ... Rajin2 lah buat senaman tangan .. it helps you to relieve the tension more ... stress ball exercise ... lifting high your hands ... doing it more frequent helps you to reduce the rasa kebas2

    ReplyDelete