hostinger free

Rutin Dapatkan Rawatan Ubat Zometa Akhirnya Kena Tahan Wad

Wad 6E Onkologi
Jam 11 pagi 7 Nov, darah diambil untuk tentukan kandungan kalsium rendah dalam darah supaya nanti jam 2 petang Dr boleh teruskan rawatan ubat zometa.  Belum pun jam 2 petang Dr maklumkan kamu kena tahan wad sebab hb dan platlet rendah.  Kali ni cepat pula dapat masuk wad sebab tak ramai pesakit.  Malam tu 2 pain darah dipindahkan kepada saya.  Hari berikutnya ubat zometa dimasukkan pula.  

Hb saya meningkat tapi platlet masih rendah.  Pada hari Ahad Dr tambah 3 paket platlet, itu pun memang jumlah yang di benarkan di beri pada pesakit.




Selepas lawatan pagi, Dr benarkan discharge dan nasihatkan supaya berhati-hati apabila berada di rumah.


Darah Kuning


OgyBerry cegah kanser hati - Artikel Harian Metro

Kita Berisiko Hidap 200 Kanser

Kanser terjadi apabila berlaku perubahan atau mutasi pada sel tisu manusia biasa. Sel ini yang sepatutnya menjadi ganti kepada sel tisu badan yang mati menjadi tidak normal dan bercambah banyak serta tidak dapat dikawal jumlah percambahannya, menjadikan ia sel tidak normal. Penambahan sel secara mendadak pada kawasan tertentu badan menyebabkan bengkak berlaku pada kawasan itu, seterusnya menghimpit sel normal lain berdekatan sel kanser itu.

Pada tahap tertentu, apabila saiz menjadi semakin besar atau jumlah sel semakin banyak, ia memasuki sistem pembuluh darah dan limfa manusia serta merebak ke kawasan anggota badan lain yang akhirnya bercambah di kawasan baru itu. Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman. Lebih ramai wanita Malaysia menghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka.

Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak.

Hampir 200 jenis kanser boleh dihidapi manusia. Simptom untuk kanser itu boleh dikategorikan kepada dua jenis, sama ada simptom akibat kesan setempat atau simptom umum. Simptom untuk kesan setempat bergantung pada lokasi sel kanser. Contohnya bengkak, sakit atau perubahan pada kulit yang melapisi kawasan kanser itu seperti kanser payudara. Bagi kanser usus pula, susah membuang air besar atau cirit-birit yang berlaku berulang kali atau najis mengandungi tompokan darah. Bagi kanser paru-paru pula ialah batuk berpanjangan atau susah bernafas.

Bagaimanapun, biasanya penghidap kanser tidak mempunyai simptom awal. Simptom umum termasuk hilang selera makan, susut berat badan secara mendadak, demam berpanjangan, selalu mengalami keletihan atau tidak bermaya. Ini menyebabkan pesakit pergi mendapatkan rawatan secara berulang di klinik, tetapi simptom akan berterusan walaupun dengan pengambilan ubat.

Ada pelbagai sebab atau faktor risiko yang menyebabkan berlakunya kanser. Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.

Contohnya, pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks. Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.

Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan. Mengenal pasti beberapa simptom awal kanser tertentu juga penting supaya dapat rawatan lanjut.

Pemeriksaan darah untuk mengenal pasti kanser seperti usus, pankreas, payudara, prostat, ovari, testis, paru-paru dan hati perlu dilakukan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser atau berumur lebih 40 tahun. Selain ujian darah, ujian scan boleh dilakukan jika pesakit disyaki menghidap kanser.

Rawatan untuk kanser pula bergantung pada jenis dan tahap kanser. Kebiasaannya rawatan membabitkan pembedahan dengan membuang sel kanser atau tisu persekitaran yang mengandungi sel kanser. Radioterapi dan kemoterapi akan dimulakan bila perlu. Selain itu, sokongan moral daripada keluarga dan rakan juga sangat penting sepanjang proses rawatan pesakit.

Baru-baru ini, Yayasan Kanser Malaysia dilancarkan. Ia bertujuan mendidik dan membantu masyarakat mengesan kanser pada peringkat awal dan mengelak ia merebak dengan memastikan pesakit mendapatkan rawatan awal.

Pihak yayasan juga memberi rawatan sokongan kepada penghidap kanser.

Sumber Artikel Sihat Metro Ahad

Daun Belalai Gajah Di Selangor

Daun Belalai Gajah di Selangor
Ada berita baik untuk pesakit seperti kita semua,  kebetulan kakak saya di Pasar Tani PJ Sect. 17, terserempak dengan penjual pokok bunga dan herba.  Kali ini beliau membawa pokok herba daun balalai gajah.  Agak murah harga jualannya RM7.00 satu beg plastik hitam.  Kakak saya banyak berborak dengan penjual tersebut.  Antara Pasar Tani yang mereka sentiasa ada adalah kat:


PJ (sect. 17)  hari khamis.
Kelana Jaya (SS6) hari Sabtu.
Shah Alam (Sect.13) hari Ahad.


Ladang herba ,landscape dn buah mereka terletak kat Pulau Indah, Pelabuhan Klang Barat.  Sesiapa yang berminat boleh hubungi En Mohd Arifin Zainuddin 010-2698007 atau En Zahrin B Hj Ibrahim 016-2331554.  Sekurang-kurangnya kita ada pilihan di Negeri Selangor,  tak ada la bila buat search engine kat Internet asyik keluar yang ada kat Negeri Sembilan je.  Semoga maklumat ini memberi manafaat pada semua orang.


Temujanji Dengan Pakar Spine

Awal pagi dah gerak ke PPUM walaupun temujanji jam 1000 pagi.  Semua urusan dbuat dengan cepat.  lagipun Dr akan buat ujian yang sama seperti masa kena tahan wad dulu.  Sambil tu Dr explain laporan scan tulang yang di buat bulan lepas pada kakak saya.  Kali ni malas nak dengar apa yang Dr cakap.  Jam 1015 pagi saya dah balik dari urusan temujanj.  Akan datang pula temujanji dengan Pakar Onkologi.  Begitulah rutin setiap bulan.  Doakan sejahteraan keluarga saya.  Sistem imun saya makin merosot, kerap sangat demam.

Penerbit Lina Tan Lawan Penyakit Kanser Payudara

Lina Tan Penerbit Eksekutif, Red Comunication Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif, Red Comunication Sdn Bhd, Lina Tan mendedahkan dia sedang melawan penyakit kanser payudara yang kini berada di tahap dua.  Lina, 47, berkata, dia hanya mengetahui tentang penyakitnya itu pada tiga bulan lalu selepas melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta.

"Saya mengetahui tentang penyakit ini apabila menyedari ada ketumbuhan kecil pada payudara saya namun ketumbuhan itu tidak sakit. Apabila doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati ia adalah kanser, saya diminta melakukan pembedahan," katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan hos terbaharu program 3R (Respek, Relaxs, Respon), di Sri Pentas, di sini, Khamis.
Lina yang hadir pada majlis berkenaan kelihatan tidak bermaya dan memakai topi bagi menutup kepalanya akibat keguguran rambut kesan rawatan kemoterapi. Kata Lina, ia merupakan penampilan kali pertamanya di tempat awam selepas mengetahui tentang penyakit tersebut.  Saya baru sahaja buat rawatan kemoterapi kali ketiga dan rambut sekarang gugur, badan pun susut daripada 52 kilogram hingga kini hanya 43 kilogram sahaja. Saya gagahkan diri untuk datang majlis ini kerana ingin bagi sokongan kepada pengacara baru dan 3R adalah program pertama syarikat saya," katanya.
Dalam pada itu, Lina turut mengakui kegiatan hariannya turut terbatas dan dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Lina berkata, dia dinasihatkan agar lebih banyak berehat bagi mengurangkan tekanan kerja yang menjejaskan kesihatan.  Doktor beritahu salah satu punca penyakit saya kerana terlalu stres dan dia menyuruh saya agar banyak berehat di rumah," ujarnya.  Tambah Lina, apa yang utama ialah sentiasa berfikiran positif dan menjalani kehidupan seperti biasa.  Penyakit ini dikesan awal dan saya percaya teknik perubatan di negara ini sudah moden, apa yang penting ialah saya perlu sentiasa berfikiran positif dan jalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Dalam pada itu, Lina berkata, dia bercadang untuk mengupas tentang kesedaran masyarakat dalam berhadapan kanser untuk program 3R sebagai salah satu topik program itu.

Sumber Cerita/Gambar: MStar Online/internet

Makanan Untuk Lepas Bedah

makanan sihat lepas pembedahan
Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit yang dihidapi. Ambil langkah untuk kurangkan stress,  banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.  Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
 Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut, kuih2, ais krim , chocolat dan lain-lain. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah-buahan tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-lain.  Saya galakkan makan ulam-ulaman , sayur-sayur  bayam, bendi, terong, kangkong, cekor manis, daun turi dan keledek merah.

Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery dan 1/4 buah papaya. Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak habatussauda.  Makan 2 biji telor saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

Makanan selingan (tea dan coffee break) - jauhkan makanan bergula dan karbohaidrat. Makan buah-buah atau segenggan campuran kacang2 almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

Makan tengah hari - Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam atau sepotong ikan. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohaidrat
.Makan malam - Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger.  Masak sup sayur kobis, karot, broccoli dan cendawan.  Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkong, taugeh, sengkuang, tempeh dan tauhu. Masak lauk ikan atau ayam  dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai.  Gantikan nasi putih kepada brown rice.

 Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit yanng anda alami ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU.
Sumber Asal Dr Hamid Ali

Dua Hadiah Untuk Sambutan Hari Malaysia

nicol david juara cimb cup 2013

Tahniah kepada dua wira ni kera bertungkus lumus menjuarai kejohanan masing-masing yang disertai.  Tahniah sekali lagi kepada Dato Nicol dan Team Harimau Muda serta tidak lupa juga penyokong yang menghadiri di Stadium dan Court Squash di Curve.  Paling bermakna esok adalah Sambutan  Hari Malaysia.  Tentunya kita bangga anak Malaysia mengharumkan nama Malaysia terutama dalam bidang sukan.  Tahniah semua.

SELAMAT HARI MALAYSIA

terimakasih dialograkyat.blogspot

Temujanji Doktor Onkologi dan Kena Tahan Wad

admitted di PPUM
Pada 22 Ogos saya pergi ke temujanji dengan bantuan Private Ambulance, Dr memaklumkan saya terpaksa di tahan wad kerana kadar kalsium meninggkat dari 2.7 ke 3.1 dalam tempoh sebulan.  Beberapa ujian perlu dilakukan terhadap tulang untuk mengurangkan kesakitan tulang belakang saya.

Selama empat hari saya terpaksa buat dua kali x-ray, restaging ct scan, ujian darah  dan penilaian  kadar mofin diberikan yang sesuai untuk saya.  Team Dr yang merawat sakit kanser saya membuat keputusan supaya saya diberi rawatan radioterapi sebanyak 1 cycle - 5 hari sahaja di kawasan tulang yang terlibat.  Itu sebabnya saya admitted selama 12 hari.  Sambut Hari Merdeka pun kat Hospital.  Tapi tak ada la pulak mana-mana NGO atau Kementerian datang melawat kat wad onkologi tu. 

Bila lama sangat kat wad dapatla observed Jururawat handing over kerja diaorang, macam-macam kerenah.  Keluarga pesakit lain pun peramah banyak membantu terutama bila kakak tak tunggu di wad sebab kerja.  Sekarang ni tengah bladder training kat rumah kalau tak tiub kencing tu terpaksa pakai lagi.  Kes sakit saya telah dirujuk ke Paliative Care Assunta.  Jururawatnya pun dah datang melawat baru-baru ini.

Discaj hari tu dibekalkan dengan ubat tahan sakit morfin, tahan sakit saraf, Dexa, ubat lawas berak, ubat gastrik pun ada.

p/s - rawatan homeopati stop dulu, kalau panjang umur sambung balik nanti.

Peranan Perubatan Homeopati Dalam Merawat Pesakit Kanser


ubat homeopati
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa sejenis ubat yang menyebabkan kesan tertentu apabila diambil oleh seseorang akan berupaya memulihkan sebarang penyakit yang menunjukkan kesan-kesan yang sama. Homeopati mendapati bahawa badan kita mempunyai kuasa untuk mengawal dan menahan penyakit. Apabila kuasa pertahanan ini diganggu, kita akan jatuh sakit. Ini bukanlah kerana kesan kepada bahagian tertentu, tetapi kepada keseluruhan diri pesakit. Setiap pesakit memerlukan ubat yang berbeza berasaskan simptom-simptom dan sistem mentalnya yang berbeza bagi setiap individu.


Perubatan homeopati menstimulasikan kuasa pemulihan semulajadi yang kemudiannya membuang penyakit. Homeopati ini terkenal dengan kebolehannya untuk memulihkan penyakit kronik. Penyakit serius seperti kanser juga mampu dipulihkan dengan segera tanpa kesan sampingan. Penyakit itu tidak akan berulang sama ada dalam bentuk yang sama atau bentuk yang lain.

Dalam perubatan homeopati, sejenis penawar digunakan di mana ubat itu dicairkan secara berperingkat-peringkat dan digoncang sehingga ubat itu mempunyai kuasa untuk memulihkan. Cecair yang terhasil itu berkuasa memulihkan pesakit kerana proses pencairan ini memberi tenaga kepada ubat tersebut. Selepas proses ini selesai, ubat asal yang tinggal dalam penawar ini hampir tidak wujud. Penawar yang dihasilkan ini dikenali sebagai cecair LM. Perubatan homeopati menggunakan cecair LM untuk merawat pesakit kanser. Bahan asal sebelum dijadikan penawar ini akan dicairkan sehingga bahan asal tersebut tidak ada di penghujung proses pencairan.

Tenaga ‘vital’ adalah penting dalam mengubati pesakit kanser mengikut cara homeopati. Pesakit kanser sukar dipulihkan jika tenaga ‘vital’ pesakit adalah rendah. Akibatnya, hanya sesetengah simptom sahaja yang akan pulih dan pesakit akan tenat semula setelah satu jangka masa pendek mengambil penawar yang telah disediakan untuknya. Dalam perkataan lain, tindak balas pesakit tersebut terhadap penawar yang disediakan boleh menentukan sama ada kanser itu boleh dipulihkan atau tidak.

Perubatan homeopati menyatakan bahawa pesakit boleh bertambah tenat apabila ia mendengar berita buruk. Misalnya, jika mereka diberitahu bahawa mereka akan mati atau penyakit mereka tidak dapat diubati. Oleh itu, ada ubat homeopati bagi mengelakkan ketenatan setelah mendengar berita buruk. Contohnya, seorang pesakit kanser telah diberi sejenis penawar iaitu gelsemium dan selepas mengambilnya, dia berasa tenang, dapat tidur nyenyak dan mempunyai banyak tenaga untuk melawan penyakit kanser tersebut.

Perubatan homeopati juga mempunyai ubat bagi melawan kesan sampingan yang diperolehi daripada rawatan radiasi dan kemoterapi. Kesan sampingan ini termasuklah muntah-muntah, loya dan keletihan.

Perubatan homeopati tidak mempunyai satu cara yang khusus untuk merawat pesakit kanser. Konsep perubatan homeopati adalah mudah; ‘Homeopati bukan merawat penyakit, tetapi merawat pesakit’. Dalam perkataan lain, perubatan homeopati bukan merawat kanser, tetapi merawat pesakit yang menghidap kanser. Ini bermakna bahawa tiga pesakit kanser paru-paru yang berlainan akan diberi tiga jenis penawar yang berbeza.

Perubatan homeopati ini dikatakan pernah berjaya merawat pesakit kanser. Di kalangan orang miskin di India di mana hanya cara perubatan homeopati wujud, ramai pesakit kanser telah berjaya dipulihkan. Kejayaan penggunaan perubatan homeopati bagi memulihkan pesakit kanser ini mungkin lebih berjaya bagi pesakit-pesakit yang tidak pernah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi. Cara homeopati ini juga membantu dalam kes-kes yang tidak dapat dipulihkan dengan mengurangkan kesakitan serta membantu pesakit mati tanpa rasa bimbang dan tanpa kesakitan.

sumber artikel :  dxn-gano.blogspot.com

Persiapan Raya

persiapan raya
Tahun ini seperti biasa akan pulang balik beraya di rumah abang sulung di Bukit Beruntung sebab ayah tinggal bersama abang di sana.  Balik masa hari tengok anak bulan nanti.  Tapi tahun ni tak dapat bantu adik beradik yang lain gotong royong siapkan juadah pagi raya.  Selalunya masak rendang, nasi impit dan kadang kala lemang.  Rendang tahun ni rendang ayam pencen agaknya sebab abang selalu selang seli dengan daging.  Kuah kacang selalunya beli aje.  Kuih raya selalunya kakak dan kakak ipar beli je.  Jarang diaorang bakar kuih.  Kalau ada pun kuih tart.  Tapi tahun ni kakak tak berkesempatan buat sebab jaga adik dia ni yang sakit.

Adik bongsu mesti dah mula beli bunga api yang selalu dibakar pada malam raya bersama anak buah.  Anak buah semuanya ada pasti riuh nanti.

Diet raya nanti tak tau la boleh tahan ke tidak dengan godaan kuih-kuih raya semua. Setakat biskut raya boleh tahan lagi tapi kalau jenis kerepek terliur la juga nak join makan sama.  Tapi dah niat nak makan nasi impit dan kuah kacang tahun ni.  Makan sekadar rasa tak apa kut.  Jangan lupa bawa sekali ubat jangan tertinggal pulak.

Baju raya tahun ni saya dapat hadiah daripada sahabat sepasang baju kurung putih dari vietnam.  Penuh manik kat baju tu.  Harap boleh dapat duduk lebih lama raya nanti, kalau tak berbaring je la sepanjang waktu raya.

Bagaimana persiapan raya anda? pasti meriah


Iklan Raya Aidilfitri TM 2013

Iklan Raya Aidifitri TM
Saban tahun TM menyiarkan iklan raya menceritakan sebuah keluarga yang menonjolkan cerita anak-anak dan sahabat mereka, tapi tahun 2013 kali ini dengan kisah baru Puasa Yang Yuk.  Macam-macam dugaan untuk berpuasa penuh bagi seorang kanak-kanak.  Habis puasa berat badan naik, haha kelakar juga.  Tanpa banyak cerita boleh tengok iklan di youtube.  Kat televisyen dah keluar ke belum tak sure, jarang tengok tv.




Temujanji Fisioterapi Dan Klinik Onkologi

OKU sementara
Sudah tiga kali temujanji rawatan fisioterapi ditangguhkan disebabkan ketidakupayaan untuk turun dan naik tangga di rumah kakak saya tu.  Tapi kali ni kena pergi juga sebab ada temujanji dengan Dr Onkologi.  Temujanji Onkologi jam 9.00 pagi sementara temujanji fisioterapi jam 11.30 pagi.

Selepas pendaftaran nombor dipangil masuk bilik rawatan tiga.  Selepas explain kesakitan saya, Dr decide buat ujian darah dan ujian x-ray dibahagian pelvis bone serta tulang peha dan lutut belah kanan.  Pesakit nampak tidak ramai  hari ni di onkologi, so dapat selesaikan pengambilan darah lebih awal.  Selepas itu kami bergerak ke menara selatan untuk buat ujian x-ray, nasib baik ada kakak yang baik hati dan penyabar melayan karenah adik dia ni. Terima Kasih banyak-banyak somoga Allah merahmati kehidupan akak sekeluarga. Lama juga kat sana macam - macam pose kena buat kat bahagian peha.

Selesai ujian x-ray jam menunjukkan jam 11.00 pagi,  kami terus bergerak ketingkat 11 pintu B. selepas selesai pendaftaran di main lobby.  Disana saya berjumpa cik Diana pakar fisioterapi yang memantau pergerakan lengan dan bahu serta pencegahan limfidema.  Saya dipanggil masuk lebih awal kerana ramai pesakit tidak datang.
Jam 12.00 tengahari rawatan fisioterapi ni selesai dan kami bergegas semula ke klinik onkologi untuk lihat keputusan ujian.  Nasib baik menara Selatan ni mesra OKU, bangunan baru la katakan.  Setiba di menara Timur, terus saja masuk ke bilik nombor tiga.  Dr Fiona membuka laporan ujian darah, my hb ialah 12, sementara ujian untuk fungsi liver dan kalsium masih belum siap.  Dr Fiona lebih prihatin terhadap ujian x-ray.  Apabila ditunjukkan gambar tulang peha dan lutut ianya bersih dan tiada kesan dimakan sel kanser, laporan juru x-ray menyatakan unknown pada gambar tulang peha tu.  Mungkin kesakitan saya disebabkan oleh saraf.  Tapi memang berbeza dengan pelvis bone.  Nampak kesan tompok-tompok hitam dibelah kiri dan kanan.  Di belah kanan lebih banyak berbanding belah kiri.  Rasa sakit pun macam tu lah juga.  Dalam x-ray tu terselit la juga sedikit tulang belakang (spinal bone) disc, mengikut Dr jarak antara satu disc masih normal dan saya perlu berhati-hati agar tidak terjatuh sebab tulang makin rapuh akibat sel kanser tersebut.

ambil darah
Pengambilan darah pertama setelah cuti 4 bulan dari lakukan prosedur  ni


Dr memberi ubat tahan sakit dan minyak sapu untuk tempoh sebulan. Minyak sapu tu panas ya amat. Temujanji akan datang adalah sebulan dari sekarang.

Rawatan Homeopati

rawatan homeoterapi
Pagi ini adik ipar menjenput Homeopathic Consultant Saeed Ahmed Khan datang ke rumah untuk menjalani rawatan homeopati.  Sepatutnya perlu pergi ke klinik beliau di Gombak tapi sebab tak mampu jalan jauh, jemput je la Dr tu ke  rumah.

Perkara pertama yang dinasihatkan adalah mental mesti positif terhadap dugaan Allah.  Dr tu menganalisa maklumat penyakit saya berdasarkan laporan Doktor PPUM, tapak tangan, permukaan lidah dan temubual.  Principle rawatan homeopati dari syarikat SAC Homeopaths antaranya 

  • Believe in God (Allah).
  • Trust on Doctor.
  • Regularly take Medicines.
  • Avoid some things.
Saya dinasihatkan menghentikan pemakanan habatussauda sebab bersifat panas.  So dengan rasminya saya juga berhenti mengamalkan rawatan ekstrak belalai gajah, teh serai dan durian belanda, untuk memberi laluan rawatan homeopati ini.  Manis ubat homeopati ni ye, ni first time rasa. Doakan rawatan ini serasi dengan saya.

Perkembangan Rawatan Homeopati

Baru tiga hari makan ubat homeopati, sudah datang bulan balik.  Ingatkan berkesempatan menunaikan puasa Ramadhan cukup sebulan .  Kalau dihitung lebih kurang sepuluh bulan saya tidak datang period selepas rawatan kemoterapi cycle pertama bermula hinggalah semalam.  Tak sempat bagitau perkembangan  ni pada Dr sebab perasan bila dah balik. Ada juga perubahan lain iaitu rasa panas badan yang on of  setiap hari dah tak ada.  Badan sentiasa rasa lembap dan kerap berpeluh.  Kakak saya ada menelefon pakar homeopati bertanyakan healing proses yang berlaku, pakar tu cakap sekarang proses detoks membersihkan toksin yang ditinggalkan selepas  rawatan kemo dan mengeluarkan sel kanser yang mati keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.

Dua Minggu Berakhir Ambil Ubat Baru

3 Aug lepas kakak saya ke klinik SAC Homeopaths di Gombak untuk ambil ubat baru dan menerangkan status keadaan pesakit.  Saya tak ikut sebab masih tak mampu bangun bergerak sendiri.  Saya mula mampu buang air besar setiap hari dan buang air kecil lima kali sehari, tu yang buat kakak saya kelam kabut sikit melayan kerenah adiknya ni.  Akibat tak berapa ikut pantang makan kena tanggung sendiri kesakitan di lutut hingga ke tulang pinggul.  Ubat tahan sakit yang Dr Fiona bagi pun jarang makan.  Bila terima rawatan homeopati ni banyak kena pantang makan dan minum, tapi kebanyakannya masih sama pantang pemakanan pesakit kanser.  Cara pernafasan yang diajar juga masih sama iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.  Otot kejang dipinggang telah berkurangan dan rasa kejang tu beralih ke bahagian belakang bahu di sebelah kanan badan pulak.  Rasanya proses detoks amat berkesan pada badan saya, kalau dulu badan terasa lesu sepanjang hari, sekarang tidak lagi.  Gusi tidak berdarah lagi bila berus gigi dan rasa kebas di bawah lengan selepas pembedahan beransur hilang. 

Setelah Sebulan Berlalu

Kali ini Dr Saeed Ahmed Khan datang ke rumah melawat pesakitnya, beliau mengatakan ada perkembangan yang sihat terhadap penyakit saya, cuma masih belum ada kekuatan tenaga untuk untuk bangun tanpa bantuan sesiapa.  Dr Saeed Ahmed Khan membekalkan ubat baru kali ini, ubat detoks dan penahan sakit sentiasa ada.  Sementara ubat baru adalah lawan sel kanser, ubat untuk tulang dan ubat penjagaan organ dalaman yang lain.




Just count the number of bristles in the #DarlieCharcoalSpiral game to win a Fujifilm Instax Camera!

 

 

 

 



Berita: Selangor Sedia RM1 Juta Setahun Untuk Mammogram

mammogram selangor
Skim Kesihatan Wanita (SKW) menawarkan skim pemeriksaan mammogram secara percuma kepada semua wanita Negeri Selangor yang berumur 35 tahun ke atas atau wanita yang berumur kurang dari itu yang menghadapi risiko penyakit kanser yang tinggi atau keluarga yang mempunyai sejarah mengidap penyakit kanser.


“Mereka dikehendaki untuk mengisi borang-borang khas yang diedarkan di pusat-pusat khidmat dan ketua-ketua kampung,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail dalam satu kenyataan.

Katanya, wanita yang layak dibawa secara percuma dengan pengangkutan khas ke lokasi di mana mereka akan diberi penerangan mengenai kesihatan penjagaan dan prosedur pemeriksaan percuma kanser payu dara dan bagaimana kaedah pemeriksaannya boleh juga diamalkan sendiri secara manual di rumah.

Menurutnya, hasil pemeriksaan akan segera dimaklumkan kepada para wanita yang telah menjalani pemeriksaan tersebut.

Beliau yang juga Adun Batu Tiga berkata, wanita yang didiagnosis menghidap kanser akan dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta.

Jelasnya, kerajaan negeri telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma; 10 ribu wanita setahun dijangka akan menikmati kemudahan ini selanjutnya.

5 Rencah 5 Rasa Tema Makanan Pesakit Kanser

Sajian yang sedang dibuat ialah Grilled Salmon beserta Kicap Manis dan Nasi Perang
Episod kali ini menarik minat saya untuk menonton rancangan 5 rencah 5 Rasa,  tapi saya hanya sempat menonton  semasa menu jus campur  je.  Nak tengok kat tonton bandwith tak berapa nak laju pulak.  Chef Sher masak bersama tetamu undangan seorang cancer surviver.  Ada menu nasi goreng ikan bilis, vagetable wholemeal wrap, jus campur dan satu jenis dessert.

Kepada yang belum menonton episod ini boleh ke laman web tonton dan pilih episod 22.  Saya kongsikan resepi Jus Campur dan macam mana nak sediakannya.

Jus Campur

Bahan-bahan

2 biji orange
2 biji apple hijau
1 batang lobak merah
1 batang saderi muda
2 ulas bawang merah
sedikit limau kasturi untuk hiasan
air masak

cara-caranya

1. Potong semua buah dan sayur serta bawang menjadi potongan kecil supaya mudah di blend kemudian.

2. Blend semua sekali guna blender kerana memerlukan serat dan tambah air.

3. Hias jus dengan limau kasturi dan perahkan sedikit ke dalam jus campur tersebut.

BCWA menerima sumbangan daripada Syura Juara Masterchef Seleberiti Musim Ke-2

BCWA menerima sumbangan daripada Syura Juara Masterchef Seleberiti Musim Ke-2
Tahniah kepada Syura.  Dengan kemenangan itu, Syura berjaya memenangi hadiah berupa dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Perniagaan dan hidangan milik Syura akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama.

Selain itu, Syura turut berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association (BCWA).  Untuk makluman BCWA beroperasi dengan bantuan sumber kewangan koperat.  Saya juga mendapat manafaat daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka.  Semasa lawatan kebajikan yang dilakukan oleh wakil BCWA Puan Eve banyak berkongsi pengalaman beliau sebagai bekas pesakit kanser payudara.  Beliau juga mengajar cara pemeriksaan payudara sendiri dengan cara yang betul.

Wakil BCWA akan membuat lawatan terhadap pesakit kanser payudara di Wad PPUM pada setiap hari Jumaat, kerana setiap kes kanser payudara pembedahan akan dilakukan pada setiap hari Khamis.  Sebelum beredar Puan Eve menyerahkan BCWA Comfy Kit yang mengandungi pamplet, majalah tahunan BCWA, bola getah dan prosthese.  Ada pelbagai support program yang dijalankan oleh BCWA.  Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web mereka.

Lawatan Kebajikan Daripada TLDM

lawatan kebajikan TLDM
Hari ini bekas rakan sekerja datang membuat lawatan kebajikan di rumah.  Mereka adalah Kdr Noraida TLDM, Lt Kdr Rahimah TLDM dan Lt Kdr Syazmi TLDM.  Sepanjang lawatan kami berborak berkaitan hal penyakit saya dan isu-isu semasa terutama berkaitan jerebu yang melanda negara Malaysia ni.  Isu yang menarik dibualkan bagaimana ada kawasan yang menjual topeng muka RM4.50 sekeping, rasanya harga termahal yang dijumpai setakat ni.  Saya juga ada bertanyakan tentang hal pesakit kanser hati Kdr Zamri, mereka memaklumkan keadaan Kdr Zamri lebih teruk berbanding keadaan fizikal saya.

Mereka telah meluangkan masa kira-kira satu jam dalam sesi lawatan tersebut bagi mengetahui keadaan saya serta beberapa keping gambar diambil sambil menyerahkan sumbangan daripada Warga TLDM.  Saya bersyukur masih dapat bertemu bekas rakan sekerja walaupun sekejap.  Kadang-kadang bila datang melawat orang sakit kita akan rasa kurang selesa atau tak tau nak borak macam mana.  Kalau anda ada rasa begitu cuba ikut tips atau panduan berikut:

Tips melawat orang sakit

  • Jangan lama-lama

  • Berdoa supaya segera sembuh

  • Berilah kata-kata semangat dan gembirakan pesakit
Contribute to a good cause while running/walking with #RexonaMove! Get it on the App Store now.

p/s : Kdr Zamri juga telah kembali ke rahmatullah pada 1 ramadhan yang lalu.  Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Promo Cinta Jangan Pergi Nadiya Nisaa (EL)


Dah nak episod akhir drama ni, kena tengok sebab drama ni saya tengok episod pertama dan yang seterusnya tak tengok sangat, cuma nak tau final episodnya macam mana, hehehe.  Tengok drama ni pun sebenarnya nak tengok Nadia Nisaa je, bagaimana beliau membawa watak El tu berbeza dengan drama sebelum-sebelum ni.

Peraduan #CintaJanganPergi
Boleh menang Ipad Mini lagi

Apa Kata Dr Hamid Arshat

cegah fibroid dan kanser payudara

Kanser payudara mengancam kaum wanita. Berwaspada jika ada sejarah penyakit ini pada ibu atau saudara terdekat. Untuk mencegah kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gunakan kunyit hidup dalam masakan, makan tomato kandungan lycopene boleh melindung, Avacardo mengdungi oleic asid juga pelindung, Juz Delima , Flaxseed oil - lignans juga pelindung, Teh hijau yg mengandungi EGCG juga berkesan, sayur Broccoli da cauliflower -kandungan indole 3 carbinol pelindung dari kanser, biji anggur yg mengandungi resveretrol juga berkesan sebagai pelindung.

Apa yang dinyatakan oleh Dr Hamid  berkenaan kanser payudara dan fibroid boleh dijadikan panduan jika masih tidak tahu pemakanan yang bersesuaian setelah disahkan sebagai pesakit kanser.  Yang penting elakkan gula, lemak, garam dalam makanan dan juga minuman.  Apa menu anda pada bulan puasa yang bakal menjelang tiba ini?  Alhamdulillah tamoxifen tu hanya makan sekali sehari je.  Mungkin  akan makan lepas waktu berbuka.  Boleh puasa penuh tahun ni nampaknya.

Waktu Berbuka dan Imsak Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur

waktu buka puasa
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.  Bagi mempermudahkan rakyat Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa.  Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Can't balik kampung this Hari Raya? Send an extra awesome 'minta maaf' message to make up for it!
Berikut merupakan jadual waktu imsak dan buka puasa bagi negeri  Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 1434H/2013.


Prosedur perubatan

Dalam pada itu, Ismat memberitahu, banyak persoalan timbul dalam kalangan orang ramai mengenai prosedur-prosedur perubatan sama ada mereka boleh berpuasa atau tidak. "Banyak perkara yang telah diputuskan oleh Majlis Perhimpunan Fiqh Islam Antarabangsa dalam persidangan ke-10 di Jeddah Arab Saudi baru-baru ini.

"Ada enam prosedur perubatan yang tidak membatalkan puasa. Pertama, menitiskan ubat ke dalam mata, hidung dan telinga. Dengan syarat ubat tersebut tidak sampai ke tekak. "Kedua, menderma atau menerima pemindahan darah. Ketiga, mengambil ujian darah. Keempat, menjalani rawatan pergigian seperti mencabut, menampal dan mencuci gigi. Kelima, menjalani rawatan hemodialisis atau dialisis peritoneal (PD) dan terakhir menjalani ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair ke dalam perut," katanya lagi.