Rawatan Homeopati
Pagi ini adik ipar menjenput Homeopathic Consultant Saeed Ahmed Khan datang ke rumah untuk menjalani rawatan homeopati. Sepatutnya perlu pergi ke klinik beliau di Gombak tapi sebab tak mampu jalan jauh, jemput je la Dr tu ke rumah.
Perkara pertama yang dinasihatkan adalah mental mesti positif terhadap dugaan Allah. Dr tu menganalisa maklumat penyakit saya berdasarkan laporan Doktor PPUM, tapak tangan, permukaan lidah dan temubual. Principle rawatan homeopati dari syarikat SAC Homeopaths antaranya
- Believe in God (Allah).
- Trust on Doctor.
- Regularly take Medicines.
- Avoid some things.
Saya dinasihatkan menghentikan pemakanan habatussauda sebab bersifat panas. So dengan rasminya saya juga berhenti mengamalkan rawatan ekstrak belalai gajah, teh serai dan durian belanda, untuk memberi laluan rawatan homeopati ini. Manis ubat homeopati ni ye, ni first time rasa. Doakan rawatan ini serasi dengan saya.
Perkembangan Rawatan Homeopati
Baru tiga hari makan ubat homeopati, sudah datang bulan balik. Ingatkan berkesempatan menunaikan puasa Ramadhan cukup sebulan . Kalau dihitung lebih kurang sepuluh bulan saya tidak datang period selepas rawatan kemoterapi cycle pertama bermula hinggalah semalam. Tak sempat bagitau perkembangan ni pada Dr sebab perasan bila dah balik. Ada juga perubahan lain iaitu rasa panas badan yang on of setiap hari dah tak ada. Badan sentiasa rasa lembap dan kerap berpeluh. Kakak saya ada menelefon pakar homeopati bertanyakan healing proses yang berlaku, pakar tu cakap sekarang proses detoks membersihkan toksin yang ditinggalkan selepas rawatan kemo dan mengeluarkan sel kanser yang mati keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.
Dua Minggu Berakhir Ambil Ubat Baru
3 Aug lepas kakak saya ke klinik SAC Homeopaths di Gombak untuk ambil ubat baru dan menerangkan status keadaan pesakit. Saya tak ikut sebab masih tak mampu bangun bergerak sendiri. Saya mula mampu buang air besar setiap hari dan buang air kecil lima kali sehari, tu yang buat kakak saya kelam kabut sikit melayan kerenah adiknya ni. Akibat tak berapa ikut pantang makan kena tanggung sendiri kesakitan di lutut hingga ke tulang pinggul. Ubat tahan sakit yang Dr Fiona bagi pun jarang makan. Bila terima rawatan homeopati ni banyak kena pantang makan dan minum, tapi kebanyakannya masih sama pantang pemakanan pesakit kanser. Cara pernafasan yang diajar juga masih sama iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Otot kejang dipinggang telah berkurangan dan rasa kejang tu beralih ke bahagian belakang bahu di sebelah kanan badan pulak. Rasanya proses detoks amat berkesan pada badan saya, kalau dulu badan terasa lesu sepanjang hari, sekarang tidak lagi. Gusi tidak berdarah lagi bila berus gigi dan rasa kebas di bawah lengan selepas pembedahan beransur hilang.
Setelah Sebulan Berlalu
Kali ini Dr Saeed Ahmed Khan datang ke rumah melawat pesakitnya, beliau mengatakan ada perkembangan yang sihat terhadap penyakit saya, cuma masih belum ada kekuatan tenaga untuk untuk bangun tanpa bantuan sesiapa. Dr Saeed Ahmed Khan membekalkan ubat baru kali ini, ubat detoks dan penahan sakit sentiasa ada. Sementara ubat baru adalah lawan sel kanser, ubat untuk tulang dan ubat penjagaan organ dalaman yang lain.