Temujanji Dengan Pakar Onkologi
Berdebar rasanya bila nak jumpa pakar onkologi hari ini. Rutin ini adalah perkara wajib terutamanya selepas menjalani pembedahan mac empat minggu lepas. Perkara yang dibincangkan selalunya adalah bentuk rawatan selanjutnya berdasarkan keputusan patologi terhadap tumur yang dikeluarkan. Jam 1.30 tengahari nomborku dipanggil masuk ke bilik no 3. Dengan perlahan mengetuk bilik rawatan dan menjenguk Doktor sedang menulis sesuatu. Doktor lelaki lagi kali ini. Entah berapa kali Doktor lelaki yang memeriksa keadaan sakitku.









