Testimonial Penggunaan Ekstrak Daun Belalai Gajah: In the making
Herba perubatan ini dikenali sebagai Daun Belalai Gajah, Sabah Snake
Grass (SSG), You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans. Ia tergolong dalam
keluarga Acanthaceae dan tumbuh dengan baik di negara-negara cuaca
tropika seperti Malaysia atau Indonesia. Daun Belalai Gajah
(Clinacanthus Nutans) boleh dibiak melalui keratan batang. Secara
umumnya, kematangan SSG adalah 3-9 bulan.
Saya hanya makan herba ini dan dijadikan sebagai ulam memandangkan hanya ada dua pasu pokok ditanam dirumah. Disebabkan bekalan daun amat terhad, saya mula mencari alternatif lain. Pilihan yang terbaik perlu diputuskan berdasarkan kemampuan kewangan sedia ada.
Saya merupakan pesakit kanser payudara stage empat metasis tulang belakang dan hati. Saya telah menjalani rawatan kemoterapi mulai Oktober 2012 hingga bulan Feb 2013. Selepas itu saya telah menjalani pembedahan mastektomi dan axillary node clearance pada bulan Mac 2013. Sehingga kini saya hanya menerima rawatan terapi hormon dan fisioterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selepas sebulan makan tamoxifen kesakitan di bahagian belakang mula terasa. Dalam tempoh kesakitan itu saya mencuba produk sari agegard selama sebulan tetapi tidak mampu menghilangkan rasa sakit di bahagian pinggang belakang. Untuk mengurangkan rasa sakit bahagian belakang dan membunuh sel-sel kanser yang masih ada saya mula menggunakan produk ekstrak daun belalai gajah serta biji aprikot sejak beberapa hari yang lepas. Progres penggunaan produk ini terhadap kesakitan akibat penyakit yang dihidapi akan saya catatkan setiap dua minggu sekali. Saya memohon pada Allah kesembuhan diperolehi disamping kualiti hidup yang diredhai.
Keadaan sebelum mula menggunakan produk ekstrak daun belalai gajah, sukar untuk melakukan pergerakan samada bangun untuk berdiri dan duduk. Saya banyak lebih berbaring. Kadang-kadang otot belah kiri belakang pinggang akan terasa tegang. Tidak mampu bersin dan batuk dilakukan dengan sempurna, terpaksa ditahan kalau terasa nak bersin dan batuk. Tiada pembekakkan tulang ditemui. Tangan dan kaki masih boleh digerakkan. Penggunaan habbatussauda juga masih diteruskan.
15 Jun - 29 Jun
Setelah dua minggu menggunakan gabungan minuman herba dalam diet harian saya, dapat disimpulkan kesakitan otot dan tulang berkurangan sedikit. Batuk dan bersin tak perlu saya tahan lagi. Mampu duduk lebih lama sedikit lebih kurang satu jam. Saya akan teruskan penggunaan minuman herba ini untuk minggu-minggu seterusnya sehingga habis stok. Selepas itu baru saya buat pertimbangan akan meneruskan penggunaan minuman herba yang mana satu dan akan di amalkan insyaAllah selama lima tahun sekiranya panjang umur.
Saya sedikit terganggu kerana penjual ekstrak herba ini baru meninggal dunia minggu lepas, beliau merupakan pesakit kanser servik yang bersimpati pada saya dan menawarkan harga produk sebagai harga pesakit. Beliau juga mention hanya pesakit sahaja yang mampu memahami perasaan pesakit lain. Untuk menyesuaikan jadual pemakanan harian ketika bulan Ramadhan nanti, beberapa perubahan dilakukan dengan menetapkan minuman herba akan diambil ketika sahur dan sebelum waktu tidur. Untuk maklumat temujanji dengan onkologis pada 22 Julai akan datang.
30 Jun - 13 Jul
Tiada perubahan ketara di lihat, kesakitan di tulang masih terasa. Hari ini medapat khabar berita menyedihkan, ibu saudara meninggal dunia. Sebelum ini beliau merupakan pesaakit kanser servik dan kami selalu berjumpa di PPUM ketika beliau menjalani rawatan radioterapi sementara saya pula menjalani rawatan kemoterapi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
14 Jul - 24 Jul
Rawatan ekstrak belalai gajah, durian belanda dan teh serai terpaksa dihentikan kerana saya mula tidak konsisten menggunakannya setelah kematian penjual produk tersebut. Badan semakin lesu dan kakak saya mula mencadangkan pada saya supaya cuba rawatan homeopati. Saya bersetuju setelah memikirkan keadaan kesihatan yang makin merosot. Dengan secara rasminya testimonial ini tidak sempurna. Kepada pesakit diluar sana anda boleh teruskan rawatan ekstrak belalai gajah ni tanpa ragu-ragu.
*Senarai Penjual Pokok Belalai Gajah Area Selangor (update kalau ada yang lain)
Sri Hayati Miharso (pemilik/penjaga nurseri)
Sun Beauty Home & Landscaping Trading Sdn Bhd
Lot 43, Kebun Bunga Depan Industri Sungai Buloh,
Batu 16, Sungai Buloh, 47000, Selangor.
H/p: 016-9020 672
(popular dengan nama Lot 43)
019-2502478 En Mohd Nizam area bandar baru salak tinggi.
*Senarai Penjual Daun Belalai Gajah Area Selangor (update kalau ada yang lain)
7-3-2, Danau Business Centre,
Jalan 3/109F, Taman Danau Desa,
58100 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: +6010 525 7782
Fax: 03 2034 9489
(ladang 13 ekar ada kat area Selangor)

aini · 613 weeks ago
nadine73 34p · 613 weeks ago
My recent post 5 Rencah 5 Rasa Tema Makanan Pesakit Kanser
Anuar · 605 weeks ago
Bagaiaman kesan minyak habbatussauda? adakah sakit belakang makin kurang atau hanya dapat menghilangkan kesakitan sementara sahaja?
nadine73 34p · 604 weeks ago
My recent post Peranan Perubatan Homeopati Dalam Merawat Pesakit Kanser
nadine73 34p · 604 weeks ago
azmin79 0p · 609 weeks ago
nadine73 34p · 609 weeks ago
My recent post Iklan Raya Aidilfitri TM 2013
Adalea · 607 weeks ago
nadine73 34p · 607 weeks ago
My recent post Peranan Perubatan Homeopati Dalam Merawat Pesakit Kanser
Anuar · 606 weeks ago
Saya suami kepada isteri yg mengidap kanser stage 4. Memulakan regime kemoterapi (HPJ) pada mac 2012 dan melakukan mastektomi kiri pada Ogos 2012 seterusnya radioterapi ( NIC ) dan berakhir sebulan kemudian. Selepas itu mengamalkan makan biji dan kapsul aprikot serta jus monavi. Sekarang kanser sudah menyerang hati dan dikuatiri tulang juga. Sebelum ini beberapa tompok kanser di kesan di paru-paru. Apa yg saudari alami sama dengan apa yg isteri saya alami bekenaan tulang belakang. Sekarang baru mula menggunakan produk sari ageguard. Harap kesannya dapat meredakan sakit belakang dan hati yg membengkak di perut.
nadine73 34p · 604 weeks ago
Cuba kesan kesakitan tulang belakang satu persatu termasuk tulang pinggul dengan tekan tulang dan isteri bagitau kawasan tu sakit atau tak. lepastu masih ada rasa nak buang air kecil/besar, kalau tak ada rasa itu kena pergi hospital.
My recent post Peranan Perubatan Homeopati Dalam Merawat Pesakit Kanser
nadine73 34p · 604 weeks ago
Membina semula antibodi atau system imune
Membunuh tumor dan sel kanser yang telah bermestasis
Mengaktifkan semula sistem detoks yang turut terjejas
My recent post Peranan Perubatan Homeopati Dalam Merawat Pesakit Kanser
firani · 594 weeks ago
nadine73 34p · 594 weeks ago
kalau stage 4 baik jangan tangguh, biar buat operation lepas tu mungkin boleh tolak rawatan kimo dan radioterapi untuk rawatan alternatif, tapi make sure jangan down dan stress, sel kanser akan lebih cepat merebak kalau kita stress atau down.
umie · 594 weeks ago
nadine73 34p · 594 weeks ago
Jason · 594 weeks ago