Kesan Sampingan Lepas Pembedahan
Selepas pembedahan, pesakit boleh mengalami beberapa kesan sampingan. Kesan sampingan ini kebanyakannya adalah bersifat sementara sahaja. Antaranya:
Kebas Tangan
Semasa pembedahan untuk membuang lemak ketiak, terdapat beberapa urat saraf yang perlu dibuang. Pembuangan urat saraf ini akan menyebabkan kawasan tangan akan merasa kebas. Perasaan kebas ini biasanya akan beransur pulih dan mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan.
Bengkak Ketiak
Selepas pembedahan, doktor akan meletakkan tiub untuk mengalirkan cecair dri kawasan pembedahan. Cecair ini biasanya akan kering beberapa hari. Kadangkala setelah tiub dibuang, cecair akan berkumpul semula. Cecair yang bertakung ini perlu disedut keluar. Keadaan ini biasanya tidak berpanjangan.
Gerakan Bahu Terbatas
Pesakit akan merasa sakit untuk menggerakkan bahu mereka selepas pembedahan. Jika bahu tidak digerakkan untuk beberapa hari, bahu akan menjadi keras dan pergerakan akan menjadi terbatas. Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas pembedahan.
Bengkak Tangan
Pesakit yang telah menjalani pembedahan pada ketiak atau barah yang telah merebak ke limfa ketiak mungkin mengalami bengkak pada tangan. Komplikasi ini mungkin berlaku beberapa bulan sahaja selepas pembedahan atau muncul beberapa tahun selepas pembedahan. Pesakit mesti berhati-hati. Untuk mengurangkan risiko ini, pesakit perlu menjalani rawatan fisioterapi limfidema selepas pembedahan.
+ Temujanji ke Unit Fisioterapi akan di buat minggu depan