skip to main |
skip to sidebar
Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit yang dihidapi. Ambil langkah untuk kurangkan stress, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari. Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun,
semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan
bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
Sangat
penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan
minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast
foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung -
donut, kuih2, ais krim , chocolat dan lain-lain. Jauhkan minuman soft drink , jus
dan kordial dalam botol atau kotak.
Makan
70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan
tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit
dan lain-lain. Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur-sayur bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2
carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit
air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.
Esok untuk
sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu
besar extra virgin olive oil atau minyak habatussauda. Makan 2 biji
telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau
nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
Makanan
selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan
karbohaidrat. Makan buah-buah atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus,
kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik
atau nescafe susu.
Makan tengah hari - Cuba makan rojak,
pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam atau sepotong ikan. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi
atau lain-lain jenis karbohaidrat
.Makan malam - Minum satu
gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger. Masak
sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan. Atau buat rojak/pecal
dari sayur kangkong, taugeh, sengkuang, tempeh dan tauhu. Masak lauk ikan atau ayam dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan
merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan
penyakit yanng anda alami ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU.
Sumber Asal Dr Hamid Ali
saodah · 599 weeks ago
Saya sudah selesai menjalani kemoterapi sebanyak 6 kali. pada 28 otb nnt saya akan masuk wad utk mastektomi pulak. Ada tips untuk saya ikuti tak?
nadine73 34p · 598 weeks ago
My recent post Makanan Untuk Lepas Bedah
nazri · 597 weeks ago
My recent post Godaan Pasembor Padang Kota
nadine73 34p · 597 weeks ago
My recent post Makanan Untuk Lepas Bedah