hostinger free
Showing posts with label Rawatan Homeopati. Show all posts
Showing posts with label Rawatan Homeopati. Show all posts

Peranan Perubatan Homeopati Dalam Merawat Pesakit Kanser


ubat homeopati
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa sejenis ubat yang menyebabkan kesan tertentu apabila diambil oleh seseorang akan berupaya memulihkan sebarang penyakit yang menunjukkan kesan-kesan yang sama. Homeopati mendapati bahawa badan kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan menahan penyakit. Apabila kuasa pertahanan ini diganggu, kita akan jatuh sakit. Ini bukanlah kerana kesan kepada bahagian tertentu, tetapi kepada keseluruhan diri pesakit. Setiap pesakit memerlukan ubat yang berbeza berasaskan simptom-simptom dan sistem mentalnya yang berbeza bagi setiap individu.


Perubatan homeopati menstimulasikan kuasa pemulihan semulajadi yang kemudiannya membuang penyakit. Homeopati ini terkenal dengan kebolehannya untuk memulihkan penyakit kronik. Penyakit serius seperti kanser juga mampu dipulihkan dengan segera tanpa kesan sampingan. Penyakit itu tidak akan berulang sama ada dalam bentuk yang sama atau bentuk yang lain.

Dalam perubatan homeopati, sejenis penawar digunakan di mana ubat itu dicairkan secara berperingkat-peringkat dan digoncang sehingga ubat itu mempunyai kuasa untuk memulihkan. Cecair yang terhasil itu berkuasa memulihkan pesakit kerana proses pencairan ini memberi tenaga kepada ubat tersebut. Selepas proses ini selesai, ubat asal yang tinggal dalam penawar ini hampir tidak wujud. Penawar yang dihasilkan ini dikenali sebagai cecair LM. Perubatan homeopati menggunakan cecair LM untuk merawat pesakit kanser. Bahan asal sebelum dijadikan penawar ini akan dicairkan sehingga bahan asal tersebut tidak ada di penghujung proses pencairan.

Tenaga ‘vital’ adalah penting dalam mengubati pesakit kanser mengikut cara homeopati. Pesakit kanser sukar dipulihkan jika tenaga ‘vital’ pesakit adalah rendah. Akibatnya, hanya sesetengah simptom sahaja yang akan pulih dan pesakit akan tenat semula setelah satu jangka masa pendek mengambil penawar yang telah disediakan untuknya. Dalam perkataan lain, tindak balas pesakit tersebut terhadap penawar yang disediakan boleh menentukan sama ada kanser itu boleh dipulihkan atau tidak.

Perubatan homeopati menyatakan bahawa pesakit boleh bertambah tenat apabila ia mendengar berita buruk. Misalnya, jika mereka diberitahu bahawa mereka akan mati atau penyakit mereka tidak dapat diubati. Oleh itu, ada ubat homeopati bagi mengelakkan ketenatan setelah mendengar berita buruk. Contohnya, seorang pesakit kanser telah diberi sejenis penawar iaitu gelsemium dan selepas mengambilnya, dia berasa tenang, dapat tidur nyenyak dan mempunyai banyak tenaga untuk melawan penyakit kanser tersebut.

Perubatan homeopati juga mempunyai ubat bagi melawan kesan sampingan yang diperolehi daripada rawatan radiasi dan kemoterapi. Kesan sampingan ini termasuklah muntah-muntah, loya dan keletihan.

Perubatan homeopati tidak mempunyai satu cara yang khusus untuk merawat pesakit kanser. Konsep perubatan homeopati adalah mudah; ‘Homeopati bukan merawat penyakit, tetapi merawat pesakit’. Dalam perkataan lain, perubatan homeopati bukan merawat kanser, tetapi merawat pesakit yang menghidap kanser. Ini bermakna bahawa tiga pesakit kanser paru-paru yang berlainan akan diberi tiga jenis penawar yang berbeza.

Perubatan homeopati ini dikatakan pernah berjaya merawat pesakit kanser. Di kalangan orang miskin di India di mana hanya cara perubatan homeopati wujud, ramai pesakit kanser telah berjaya dipulihkan. Kejayaan penggunaan perubatan homeopati bagi memulihkan pesakit kanser ini mungkin lebih berjaya bagi pesakit-pesakit yang tidak pernah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi. Cara homeopati ini juga membantu dalam kes-kes yang tidak dapat dipulihkan dengan mengurangkan kesakitan serta membantu pesakit mati tanpa rasa bimbang dan tanpa kesakitan.

sumber artikel :  dxn-gano.blogspot.com

Rawatan Homeopati

rawatan homeoterapi
Pagi ini adik ipar menjenput Homeopathic Consultant Saeed Ahmed Khan datang ke rumah untuk menjalani rawatan homeopati.  Sepatutnya perlu pergi ke klinik beliau di Gombak tapi sebab tak mampu jalan jauh, jemput je la Dr tu ke  rumah.

Perkara pertama yang dinasihatkan adalah mental mesti positif terhadap dugaan Allah.  Dr tu menganalisa maklumat penyakit saya berdasarkan laporan Doktor PPUM, tapak tangan, permukaan lidah dan temubual.  Principle rawatan homeopati dari syarikat SAC Homeopaths antaranya 

  • Believe in God (Allah).
  • Trust on Doctor.
  • Regularly take Medicines.
  • Avoid some things.
Saya dinasihatkan menghentikan pemakanan habatussauda sebab bersifat panas.  So dengan rasminya saya juga berhenti mengamalkan rawatan ekstrak belalai gajah, teh serai dan durian belanda, untuk memberi laluan rawatan homeopati ini.  Manis ubat homeopati ni ye, ni first time rasa. Doakan rawatan ini serasi dengan saya.

Perkembangan Rawatan Homeopati

Baru tiga hari makan ubat homeopati, sudah datang bulan balik.  Ingatkan berkesempatan menunaikan puasa Ramadhan cukup sebulan .  Kalau dihitung lebih kurang sepuluh bulan saya tidak datang period selepas rawatan kemoterapi cycle pertama bermula hinggalah semalam.  Tak sempat bagitau perkembangan  ni pada Dr sebab perasan bila dah balik. Ada juga perubahan lain iaitu rasa panas badan yang on of  setiap hari dah tak ada.  Badan sentiasa rasa lembap dan kerap berpeluh.  Kakak saya ada menelefon pakar homeopati bertanyakan healing proses yang berlaku, pakar tu cakap sekarang proses detoks membersihkan toksin yang ditinggalkan selepas  rawatan kemo dan mengeluarkan sel kanser yang mati keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.

Dua Minggu Berakhir Ambil Ubat Baru

3 Aug lepas kakak saya ke klinik SAC Homeopaths di Gombak untuk ambil ubat baru dan menerangkan status keadaan pesakit.  Saya tak ikut sebab masih tak mampu bangun bergerak sendiri.  Saya mula mampu buang air besar setiap hari dan buang air kecil lima kali sehari, tu yang buat kakak saya kelam kabut sikit melayan kerenah adiknya ni.  Akibat tak berapa ikut pantang makan kena tanggung sendiri kesakitan di lutut hingga ke tulang pinggul.  Ubat tahan sakit yang Dr Fiona bagi pun jarang makan.  Bila terima rawatan homeopati ni banyak kena pantang makan dan minum, tapi kebanyakannya masih sama pantang pemakanan pesakit kanser.  Cara pernafasan yang diajar juga masih sama iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.  Otot kejang dipinggang telah berkurangan dan rasa kejang tu beralih ke bahagian belakang bahu di sebelah kanan badan pulak.  Rasanya proses detoks amat berkesan pada badan saya, kalau dulu badan terasa lesu sepanjang hari, sekarang tidak lagi.  Gusi tidak berdarah lagi bila berus gigi dan rasa kebas di bawah lengan selepas pembedahan beransur hilang. 

Setelah Sebulan Berlalu

Kali ini Dr Saeed Ahmed Khan datang ke rumah melawat pesakitnya, beliau mengatakan ada perkembangan yang sihat terhadap penyakit saya, cuma masih belum ada kekuatan tenaga untuk untuk bangun tanpa bantuan sesiapa.  Dr Saeed Ahmed Khan membekalkan ubat baru kali ini, ubat detoks dan penahan sakit sentiasa ada.  Sementara ubat baru adalah lawan sel kanser, ubat untuk tulang dan ubat penjagaan organ dalaman yang lain.




Just count the number of bristles in the #DarlieCharcoalSpiral game to win a Fujifilm Instax Camera!