hostinger free

Detoks Selepas Rawatan Kemoterapi

Tea 4life
Produk Transfer Factor sememangnya terkenal di Malaysia ni bila mana adanya testimonial pesakit dan kajian doktor yang amat positif melainkan kaedah jualannya yang secara MLM kadang kala mencuit rasa tidak puas hati bagi golongan anti MLM. 

Baru-baru ni saya mula menggunakan produk Teh 4life untuk tujuan detoks kerana saya telah menjalani rawatan kemoterapi enam bulan yang lalu.  Saya bercadang nak mengamalkan rawatan alternatif selepas selesai rawatan konvensional saya nanti.  Tiga minggu lepas saya telah menjalani pembedahan MAC dan seterusnya temujanji dengan pakar onkologi pada 25 Apr ni untuk membincangkan rawatan selanjutnya.

Setelah dua minggu minum teh 4life saya amat berpuas hati kerana mula menghadapi perkumuhan yang sempurna dan efektif.  Badan saya berpeluh walaupun tidak membuat aktiviti yang aktif (tengok tv pun boleh berpeluh) dan yang paling menggembirakan, saya mampu membuang air besar secara maksima dengan kekerapan yang tidak menyusahkan.  Sebelum ni memang susah la nak membuang sampaikan sembelit  la juga.

Sebenarnya produk 4life ni saya kenal dah lebih sepuluh tahun yang lalu.  Saya mula makan produk TF Chewable kerana saya ni memang susah nak makan ubat.  Jurulatih tenis saya yang memperkenalkan produk TF ketika itu.  Saya hanya sempat makan sebanyak tiga botol sahaja kerana susah nak dapatkan bekalan.  Makan pun sebenarnya untuk tujuan mendapatkan tenaga semasa bermain tenis, tapi tak disangka penglihatan rabun jarak jauh saya juga pulih dan saya tidak perlu memakai cermin mata lagi.

Walaupun ketika ini saya disahkan sebagai pesakit BC stage 4 (metasis ke tulang belakang dan hati),  saya akan cuba produk alternatif yang lain  seperti habatus sauda baraka (kapsul), daun belalai gajah (buat ulam) dan jus durian belanda serta pemakanan yang dinasihatkan oleh doktor.  Mungkin akan datang saya akan cuba produk Sari agegard.  Saya akan maklumkan keadaan penyakit dan rawatan alternatif pada masa akan datang.

+ Terima Kasih pada Puan Su kerana menghadiahkan Susu Kambing Anugerah, Tea 4life dan TF Chewable

3 comments:

  1. Cuba elakkan daripada makan apa2 jua produk tenusu,gamat dan rumpai laut kerana ia merupakan medium yang digemari oleh sel kanser untuk membiak dengan lebih ganas.

    ReplyDelete
  2. Sesiapa yang ada sembelit semasa rawatan kemoterapi, anda boleh kurangkan dengan makan makanan yang beserat tinggi, minum banyak air, lakukan senaman ringan, luangkan masa yang cukup untuk membuang air setiap kali ke tandas dan sekiranya masalah ini berterusan sila berjumpa dengan doktor anda

    ReplyDelete