hostinger free

Petua dan Amalan Melawan Penyakit Kanser

Jus Serai
Sesiapa yang mempunyai petua boleh kongsi pengalaman dalam membantu pesakit kanser menghadapi kehidupan terutama dari segi pemakanan dan latihan fizikal yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.  Objektif rawatan komplimentari ini bertujuan meningkatkan sistem imunisasi, detoks hati dan detoks usus.  Ketiga-tiga perkara ini penting untuk melawan penyakit metabolik seperti kanser.

AsparagusBeli satu kilo asparagus ,rebus hingga lembut. Blend jadikan puri dan simpan dalam fridge. Beri makan pada pesakit satu sudu besar 4 kali sehari selama 3 bulan.

Teh Daun Durian BelandaBoleh rebus daun basah atau kering. 10 - 15 helai daun masukkan ke dalam satu liter air mendidih selama 15 - 30 minit.  Sejukkan dan tapis air. Minum satu cawan 2- 3 kali sehari.

SeraiPesakit-pesakit kanser juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalani dan juga selepas rawatan radiasi serta rawatan kemoterapi.  Untuk makluman citral ditemui di dalam serai dan mempunyai banyak manafaat kesihatan yang penting seperti anti kanser, antioksida yang tinggi, menurunkan kolesterol, menurunkan darah tinggi, menyahtoksinkan badan dan mengurangkan sengal tulang.  Bagaimana Serai Bertindak?

  • Herba serai memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.
  • Herba serai mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai  membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing. Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai  juga membantu menurunkan berat badan.
  • Herba serai membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin. 
  • Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah.
BAGAIMANA SERAI BERTINDAK?
Lemongrass memperbaiki peredaran darah dalam badan-badan kita dan ini membawa kepada  peningkatan penjanaan sel dalam semua bahagian dan organ-organ yang mustahak (hati, jantung, buah pinggang dan lain-lain) di dalam badan kita. Penjanaan lebih sel baru dan organ-organ yang sihat meningkatkan sistem imun kita  untuk menentang penyakit dan pelbagai jangkitan.

5.1    DETOKSIFIKASI
Herba serai Citralife mengandungi Citral yang dapat menyahtoksinkan badan dengan meningkatkan kekerapan membuang air kecil. Serai Citralife membantu membersihkan buah pinggang, hati, pankreas, saluran pencernaan, hempedu dan membuang toksik yang tidak diperlukan melalui air kencing.
Pembuangan asid urik dan toksik daripada badan membantu mencegah radang sendi. Kekerapan membuang air kecil juga membuang air dan lemak yang berlebihan dari badan dan dengan itu serai Citralife juga membantu menurunkan berat badan.

5.2    PENGHADAMAN

Serai Citralife membantu proses pencernaan makanan dan memberikan kelegaan akibat gastrik. Ia juga merupakan minuman yang bagus bagi mereka yang menghadapi masalah kembung perut. Ia membolehkan otot-otot sekitar perut berehat dan membuang angin.

5.3    PENGURANGAN TEKANAN DARAH
Sebagai penyahtoksik, serai mengandungi Citral yang dapat membuang lebihan kolesterol, asid urik, toksin dan lemak daripada badan. Hal ini merangsang pengaliran darah ke seluruh tubuh. Minum segelas teh herba serai Citralife setiap hari membantu mengurangkan tekanan darah. - See more at: http://minumanherbaserai.blogspot.com/p/testimonial.html#sthash.8iXRYzcC.dpuf

Daun Jarum Tujuh Bilah.   Daun herba  ini boleh dimakan begitu sahaja dengan mengambil setiap hari 3 atau 4 helai sebagai ulam atau rendamkan ke dalam segelas air suam selama 15 minit, kemudian minum hingga habis. Selepas pengambilan daun ini elakkan mengambil minuman lain selama 1 jam.

TembikaiTembikai merupakan sumber beta karotena dan mengandungi antioksidan lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Beta karotena berfungsi membunuh sel-sel kanser dan mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser itu lantas dengan itu mencegahnya daripada terus tumbuh.




Bawang Putih.  Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides) iaitu meningkatkan sel imun bagi melawan kanser dan menjadi pengurai bahan penyebab kanser dengan cara menghalang karsinogen memasuki sel dan ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. Mengurangkan risiko kanser perut dan dan kanser kolon.

Cili Merah.  Mengandungi bahan kimia Capsaicin iaitu bahan yang boleh meneutralkan nitrosamines (bahan penyebab kanser).

Anggur Merah.  Biofalvonoid - antioksidan yang kuat menghalang kanser.  Resveratol - Menghalang enzim yang merangsang pertumbuhan se kanser dan menekan respon imun.  Ellagic Acid - Sebatian yang menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan oleh sel kanser dan menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan dan terbantut.

Secara relatifnya diet pengidap kanser terbahagi kepada 4 kategori.

1. Makanan yang memberi tenaga / atau tenaga tambahan kepada sel kanser atau mikrob yang membiak dalam badan anda. Antaranya gula proses,coklat,ais krim sebagainya.

2. Makanan yang menyebabkan kanser, secara amnya ialah makanan dalam tin serta makanan segera seperti burger, sosej dan nugget.

3. Makanan yang menggangu terapi kanser anda dan menjadikan terapi anda tidak berguna. Antarnya ialah tembakau,caffene,alkohol dan klorin.

4. Makanan yang menganggu sistem pertahanan badan anda dari melawan sel kanser. Antaranya ialah semua jenis daging yang dimasak berlebihan. Seperti yang diterangkan bahawa daging yang dipanaskan secara maksima akan menyebabkan agen pencernaan semulajadi dalam daging akan mati dan sistem badan anda akan menghantar trypsin untuk mencerna daging,suatu arahan yang buruk.   Enzim “trypsin” dan “chemotrypsin” ia adalah merupakan salah satu dari berjenis jenis enzim yang terdapat dalam tubuh manusia dimana fungsi utamanya ialah mencerna protin.


+ Boleh kongsi petua di ruang komen