hostinger free

Penerbit Lina Tan Lawan Penyakit Kanser Payudara

Lina Tan Penerbit Eksekutif, Red Comunication Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif, Red Comunication Sdn Bhd, Lina Tan mendedahkan dia sedang melawan penyakit kanser payudara yang kini berada di tahap dua.  Lina, 47, berkata, dia hanya mengetahui tentang penyakitnya itu pada tiga bulan lalu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta.

"Saya mengetahui tentang penyakit ini apabila menyedari ada ketumbuhan kecil pada payudara saya namun ketumbuhan itu tidak sakit. Apabila doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati ia adalah kanser, saya diminta melakukan pembedahan," katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan hos terbaharu program 3R (Respek, Relaxs, Respon), di Sri Pentas, di sini, Khamis.
Lina yang hadir pada majlis berkenaan kelihatan tidak bermaya dan memakai topi bagi menutup kepalanya akibat keguguran rambut kesan rawatan kemoterapi. Kata Lina, ia merupakan penampilan kali pertamanya di tempat awam selepas mengetahui tentang penyakit tersebut.  Saya baru sahaja buat rawatan kemoterapi kali ketiga dan rambut sekarang gugur, badan pun susut daripada 52 kilogram hingga kini hanya 43 kilogram sahaja. Saya gagahkan diri untuk datang majlis ini kerana ingin bagi sokongan kepada pengacara baru dan 3R adalah program pertama syarikat saya," katanya.
Dalam pada itu, Lina turut mengakui kegiatan hariannya turut terbatas dan dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Lina berkata, dia dinasihatkan agar lebih banyak berehat bagi mengurangkan tekanan kerja yang menjejaskan kesihatan.  Doktor beritahu salah satu punca penyakit saya kerana terlalu stres dan dia menyuruh saya agar banyak berehat di rumah," ujarnya.  Tambah Lina, apa yang utama ialah sentiasa berfikiran positif dan menjalani kehidupan seperti biasa.  Penyakit ini dikesan awal dan saya percaya teknik perubatan di negara ini sudah moden, apa yang penting ialah saya perlu sentiasa berfikiran positif dan jalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Dalam pada itu, Lina berkata, dia bercadang untuk mengupas tentang kesedaran masyarakat dalam berhadapan kanser untuk program 3R sebagai salah satu topik program itu.

Sumber Cerita/Gambar: MStar Online/internet