Jom Balik Kampung Mengundi

PRU13 Blackout 505Siapa pilihan anda?.  Tinggal seminggu lagi pilihan raya ke 13 akan berlangsung.  Ini merupakan pengalaman pertama sebagai seorang pengundi biasa.  Sebelum ni saya adalah salah seorang pengundi pos.  Saluran mengundi saya di Sek Keb Bukit Beruntung.  Pada hari mengundi nanti baru saya dan keluarga kakak saya ke pusat mengundi kerana kami tinggal di Petaling Jaya dan masih mengekalkan kawasan mengundi seperti di alamat dalam kad pengenalan walaupun telah berpindah ke tempat lain.

Berikut adalah calon yang telah disahkan akan bertanding di kawasan kami nanti.  Kesemua calon Adun Batang Kali adalah calon baru.  Selamat Mengundi Semua

P94 HULU SELANGOR 
M:53.94% C:26.67% I:18.98% L:0.41% 
1. Khalid Jaafar (PKR)
2. P.Kamalanathan (BN)
3. Datuk Seri Dr R. Santhara Kumar (Bebas)
Penyandang: Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) 

N7 BATANG KALI 
M:59.4% C:20.3% I:19.9% L:0.3% 
1. Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN)
2. Mustapa Kamal Sapingi (Bebas)
3. K.Ramachandran (PKR)
Penyandang: Mohd
. Isa Abu Kasim (BN) 


2 comments: