Menangani Loya Dan Muntah Serta Keguguran Rambut Disebabkan Oleh Rawatan Kemoterapi
Loya Dan Muntah
Loya dan muntah adalah salah satu kesan sampingan kemoterapi yang paling kerap berlaku dan ada ketikanya pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital untuk merawat masalah muntah.
Ini merupakan kesan sampingan yang selalu menjadi kebimbangan pesakit. Ia boleh terjadi semasa atau selepas menjalani kemoterapi, tetapi biasanya kesan ini hanya sementara. Ada beberapa cara untuk mengurangkan gejala ini:
1. Minta doktor memberi ubat penahan muntah dan makan ubat ini setengah jam hingga satu jam sebelum mengambil makanan.
2. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap kerana ia lebih senang dihadamkan berbanding dengam mengambil makanan dalam jumlah yang banyak sekali gus. Mengelakkan daripada mengambil makanan untuk jangka masa yang lama (jangan biarkan perut kosong terlalu lama) selalunya tidak akan membantu.
3. Elakkan daripada mengambil minuman dengan banyak semasa makan kerana ia akan menyebabkan pesakit merasa kembung. Minumlah dengan secukupnya di antara masa makan untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.
4. Makanan yang sejuk atau suam biasanya lebih sesuai berbanding makanan panas.
5. Elakkan berbaring selepas makan. Berjalan-jalan sebelum dan selepas makan boleh membantu penghadaman.
6. Jika bau makanan yang dimasak menyebabkan pesakit berasa loya, mintalah orang lain menyediakannya.
Keguguran Rambut
Keguguran rambut yang disebabkaan oleh kerosakan sementara pada folikel rambuthanya berlaku dengan sesetengah ubat kemoterapi. Rambut biasanya akan mula gugur selepas dua atau tiga minggu selepas kemoterapi bermula. Ia akan tumbuh semula dalam masa 3-4 bulan selepas kesemua pusingan kemoterapi selesai. Tetapi ada sesetengah pesakit yang akan mengambil masa yang lebih lama iaitu 6-12 bulan setelah kemoterapi berakhir. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan akibat keguguran rambut:
1. Potong rambut sebelum memulakan kemoterapi supaya kesan keguguran rambut tidak begitu ketara.
2. Gunakan tudung/skaf atau rambut palsu dengan gaya yang pesakit suka sebelum kesan keguguran rambut menjadi ketara.
3. Elakkan menggunakan pewarna rambut, penyembur rambut, mengeritingkan rambut dan kepanasan melampau daripada pengering rambut. Gunakan sikat atau berus lembut dan elakkan menyikat atau memberus rambut dengan kuat.
+ Sumber artikel: Buku Kanser Wanita Pencegahan dan Rawatan.
Doktor akan preskripsi ubat loya dan juga ubat muntah untuk kegunaan pesakit sehari sebelum rawatan kemoterapi bermula. Pengalaman saya sendiri taehadap keguguran rambut ini mula pada minggu ketiga masa cycle pertama lagi. Habis botak licin rambut di kepala sementara bulu di ketiak juga tiada sepanjang tempoh kemoterapi. Rambut halus mula tumbuh balik semasa masih dalam rawatan iaitu pada masa cycle kelima. Ia agak cepat berbanding kebiasaan pesakit. Mungkin disebabkan penggunaan minyak habatussauda ketika itu.

saodah ismail · 612 weeks ago
Saya pun menghadapi masalah yang sama kemoterapi cycle1, rambut mula gugur pada minggu ketiga. Boleh share bagaimana nak guna minyak habatussawada tu?
nadine73 34p · 612 weeks ago
Sepanjang rawatan kemoterapi sehingga sekarang saya makan habatussauda jenis kapsul keluaran baraka 2 kali sehari (1 biji sekali makan) kemudian habatussauda jenis minyak dalam botol tu pulak sapu kat kepala yang botak. Gunakan habatussauda dari mana-mana produk pun boleh.
My recent post Berita: Selangor Sedia RM1 Juta Setahun Untuk Mammogram